Mula-Mula Mini Surau Di Rumah, Kini WAWA ZAINAL Sumbang Dana RM1.2 Juta Bina Masjid

Dunia hanya tempat persinggahan buat manusia untuk mengumpul bekalan demi kebahagiaan di akhirat. Menafkahkan harta di jalan Allah SWT seperti bersedekah, berinfak dan melaksanakan ibadah wajib perlu diraih demi mengaut saham akhirat.

Foto: Instagram @w4w4_zainal

Pasangan suami isteri yang terkenal dengan murah hati ini terus-menerus mengumpul saham akhirat dan baru-baru ini telah melahirkan hasratnya untuk membina masjid. Dalam merealisasikan impian murni ini, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menghulurkan dana sebanyak RM1.2 juta untuk membina masjid di kampung halaman Aeril di Johor.

Foto: Instagram @w4w4_zainal

Difahamkan proses perbincangan pasangan sama cantik sama padan ini sudah selesai dan proses pembinaan dijangka akan bermula awal tahun depan. Bercerita tentang ilham untuk membina masjid yang bertempat di Rengit, Johor ini datangnya dari Wawa Zainal sendiri.

Foto: Instagram @w4w4_zainal

Hati Wawa Zainal terdetik untuk membina masjid setelah mendengar ceramah dari Ustaz Abdul Somad yang mengatakan seandainya ingin menempa nama di syurga, jika berkemampuan maka binalah masjid.

Foto: Instagram @w4w4_zainal

Sebelum itu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah berkongsi tentang kediaman mereka yang menyediakan satu ruang khas untuk bersolat atau mini surau. Walaupun ia hanya mampu menampung jumlah jemaah yang kecil, tapi ia menghimpunkan makna yang besar dalam sesebuah kediaman.

Foto: Instagram @w4w4_zainal
Foto: Instagram @w4w4_zainal

Siapa sangka hanya dengan menyediakan mini surau kini Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mahu membina masjid pula. Wawa Zainal dan Aeril Zafrel juga pernah menjadi perhatian masyarakat apabila kedua-duanya saling menghadiahkan kereta mewah sebagai tanda penghargaan.

Foto: Instagram @w4w4_zainal
Foto: Instagram @w4w4_zainal

Empayar Wawa Cosmetics dan madu ajaib mereka juga kian berkembang pesat serta mendapat tempat di hati pengguna. Alhamdulillah, tumpang bangga melihat kejayaan pasangan selebriti ini.

Foto: Instagram @w4w4_zainal
Foto: Instagram @w4w4_zainal

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah berkahwin pada tahun 2013 dan dikurnikaan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 tahun, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 tahun dan Aya Soffya yang kini berusia 7 bulan.

Foto: Instagram @w4w4_zainal
Foto: Instagram @w4w4_zainal
IKLAN
Share