Langkah Lila Moss kian berani di pentas peragaan mengikut jejak ibunya, supermodel Kate Moss. Kini gadis berusia 20 tahun ini dilantik sebagai duta jenama tersohor YSL.
IKLAN
Justeru, model kelahiran Inggeris ini bakal muncul dalam iklan YSL Beauty.
Wajahnya bakal menghiasi kempen beberapa produk ikonik seperti All Hours Foundation, Rouge Volupté Lipstick, Lash Clash Mascara, dan Rouge Volupté Candy Glaze Lip Gloss.
Dipetik dari Hypebae, YSL Beauty melantik Lila Moss sebagai duta jenama kerana cara pembawaannya yang percaya diri.
Lila Moss juga mempunyai taste terhadap busana unik daripada gaya individu dalam generasinya.
IKLAN
“Menjadi authentic dan setia pada diri sendiri sangat penting dan saya sangat senang membantu menyebarkan ekspresi diri YSL Beauty melalui solekan,” tutur Lila Moss.
Lila Moss turut bergabung dengan beberapa ikon muda yang lain sebagai duta jenama antaranya penyanyi rap Lil Nas X, Troye Sivan, Barbie Ferreira dan Indya Moore.
IKLAN
Untuk info, Lila Moss memulakan debut sebagai model pada 2016 iaitu ketika usianya 14 tahun. Kemudian pada 2018, gadis berambut perang ini menjadi wajah untuk Marc Beauty.
Karier modeling Lila Moss semakin memuncak pada 2021. Buat pertama kalinya, Lila Moss muncul di runway mengenakan pakaian renang dan jaket dari koleksi Fendi x Versace di Milan Fashion Week.
Kredit Foto: Instagram Lila Moss
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Fizi Woo antara jenama muda yang berjaya memetakan diri sebagai salah satu jenama kukuh di Malaysia. Terbaru koleksi musim bunga/panas 2018, Fizi Woo mengambil inspirasi daripada ketabahan wanita-wanita dari zaman perang ketika penjajahan Asia oleh negara-negara Barat dan mengubah cerita tersebut ke dalam bentuk elemen rekaan busana.
Menurut duo pereka ini, panggilan ‘Comfort Woman’ adalah gelaran yang diberikan oleh penjajah kepada wanita-wanita asia yang dipaksa terlibat dalam kancah pelacuran untuk memuaskan nafsu para tentera. Sejak dari itu wanita-wanita sering dilihat sebagai masyarakat kelas kedua dan ada pihak yang cuba mendiskriminasikan mereka biarpun perang sudah lama berlalu.
Diskriminasi yang tidak berubah ini telah membawa wanita dari era 70an untuk menentang ketidakadilan yang berlaku. Mengambil semangat mereka, Fizi Woo mencedok gaya era tersebut ke dalam koleksi terbaru ini. Jika dilihat dari segi siluet busana yang dipersembahkan di pentas peragaan, ia adalah gabungan gaya yang begitu santai dengan gaya yang beralun dan longgar dan ada pula yang direka berstruktur.
Gabungan gaya lembut dan keras ini mewakili sifat semulajadi wanita yang lembut manakala keras pula menjadi lambang kegigihan wanita yang tidak mahu tunduk menjadi objek yang dikotak katik. Warna-warna yang digunakan pula merangkumi spekturm yang luas dari rona lantang seperti hijau zamrud dan kuning kenari ke warna tanah seperti coklat cair dan merah bata.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Ini adalah pepatah lama melayu yang bermaksud tiada sesiapa di dunia ini mampu menilai dan mengetahui nasib seseorang manusia lain. Mungkin hari ini mereka orang yang biasa- biasa sahaja, namun tidak mustahil esoknya mereka merupakan orang paling berjaya.
Pepatah ini amat sesuai digambarkan kepada model baru Remington William yang baru-baru ini menjadi antara model yang mendapat perhatian di New York Fashion Week. Kelibatnya pertama kali di pentas jenama utama yang gah seperti Marc Jacobs, Calvin Klein dan Seis Marjan nyata menarik perhatian wartawan dan juga komuniti fesyen. Dengan berbekalkan ketinggian dan wajah yang unik, her face speaks fashion!
Seis Marjan SS18
Namun kalau anda semua nak tahu, beberapa hari sebelum menjejakkan kaki di New York Fashion Week sebagai model, dia masih lagi bekerja di restoran makanan segera Chipotle dan melakukan tugas seperti memasak dan mencuci pinggan. Di restoran tempat dia bekerja inilah model scouts tertarik dengan kelibat wajah dan juga susuk tubuhnya lantas menawarkan kontrak peragaan kepada gadis asal Austin, Texas ini. Hasilnya kini dia bernaung di bawah agensi terkemuka DNA Models.
Marc Jacobs SS18
Berkongsi pengalamannya disebalik tabir minggu fesyen dan menghadiri beberasa sesi casting, “Ketika dipanggil semula selepas sesi casting oleh Calvin Klein, pengarah kreatif jenama ini Raf Simon sendiri yang mengajar saya cara berjalan dengan betul di pentas peragaan. Kalau diikutkan dia boleh sahaja memilih model lain yang jauh lebih berpengalaman namun dia tetap mahukan saya. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak akan saya lupa.”
Dia antara pereka fesyen generasi baru yang kian meningkat naik. Walaupun baru sahaja bertapak di dunia fesyen setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara dia tidak mengambil langkah berehat sebaiknya terus mahu mencipta nama sendiri dalam bidang fesyen tempatan. Pertama kali mempersembahkan koleksi di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 atas tiket kemenangan pertandingan rekaan fesyen songket diraja di Anugerah Yayasan Tuanku Nurzahirah 2014, kini pada usia 26 tahun dia mula mengumpul peminat fesyennya tersendiri.
BAGAIMANA ANDA MENCEBURI DUNIA FESYEN?
Saya memang sukakan fesyen sejak dari kecil lagi. Saya mula menceburi dunia fesyen apabila memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini bermula dengan diploma dan selanjutnya sehingga peringkat ijazah. Selepas tamat belajar saya memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Nur Zahirah dan berjaya menjadi juara. Saya memang tidak main-main sewaktu menyertai pertandingan ini kerana ganjarannya cukup besar iaitu mempersembahkan koleksi di Kuala Lumpur Fashion Week. Untuk pereka muda ini adalah satu peluang yang cukup besar.
ADAKAH KELUARGA ANDA MENYOKONG PILIHAN KERJAYA INI?
Ya, memang seratus peratus mereka menyokong saya. Saya masih ingat lagi ketika kecil saya selalu bermain dengan baju, beg dan kasut ibu. Saya memang tertarik dengan fesyen dan mengagumi kecantikan yang diserlahkan melalui dunia ini. Melihat saya begitu suka dunia fesyen, ibu memberi sokongan penuh apabila saya memilih untuk belajar di sekolah menengah teknik dan mengambnil jurusan fesyen, disebabkan pengalaman di sekolah ini saya memiliki kelebihan apabila mahu melangkah ke alam universiti.
SETIAP PEREKA MEMILIKI ESTETIK REKAAN MEREKA YANG TERSENDIRI. BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA?
Saya boleh menyatakan yang estetik rekaan saya berpakri kepada gaya yang sangat minimal, ringkas dengan sedikit sentuhan kemewahan. Bagi saya potongan busana yang bersih memberi gambaran kepada gaya yang sangat relaks dan menyemarakkan aura elegan yang tidak lapuk dek zaman.
DARI MANAKAH ANDA MEMPEROLEH INSPIRASI SEBELUM MENCIPTA SEBUAH KOLEKSI?
Ia datang dari situasi dan juga perkara yang ada di sekeliling saya. Jadi apabila saya mendapat inspirasi itu, saya akan melakukan kajian yang lebih mendalam tentang subjek tersebut dan menterjemahkannya menjadi busana.
SIAPAKAH IDOLA ANDA DI DALAM DUNIA FESYEN?
Semestinya duo pereka adik beradik dari jenama The Row iaitu Mary-Kate Olsendan Ashley Olsen. Saya suka duo pereka ini kerana mereka mencipta koleksi fesyen yang cukup ringkas tanpa banyak perincian. I can say that I love them because of their simplicity in designing. Setiap koleksi yang dipersembahkan seolah-olah memiliki cerita disebaliknya, this make me love everything about them!
SEMPENA DENGAN ISU HIJAB. ADAKAH ANDA BERSETUJU JIKA SAYA KATAKAN YANG DUNIA FESYEN MUSLIMAH ADALAH LUBUK EMAS BAGI PEREKA FESYEN DI NEGARA KITA?
Setuju, sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan seluruh dunia. Kini sudah ada jenama-jenama fesyen antarabangsa yang mereka pakaian berdasarkan gaya wanita muslim yang lebih sopan. Saya rasa perkara ini disedari oleh ramai pereka fesyen dan mereka semua tidak mahu melepaskan peluang untuk meraih keuntungan daripada fenomena ini.
SEBAGAI SEORANG PEREKA MUDA. APAKAH PERKARA YANG INGIN ANDA CAPAI MENERUSI DUNIA FESYEN?
Impian saya adalah untuk membawa nama anak melayu ke pentas dunia bertaraf antarabangsa. Kita punya banyak pereka fesyen berbakat di malaysia apa yang diperlukan adalah pendedahan secara meluas. Saya sendiri masih mencuba melakukannya, berkongsi pengalaman saya pernah terlibat mengadakan persembahan fesyen di London Muslim Lifestyle yang bertempat di Olympia London, United Kingdom tahun lepas. Saya dibawa oleh pihak Mara menerusi program Mara In Fashion(MIF).
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...