“My Amazing And Beautiful Wife” MAT DAN Kini Bapa Anak Tiga, Isteri Selamat Lahirkan Anak Perempuan Sulung

Selebriti media sosial yang juga seorang pelakon, hos serta penyampai radio, Mat Dan meluahkan kesyukuran apabila isteri tercintanya, Nadifa Adnan selamat melahirkan anak ketiga mereka pada 30 Mac lalu.

Lebih mengujakan, zuriat ketiga mereka itu merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga selepas dikurniakan dua anak lelaki.

Mesti comel yang baby girl ni, kan? Maklumlah anak kacukan Malaysia-United Kingdom.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Mat Dan berkongsi foto dia sedang memegang bayi perempuannya itu yang belum didedahkan rupa dan namanya.

Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah mengucapkan terima kasih kepada para pengikutnya yang mendoakan serta menzahirkan ucapan tahniah buat keluarganya.

Penyampai radio Molek FM ini juga memaklumkan isteri dan bayi perempuannya itu dalam keadaan sihat. Isterinya kini sedang melalui proses berpantang.

“Both Ibu and baby are healthy and now begins confinement!

“Thank you to everyone that sent your wishes via whatsapp/DM…

Mat Dan turut memuji isterinya hebat dan cantik kerana melahirkan seorang bayi perempuan yang begitu indah.

“Alhamdulillah my amazing and beautiful wife gave birth last night to this amazing and beautiful baby girl!

Untuk info, Mat Dan dan isteri mendirikan rumahtangga pada 12 Mac 2017 di Bukit Chendering, Terengganu.

Mat Dan merupakan warganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009.

Pengembaraan ke Pulau Kapas, Terengganu beberapa tahun lalu telah menarik minat Mat Dan untuk tinggal di Malaysia lalu bertemu jodoh dengan isterinya itu yang berasal dari Terengganu.

Setelah dikenali ramai, Mat Dan muncul sebagai pengacara, pelakon serta penyampai radio di Molek FM.

Semoga Mat Dan dan isteri kekal bahagia sampai syurga.

Kredit Foto: Instagram Mat Dan

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

IKLAN
Share