Mulianya Hati Mereka, 12 SELEBRITI Ini Sanggup Redah Kawasan Pedalaman & Berjauhan Dari Keluarga!

Tabik dengan sikap prihatin 12 orang selebriti tanah air ini. Ada yang dah berumah tangga pun tapi sanggup berjauhan dengan keluarga semata-mata nak membantu dan merapatkan ukhuwah sesama insan di luar negara. Semoga  pergorbanan yang dicurahkan barisan artis berjiwa murni ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat kelak.

12 duta kecil negara yang terlibat dengan misi kemanusiaan tersebut adalah Fara Fauzana, Faizal Ismail, Lah Ahmad, Irma Hasmie dan suami, Redza Syah Azmeer, Lufya, Diana Amir, Raja Nadia Sabrina, Farah Lee, Ashraf Muslim dan Dhirar Zainal. Menjadikan platform Islamic Relief Malaysia dan Ukhwah 4 Ummah untuk program Squad Celebrity Global Volunteers yang baru dilancarkan semalam, khabarnya kesemua selebriti ini akan dihantar ke empat negara terlibat mulai 18 hingga 25 April depan.

Irma, Redza dan Lufya bagi Misi Tabang 4 Marawi

Melalui skuad ini, empat kempen utama diketengahkan iaitu Tabang 4 Marawi, Misija 4 Bosnia, Water 4 Malawi dan School 4 Godda. Tabang 4 Marawi misalnya adalah bantuan untuk membangunkan punca pendapatan dan penempatan komuniti Marawi di Filipina yang terjejas akibat pergolakan yang berlaku di sana. Skuad selebriti yang bakal menjayakan bantuan ini ialah Irma Hasmie dan suami serta Lufya.

Raja Nadia, Lah Ahmad dan Dhirar untuk School 4 Godda

Sementara itu, tiga lagi selebriti Raja Nadia, Lah Ahmad dan Dhirar Zainal akan ke Godda, India untuk bantuan pembinaan semula sekolah di daerah sasaran iaitu di perkampungan Sahora. Khabarnya, keadaan sekolah yang usang mengundang bahaya kepada para pelajar selain berhasrat menyediakan persekitaran sekolah yang lebih baik kepada kanak-kanak Godda.

Ashraf Muslim, Diana Amir, Farah Lee untuk Misija 4 Bosnia

Fara Fauzana dan Faizal Ismail untuk Water 4 Malawi

Diana Amir, Farah Lee dan Ashraf Muslim pula akan berada di Bosnia bagi Misija 4 Bosnia dalam usaha menyediakan sumber air bersih kepada penduduk Sarajevo. Melaksanakan misi sama di Malawi, Afrika ialah dua penyampai radio popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

Yang berkelapangan dan mengejar ‘saham’ akhirat, boleh mendaftarkan diri sebagai sukarelawan atau menyumbang dana kepada Islamic Relief Malaysia dan Ukhwah 4 Ummah.

 

 

 

IKLAN
Share