Gara-gara muntah di tandas sebuah kafe kerana morning sickness, Hanis Zalikha disindir salah seorang pelanggan dengan cara yang memalukan. Kalau tak puas hati sekalipun janganlah sindir sampai satu kafe dengar. Mujur, Hairul Azreen ada dengan Hanis waktu tu.
Kadang-kadang memang pelik tengok kelakuan orang yang tak prihatin dengan keadaan orang lain. Normal bagi ibu hamil yang mengalami alahan pada awal kehamilan atau first trimester. Situasi ini bukan boleh dijangka.. lebih teruk, ada yang terpaksa ‘hadap’ alahan ini sepanjang tempoh kehamilan.
Sedang mengandung anak kedua, insiden yang pernah dialami Hanis Zalikha ini boleh dijadikan pengajaran buat semua. Bukan saja kepada suami isteri bahkan orang sekeliling pun boleh lebih bertimbang rasa. Kongsi Hanis, peristiwa tersebut berlaku ketika dia tengah mengandungkan anak sulung, Yusuf Iskandar dulu.
“Ada satu pagi tu, kitaorang on the way pergi office dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu kafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja. Dah nak selesai (makan) Hanis mula loya balik.
Ya Allah, cuba tahan taknak muntah sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah, tahan punya tahan lari jugak ke tandas kafe tu.
Sambil air mata mengalir, dalam 5 minit selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa.”
Ads
Disebabkan selera makan dah hilang, pemilik label hijab Cakenis ini hanya menunggu suami selesai makan. Namun, emosinya jadi tidak keruan bila terpandang seorang staf warga asing di kafe tersebut yang kelihatan seakan kurang senang dengan Hanis.
Puas ditanya kepada Hairul, akhirnya pelakon Paskal ini membuka mulut menceritakan adegan muntah Hanis tadi kedengaran satu kafe.
Ads
“Ada pak cik tua ni buat muka annoyed sangat-sangat selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising-bising sampai satu kafe dengar. Dia cakap ‘apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah-muntah!’
So my husband walked up to him and said, ‘Ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung.’
Bila dikenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud, Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita.”
Beruntung Hanis dikurniakan suami yang prihatin dan cukup menjaga perasaan isteri. Pasti hati isteri yang tengah menahan rasa malu pun tenang bila ada yang mempertahankan maruah mereka. Iyalah, bukan sengaja.
Ads
Walaupun sekarang Hanis sedang menjalani kehamilan second trimester dan perut yang makin besar tapi dia akui masih alami rasa loya yang teruk. Kasihan Hanis! Diharapkan agar ibu muda ini diberikan kesihatan yang baik, minda dan emosi yang stabil agar dapat melahirkan bayi comel yang sihat dan kuat mental fizikal sama seperti ibunya.
Semoga dengan perkongsian ini juga menjadikan masyarakat kita lebih peka dan prihatin dengan situasi orang lain terutamanya apabila melibatkan perihal ibu mengandung.
Kredit: Instagram Hanis Zalikha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru dilancarkan pada Januari lepas, lagu ‘Flowers’ nyanyian Miley Cyrus berjaya mencetus fenomena luar biasa di seluruh dunia. Hingga ke hari ini, karya dan klip video muzik Miley tersebut menduduki carta teratas US Billboard dengan mencatat jutaan tontonan. Lebih-lebih lagi lirik lagu itu dikatakan menyindir bekas suami, Liam Hemsworth.
Miley yang dilahirkan pada 3 November 1992 di Tennessee merupakan anak kepada penyanyi dan pelakon, Billy Ray Cyrus dan ibunya, Tish Cyrus.
Dinamakan Destiny Hope Cyrus, Miley bagaimana pun mengubah namanya secara rasmi pada tahun 2008. Wanita ini mempunyai potensi di persada seni Amerika Syarikat kerana berbakat besar dalam kerjaya muzik dan lakonan.
Dia mula mencipta nama sebagai bintang kanak-kanak Disney menerusi rancangan popular ‘Hannah Montana’ dan ‘Hannah Montana 2’ di samping bapanya. Rancangan tersebut nyata membawa kejayaan besar dari tahun 2006 hingga 2011.
Kredit Instagram @mileycyrusKredit Instagram @mileycyrusKredit Instagram @mileycyrusKredit Instagram @mileycyrus
Sejurus bersara dari watak kanak-kanak, Miley seterusnya tampil dengan imej lebih matang. Dia kemudian menjayakan watak dalam drama So Undercover, The Night Before dan Crisis in Six Scenes yang dalam masa sama mencipta nama sebagai pop star terkenal menerusi lagu Wrecking Ball.
Memetik laporan Hollywood Insider, Miley pernah menjadi selebriti dan tenaga pengajar dalam program The Voice selama dua musim bersama penyanyi terkemuka lain seperti Alicia Keys, Adam Levine dan Blake Shelton. Bukan itu saja, dia turut memenangi pelbagai anugerah dalam bidang nyanyian dan lakonan.
Kredit Instagram @mileycyrusKredit Instagram @mileycyrusKredit Instagram @mileycyrusKredit Instagram @mileycyrus
Portal Stylecaster mendedahkan kekayaan Miley dianggarkan mencecah USD160 juta. Sekali gus mengatasi kekayaan bapanya berjumlah USD20 juta.
Miley berkahwin dengan Liam Hemsworth yang merupakan adik kepada pelakon filem Thor iaitu Chris Hemsworth pada Disember 2018 namun kini dilaporkan sudah berpisah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersandarkan status dan pangkat bapanya sebagai ahli politik terkenal, Najwa Mahiaddin boleh mengambil ‘jalan singkat’ untuk dikenali dan berjaya dengan mudah. Namun anak seni berusia 33 tahun ini memilih untuk bermula dari bawah dan jauh daripada ‘spotlight’ populariti bapa tersayang. Apatah lagi, kini bapanya merupakan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasssin.
Sepanjang bergelar pemuzik, Najwa yang kini dikenali sebagai Njwa Mahiaddin dilihat tidak gemar mencampuri urusan politik bapanya. Malah, ketika Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) pun… dia seboleh-bolehnya mengelak status sebagai anak TPM diketahui umum. Mungkin kerana bimbang hal tersebut lebih menarik perhatian masyarakat berbanding bakatnya dalam karier muzik.
Nama Njwa mula meniti di bibir peminat sejak dendangan lagu duetnya bersama Malique iaitu Senyum berkumandang di corong stesen radio tanah air sekitar tahun 2010. Dari situ, Njwa semakin aktif mengubah lagu dan menyertai pertandingan nyanyian. Antara lagu popular Njwa termasuk Got To Go, Sweet October dan Sama Saja.
Tidak pernah selektif dalam membuat persembahan, Njwa dikhabarkan tetap menerima mana-mana pelawaan nyanyian tidak kira berskala kecil mahupun besar. Semuanya kerana rasa cintanya terhadap muzik. Lebih membanggakan, wanita berusia 33 tahun ini pernah menggondol anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.
Njwa di samping suami
Mengintai latar belakang penyanyi bersuara unik ini, Njwa merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagi pasangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Njwa juga pernah mendedahkan dia tidak datang dari keluarga yang berlatar belakangkan muzik tetapi minat terhadap dunia seni hadir ketika dia mengikuti kelas piano dan muzik sejak kecil. Dia turut menjalin hubungan baik bersama penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna ketika kedua-duanya pernah berpadu suara dalam sebuah konsert.
Meniti tanggal 26 Mac ini genap lima tahun Njwa bergelar isteri kepada Idris Koh yang merupakan salah seorang ahli muzik yang sering mengiringi Njwa dalam setiap persembahannya.
Kredit foto: Instagram Njwa Mahiaddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama mewah dan eksklusif, dUCk sentiasa kreatif dalam setiap penghasilan produknya. Terbaharu menerusi koleksi The Merdeka dUCk, ia tampil dengan 14 variasi skaf eksklusif yang melambangkan ciri bagi 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Rambang mata hendak pilih yang mana satu!
Bagi menjayakan semangat perpaduan dan kemerdekaan tahun ini, dUCk menjalin kolaborasi bersama para pelukis berbakat besar tempatan, Art Battalion. Setiap pelukis tampil dengan idea dan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan 14 rekaan tersebut yang diketuai pelukis mural, Yaulacap.
Bukan itu saja, The Merdeka dUCk turut dimeriahkan dengan himpunan rekaan ready-to-wear sebagai pelengkap gaya.
Selaku Pengasas bersama The dUCk Group, Vivy Yusof berkata, “Tahun ini dUCk menawarkan rekaan skaf untuk setiap negeri di Malaysia dan mengangkat karya pelukis tempatan dari Art Battalion untuk koleksi kali ini.
Dalam kolaborasi dUCk bersama Art Battalion sebelum ini, rekaan beg yang dilukis menggunakan tangan laris dijual dalam masa 3 minit dan kami terkejut dengan sambutan hebat daripada pelanggan.”
Majlis pelancaran The Merdeka dUCk berlangsung di dUCk Bangsar Village Flagship Store. Skaf edisi terhad koleksi Hari Kebangsaan 2022 ini dihasilkan daripada material satin silk. 14 rekaan berkenaan membawa identiti setiap negeri di Malaysia termasuk Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Dilengkapi dengan charm perak, setiap rekaan ini didatangkan dalam bentuk selendang mahupun square scarf. Terdapat lima rekaan kardigan turut dihasilkan. Setiap rekaan melambangkan elemen budaya dari negeri-negeri di Utara, Selatan, Timur dan Barat Malaysia serta Borneo.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.