Di sebalik kemewahan dan kesenangan hidup yang dinikmati Ivan Gunawan, selebriti popular Indonesia ini tidak lokek berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan. Ternyata, niat murni Ivan memberi ‘sedekah’ sebahagian besar wangnya demi membina sebuah masjid di Afrika mendapat perhatian peminat. Sekaligus mencetus inspirasi ramai.
Ivan Gunawan merupakan satu nama besar di Indonesia. Figura yang dilahirkan pada 31 Disember 1981 di Jakarta ini bukan hanya berjaya sebagai pereka fesyen, tetapi juga penghibur popular dan usahawan terkemuka. Jenama fesyen Ivan Gunawan sering menjadi pilihan selebriti terkenal Indonesia termasuk Rossa dan Krisdayanti.
Malah, produk kosmetik Ivan Gunawan juga sudah pun menembusi pasaran Singapura dan Brunei. Bagai tidak puas dengan kejayaan yang diraih dalam dunia perniagaan, fesyen dan seni, Ivan yang berusia 40 tahun ini menjadi pengasas Yayasan Dunia Mega Bintang yang menyediakan platform buat wanita Indonesia mengembangkan bakat menerusi pertandingan ratu cantik.
Memang kagum dengan kerja keras Ivan Gunawan, patutlah dia mampu jalani gaya hidup mewah! Walau memiliki segalanya dan terkenal namun dalam temu bual bersama Nona On Air baru-baru ini, Ivan sebenarnya seorang yang merendah diri dan sarat dengan sense of humor.
Ujar Ivan, “Saya tak pernah merasa famous, biasa-biasa saja dan saya tak rasa berada ‘di atas’. Mula dalam bidang fesyen sejak tahun 2000, sebelum ini saya ikut bapa saudara iaitu pereka fesyen Adjie Notonegoro selama lima tahun. Dan pada tahun 2005, saya buat jenama fesyen sendiri sampai sekarang, Ivan Gunawan.
Bagi saya fesyen dan industri seni berjalan seiring. Melalui fesyen juga saya belajar untuk mengembangkan bisnes. Fesyen bukan hanya pandai design tapi kena bijak promosi produk dan develop things.
Ads
Apatah lagi populasi di Indonesia ramai jadi senang untuk saya sebagai usahawan menjalankan perniagaan.”
Ditanya mengenai karakter sebenar Ivan Gunawan, ini jawapan jujurnya. “Saya orangnya suka bersaing, fighter dan suka mencuba sesuatu yang baru. Menang kalah, sukses atau tidak, bergantung kepada Allah. Tapi sebagai manusia, perlu berjuang sebelum berserah.
Bagaimana saya urus masa? Saya ada banyak tenaga untuk bekerja. Saya boleh bekerja di mana saja dengan ada team yang banyak menyokong. Misalnya, untuk kerjaya fesyen, saya ada staf khusus yang bantu menguruskannya, di yayasan dan begitu juga industri seni.
Jadi saya sudah terbiasa untuk multitasking, itu sudah biasa dilakukan.”
Ads
Mempunyai hampir 30 juta followers di Instagram dan mempunyai YouTube sendiri, apa saja yang dilakukan Ivan pasti menjadi bualan ramai. Tidak hanya dalam kalangan peminatnya di Indonesia bahkan juga di Malaysia.
Terbaharu, niat murni Ivan membina sebuah masjid di Uganda, Afrika meraih perhatian meluas. “Iya, saya bina masjid di Uganda, Afrika. Waktu itu kira-kira dua bulan lepas, saya alami tekanan, tak keruan dan serba tak kena. Kemudian, saya nampak satu posting di media sosial mengenai Afrika.
Di Uganda, susah untuk dapat bekalan air bersih dan mereka terpaksa solat di tempat daif, berhampiran pokok dan ia membuatkan saya rasa sangat sedih. Sebelum ini saya pernah berjanji dengan Allah, saya mahu membina masjid. Mulanya, saya mahu bina di mana-mana saja lokasi di Indonesia sebab sudah buat niat tapi belum tunaikan.
Ads
Jadi saya putuskan untuk bina masjid di Afrika. Saya namakan masjid itu, Masjid Indonesia. InshaAllah, ia mampu tampung sehingga 500 ke 700 jemaah dan akan siap dalam waktu terdekat atau sebulan dua lagi. Bila dah siap, saya rancang untuk ke sana dan melihat masjid itu.
Tambahnya lagi, ada sebab tersendiri mengapa dia pilih untuk menamakan masjid berkenaan sebagai Masjid Indonesia. “Supaya ada keakraban Indonesia dan Afrika. Saya buat sumur, masjid dan tempat tidur untuk yang jaga masjid. Yayasan yang buat masjid ini amanah dan update proses setiap minggu dan saya gembira.
This is my first masjid dan sebab dah berjanji dengan Allah jadi saya harus tepati janji itu. Takut kalau tak sempat tepati janji itu nanti Allah dah tak percaya saya lagi dan saya kena buat secepat mungkin.”
April lepas, Ivan melalui Yayasan Dunia Mega Bintang turut melakukan kerja amal buat masyarakat di Jakarta Barat, Indonesia dengan memberi 1,300 paket pemberian vaksin di 13 pusat vaksin dalam usaha membantu mengekang wabak Covid-19 daripada menular.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah beberapa bulan laman Instagram pasangan ahli perniagaan Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida sunyi tanpa foto pasangan, ramai followers yang sudah menghidu kisah rumahtangga mereka yang sedang bergolak. Namun, istana bahagia itu kembali ceria apabila mereka mula berbaik semula.
Melalui posting Instagram Datin Seri Shahida baru-baru ini, ada juga beliau ‘tersebut’ kisah pergaduhannya dengan dengan suami tersayang. Disertai dengan doa semoga pergaduhan itu tidak berlaku lagi, usia perkahwinan selama 13 tahun nyata bahagia bersama anak-anak tersayang.
“Bergaduh baik, bergaduh baik…13 tahun macam tu tak ada kesudahan. Baik sekejap, bergaduh lama. Selepas bergaduh panjang hari tu sampai sekarang tak gaduh lagi. Berapa lama agaknya boleh bertahan sebelum bergaduh semula. InsyaAllah, selama-lamanya tak bergaduh dah! 13 tahun bahagia bersama anak-anak tersayang…”
Ramai juga komen yang begitu gembira dan bersyukur apabila pasangan ini mulai berkongsi gambar-gambar mereka bersama dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini. Antara yang menjadi perhatian adalah komen dari tuan empunya badan.
“Ya sayang. Kalau Sayang tak ada B akan susah. Kalau B tak ada, Sayang pun susah. I love you and family forever.” tulis Dato’ Seri Aliff Syukri.
Usahawan yang begitu dikenali dengan produk-produk tempatan yang diketengahkan ini adalah di antara pemilik empayar kosmetik terbesar di Malaysia. Sungguhpun sering menerima cemuhan daripada warga netizen namun kejayaan yang dikecapi mereka berdua sering juga menjadi inspirasi.
Dalam satu tulisan Datin Seri Shahida, syarikat perniagaan D’Herbs Holdings sudah 10 tahun di pasaran. Perjalanan satu dekad itu masih lagi mendapat permintaan dari pengguna. Mengimbau kenangan dalam satu foto perkongsiannya menceritakan serba sedikit bagaimana empayarnya bermula.
“Entah zaman bila punya gambar. Tahun ini genap 10 tahun DHerbs Holdings HQ berada di pasaran dan masih mendapat permintaan pengguna. Nak menaikkan perniagaan susah tetapi lebih susah lagi untuk mempertahankan perniagaan. Zaman berubah.
Jika dahulu menghasilkan iklan sekali penat, kemudian TV akan ulang-ulang. Sekarang zaman teknologi, semua di hujung jari. Idea juga perlu bernas untuk terus konsisten. Ramai sangat orang bertanya, tak takut ke jika bisnes jatuh atau bila produk sudah tak popular. Nanti nak dapat income dari mana?
Jawapan saya, selagi ada rezeki berniaga, adalah… Kalau satu hari nanti bukan rezeki saya lagi, saya bersyukur juga kerana Allah dan beri saya pelbagai nikmat merasai kesenangan, kebahagiaan dan macam-macam lagi.
InsyaAllah rezeki Allah luas. Selagi kita ikhlas dan sentiasa membantu orang, rezeki kita tak akan putus. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, dan sesuai dengan apa yang kita perlukan. Jujurnya, dahulu berniaga tak pernah terlintas nak jadi kaya. Hanya sekadar cukup keperluan. Niat saya nak bawa mak dan ayah ke Mekah sahaja. Ada rumah dan kereta sendiri. Itu sahaja, tak lebih apa yang saya minta.
Sebab itu saya bersyukur Allah beri saya lebih dari apa yang saya minta. Dulu Aliff Syukri target untuk memandu Honda sahaja. Alhamdulillah, terima kasih pengguna-pengguna DHerbs.” Tulis Datin Seri Shahida sambil meuar-uarkan dua lagi cawangan DHerbs yang baharu dibuka.
Hujung Ogos lalu, Ardell Aryana bersama 22 aktivis terdiri daripada selebriti dan pempengaruh tanah air menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dengan penuh harapan. Tujuan mereka hanya satu, untuk memecahkan kepungan Israel menuju ke Gaza. Seterusnya menyampaikan bantuan makanan, ubat-ubatan dan barangan asas lain kepada rakyat di sana.
Turut sama menyertai Ardell ialah Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Farah Lee. Meskipun tubuhnya kecil namun semangat juang figura berusia 35 tahun ini cukup luar biasa. Sepanjang lebih sebulan redah lautan, Ardell turut diuji dengan faktor kesihatan hingga hampir menarik diri.
Tetapi keazaman wanita ini untuk bertemu rakyat di Gaza mengatasi segala-galanya!
Sepanjang pelayaran itu juga isteri pelakon Nadzmi Adhwa ini antara yang paling aktif membuat live di media sosial, menyebarkan misi GSF ini kepada dunia dan setiap kali dia bersiaran raih ratusan ribu tontonan.
Bahkan video live SOS Ardell Aryana sebelum ditahan tentera rejim viral di platform media sosial.
Kapal ‘Mikeno’ yang dinaiki Ardell dikatakan lakar kejayaan tersendiri dalam misi flotilla sebelum ini apabila hanya berada kira-kira 10 batu nautika dari perairan Gaza. Namun usaha mereka untuk hantar bantuan tidak kesampaian setelah ditahan pihak tentera rejim pada 2 Oktober 2025.
Tiada khabar lanjut mengenai Ardell sejak penahanan itu dan mengundang resah pelbagai pihak. Sehinggalah pada 4 Oktober lalu berita pembebasan 23 aktivis Malaysia tiba di Istanbul, Turkiye menjadi perhatian.
Pastinya kelibat Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin dinanti-nantikan ramai. Dalam senyuman, dia sebenarnya menahan kesakitan akibat dicederakan tentera Zionis.
Malah, ‘tudung’ yang dipakainya sewaktu tiba di Istanbul jadi tumpuan kerana ia sebenarnya T-shirt yang dijadikan tudung bagi menutup auratnya.
Memetik laporan Astro Awani, Ardell mendedahkan dia menjadi mangsa buli secara fizikal oleh tentera negara haram Israel sewaktu dalam tahanan. Dia mengalami kecederaan fizikal disebabkan layanan kasar mereka. Bahkan doktor mengesahkan tisu di bahu Ardell koyak, lebam di muka dan rambutnya tercabut.
Selebriti ini turut berkongsi detik cemas ketika tudungnya direntap hingga rambut tercabut. Adegan itu turut disaksikan tentera zionis lain yang bersorak beramai-ramai untuk memalukannya.
Ardell turut tidak menolak kemungkinan menjadi sasaran rejim tersebut kerana pengaruhnya menyebarkan misi GSF di media sosial.
Lebih mengejutkan, tentera Israel turut mengugut mahu membunuh anak-anaknya jika dia enggan memberi kerjasama semasa proses penahanan.
Hari ini 7 Oktober, genap dua tahun Israel ‘membuli’ dan menjajah negara Palestin berdaulat. Hari ini juga aktivis GSF dijangka tiba di tanah air sekitar jam 10 malam nanti dan ia sudah tentu bukan perjuangan terakhir mereka untuk terus menyokong serta membela nasib masyarakat di sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagaimana yang kita tahu musim pandemik COVID-19 ini perkembangan ekonomi di seluruh dunia menjadi perlahan. Pengasas D’Herbs Health, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut mengakui perniagaan yang telah diusahakannya sejak berusia awal 20an itu turut terkesan.
Foto: Instagram @shahidadherbs
“Sejujurnya tipu lah kalau tidak terkesan dengan pandemik ini memandangkan orang ramai lebih fokus pada keperluan hidup seperti makanan dan lain-lain. Cuma, alhamdulillah saya masih lagi mampu bertahan kerana telah lama berada di pasaran selama 10 tahun. Jadi sudah mempunyai pelanggan yang setia bersama kami,” tutur isteri kepada Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman memulakan bicara.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Namun, sebagai usahawan yang berjaya, cabaran pandemik COVID-19 bukan alasan untuk berputus asa untuk meneruskan legasi perniagaan. “Ketika pandemik ini, saya lebih fokus menjual produk-produk pada harga mampu milik tetapi berkualiti. Bukan sahaja produk kecantikan, malah saya juga mempunyai rangkaian hijab jenama sendiri.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Selain itu, saya juga mempunyai jenama periuk dan kuali masakan sendiri yang telah diceburi selama hampir 3 tahun. Sebagai peniaga, saya fokus pada keuntungan sedikit tapi berpanjangan dan pelanggan akan ulang membeli.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Saya juga mempunyai sebuah resort di Janda Baik, Pahang tetapi, kerana PKP ni resort tidak dapat dibuka. Jadi masa yang ada saya fokus sepenuhnya di pejabat dan lebih banyak dapat meningkatkan promosi dan produktiviti syarikat kami,” jelas Datin Seri Shahida tentang strategi perniagaannya ketika PKP.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Datin Seri Shahida tutur menitipkan nasihat buat usahawan wanita saat menghadapi cabaran ketika pandemik COVID-19 ini. “Usah putus asa, bagi saya usah malu untuk menutup perniagaan seperti di premis sekiranya kita tidak mampu meneruskan.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Usah guna duit simpanan semata-mata demi kelangsungan hidup. Hidup ini ada jatuh dan bangunnya serta tidak apa bermula semula dari bawah. Sebab rezeki sentiasa ada untuk kita yang sentiasa berusaha,” ucap Datin Seri Shahida bersungguh-sungguh.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Mempunyai anak yang meningkat remaja, tapi Datin Seri Shahida kekal cantik, boleh kongsi rahsia kecantikan? “Saya tak ada amalan khusus namun saya beruntung kerana tidak terkesan dengan pengambilan makanan.
Cuma, bila semakin meningkat usia, saya suka buat aktiviti yang berpeluh untuk meningkatkan kecergasan saya. Saya juga amalkan supplemen dan yang paling penting saya percaya jauhi mereka yang membawa aura negatif,” akhiri Datin Seri Nur Shahida.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!