Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa melalui jenama tudung terkemukanya, Naelofar Hijab (NH), telah melangkah satu langkah ke depan dengan membuka sebuah butik yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Butik yang berlokasi di Royal Plaza Putatan memberi peluang kepada peminat jenama tudung ini khususnya dan peminatnya untuk berpeluang melihat sendiri tudung koleksi NH.
Ads
Pembukaan butik ini juga bagi memenuhi permintaan wanita di Sabah untuk memilih dan membeli koleksi-koleksi terbaru dan menarik keluaran Naelofar Hijab. Pembukaan itu juga akan memperkenalkan laman web rasmi mereka, www.naelofarsabah.com untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam talian yang semakin meningkat di negeri ini.
Majlis pembukaan dirasmikan oleh Neelofa Mohd. Noor, selaku pengasas Naelofar. Butik ini akan dikendalikan oleh adik Neelofa sendiri, Nellisa.
Ads
Naelofar Hijab juga berkembang di peringkat antarabangsa. Pada masa ini, mereka telah mengeksport produk mereka ke lebih daripada 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, Jerman, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Korea dan Jepun.
Butik NH juga melakukan Jualan Akhir Tahun, Naelofar YES 2017 di seluruh negara yang dijalankan dari 11 November hingga 31 Disember yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk pembelian yang dibuat di semua butik NH, dalam talian dan daripada stokis sah NH. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya Didie Alias bakal menerima seorang lagi menantu. Ini selepas anak perempuan kesayangan iaitu Nur Dayini Ahza selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan, Tholhah Othman pada 7 Februari lepas.
Walau diadakan secara kecil-kecilan namun pertunangan Dayini meriah dengan kehadiran ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat.
Malah, ruang Lanai Anggun at Ecosky dihias indah dengan dekorasi bunga-bungaan dan mini pelamin.
Lebih manis, kelihatan pelakon Didie Alias atau nama penuhnya Fadzilah Mohd @ Ali turut mengiringi langkah anak perempuan menuju pelamin sebelum upacara pertunangan berlangsung.
Keluarga kedua-dua belah pihak turut dilihat tenang dan mesra berbincang mengenai pertunangan serta majlis perkahwinan kelak. Keluarga pihak lelaki mengenakan persalinan rona hijau.
Manakala keluarga pihak perempuan pula sedondon dalam busana warna biru lembut.
Bagaimana pun mereka tidak mendedahkan tarikh pernikahan.
Berkongsi khabar gembira itu di media sosial, Artis Komedi Wanita Popular berkenaan memuat naik video sekitar majlis pertunangan Dayini.
Ujarnya, “Alhamdulillah syukur. InsyaAllah akan bertambahlah lagi keluarga mummy. Semoga dipermudahkan semuanya. Congrats my princess Dayini.”
Turut hadir, suami tercinta Didie Alias iaitu Norisham Ismail.
Sementara itu, Dhaniyah iaitu kakak kepada Dayini turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan buat adik kesayangan yang selamat bergelar tunangan orang.
“Our baby sister is engaged! The one yang suka bergaya (sometimes sampai kita confuse whose outfit is whose) and the one yang paling happy kalau ada makanan.
Honestly your love for food is unmatched. Your happy go lucky energy has always been you and I’m so happy you found ‘someone’ to share this next chapter with. Kakak doakan semuanya dipermudahkan till your big day.”
Dhaniyah merupakan anak sulung Didie Alias dengan bekas suami, Allahyarham Ridzuan Hashim. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dari seorang gadis biasa dan bintang program realiti TV, kini Sofia Kristina Hellqvist merupakan ahli keluarga diraja Sweden! Semuanya bermula ketika Sofia bertemu putera kacak Sweden iaitu Carl Philip of Sweden semasa beliau mengusahakan sebuah pusat kesihatan yoga di Manhattan.
Mengintai latar belakang Princess of Sweden dan Duchess of Varmland ini, Sofia dilahirkan di Stockholm pada tahun 1984 dan bergiat aktif dalam bidang peragaan. Beliau juga merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik perempuan. Meskipun pernah melanjutkan pengajian dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa dan Perakaunan di dua institut berbeza di Sweden dan Amerika, namun puteri diraja berusia 36 tahun ini tidak pernah bekerja dalam bidang yang dipelajari.
Sebaliknya, Princess Sofia lebih selesa bekerja sebagai pelayan restoran, pembantu jualan dan model. Semasa menjadi model, wajah cantik Princess Sofia telah banyak menghiasi banyak majalah di negara kelahirannya. Bersandarkan kepada kecantikan dan tubuh menawan yang dimiliki, Princess Sofia juga dilaporkan menyertai pelbagai pertandingan ratu cantik termasuk pernah menjadi juara Miss Slitz 2004.
Rentetan daripada gelaran ratu cantik tersebut, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan menyertai sebuah program realiti ‘Paradise Hotel’ di salah satu saluran televisyen Sweden.
Bertitik tolak daripada program realiti ini, kelibatnya mula mencuri tumpuan ramai sehingga meraih populariti luar biasa. Princess Sofia kemudian berhijrah ke New York dan membuka sebuah pusat kesihatan yoga di Manhattan. Di sinilah beliau bertemu Carl Philip of Sweden dan masing-masing dikatakan jatuh cinta pada pandang pertama.
Carl Philip mengambil langkah permulaan untuk memenangi hati Sofia dengan mengajak jelitawan tersebut menyaksikan perlumbaan go kart. Hubungan mereka dikatakan semakin serius pada Ogos 2010. Tanggal 27 Jun 2014, pasangan kekasih ini mengumumkan berita pertunangan mereka.
Episod ala kisah dongeng rakyat biasa menjadi puteri kayangan tercetus pada 13 Jun 2015 apabila Princess Sofia secara rasmi menjadi isteri Prince Carl dalam majlis perkahwinan gilang-gemilang yang berlangsung di Chapel of Stockholm’s Royal Palace.
Gaun perkahwinan Princess Sofia direka khas oleh pereka Sweden, Ida Sjostedt. Istimewanya gaun indah berlengan panjang dan rekaan leher V berkenaan diperbuat daripada silk crepe dan sulaman tangan. Mahkota yang dipakai pula merupakan pemberian hadiah daripada Raja dan Permaisuri Sweden.
Dek kerana kehidupan lama Princess Sofia, ada segelintir pihak memberi persepsi buruk terhadapnya dan menganggap beliau tidak layak menjadi puteri diraja. Berbeza pula bagi Carl Philip of Sweden yang digambarkan seorang putera raja sempurna, kacak, ramah dan berpendidikan tinggi. Malah putera kedua King Carl Gustav XVI dan Queen Silvia of Sweden ini juga sangat disenangi keluarga diraja Sweden.
Bagaimana pun kecantikan Sofia Hellqvist dan kebaikannya bersama Carl Philip of Sweden lama-kelamaan diterima baik rakyat jelata. Dia kini mendapat gelaran Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden dan Duchess of Varmland.
Kehidupan Princess Sofia berubah sepenuhnya pada 19 April 2016 apabila beliau bergelar ibu. Putera sulung mereka dilahirkan nama Alexander Erik Bertil. Setahun kemudian, pada 31 Ogos 2017… perkahwinan mereka tambah meriah dengan kehadiran cahaya mata kedua iaitu Gabriel Carl Walther.
Dikurniakan suami penyayang, anak-anak comel dan disayangi rakyat… membuatkan Princess Sofia teruja dan mahu terus memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comelnya anak-anak Vie Shantie Khan. Memang mewarisi kecantikan ibu mereka! Iyalah, bak kata pepatah ‘Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi’. Diam tak diam, sudah empat orang cahaya mata Vie Shantie. Tiga daripadanya ialah perempuan dan seorang lelaki. Alhamdulillah.
Tanggal 2 Januari lalu merupakan ulang tahun kelahiran yang pertama bagi anak keempat Vie Shantie iaitu Vie Raissa. Makin sihat dan comel Raissa! Daripada gambar yang dikongsikan Vie Shantie di media sosial miliknya, jelas membuktikan anak kecil itu mewarisi sepasang mata bundar yang cantik daripada ibunda tersayang.
Kini, apabila Raissa sudah berusia setahun barulah usahawan muslimah VHijrah berkenaan terbuka untuk berkongsi momen kelahiran cahaya matanya itu kepada umum.
Betapa cekal dan tabahnya Vie Shantie melalui detik kelahiran Raissa. Ujarnya, “2 Januari 2021. Tepat pada saat ini, waktu ini, cuma tahun yang berbeza. Ada satu NYAWA dan AMANAH yang Allah SWT berikan kepada kami sebagai ibu bapa yang menjaganya, mendidiknya, memberikan kasih sayang serta membimbingnya di sepanjang kehidupannya.
Dari awal mengandungkan Raissa, dia memberikan satu pengalaman lain dari 3 adik-beradiknya. Baru pertama kali saya merasa apa itu alahan dan ‘morning sickness’ semasa berbadan dua. Mual, muntah, lesu dan semua perasaan yang aneh saya rasa. Dia membuatkan saya menjadi insan luar biasa dengan kehadirannya.
Ternyata, Allah SWT takdirkan dia juga keluar dengan cara yang berbeza dari mereka bertiga. Trauma melahirkan secara pembedahan masih lagi mengusik jiwa, ujian di saat dia lahir dan terpaksa dipindahkan ke hospital lain, bertarung nyawa kerana kurang oksigen membuatkan jantung ini terhenti seketika. Ditambah pula, dengan daddynya yang terpaksa meninggalkan kami kerana perjuangan kerjaya dan hal lainnya. Hanya Allah SWT tempat berserah.”
Sememangnya wanita bergelar ibu dikurniakan Allah dengan kekuatan luar biasa. Dalam keadaan sakit tidak menentu dan ketiadaan suami tercinta di sisi, hanya kepada Allah sahaja tempat untuk berlindung dan berserah.
Bersyukur anak yang dikandung kini meniti usia setahun dan dikurniakan kesihatan yang baik, Vie Shantie berharap agar Raissa kuat mendepani cabaran dan ujian hidup kelak. “Mummy ingin berpesan pada Raissa, ini adalah takdir ketentuan kehidupan kita bersama. Suka dan duka semuanya adalah takdir Allah SWT yang sudah ditetapkan untuk kita.
Setiap perjuangan, darah, keringat dan pengorbanan Mummy membesarkan Raissa adalah pengalaman terindah dalam kehidupan Mummy. Raissa, Zaara, Zaalia dan Zareef adalah rezeki dan rahmat yang terbesar pada hayat Mummy yang bergelar manusia. Happy 1st birthday my baby sayang mummy Vie Raissa Darling Cinta.”
Vie Raissa merupakan anak Vie Shantie dengan suami baharu. Sebelum ini, jelitawan tersebut pernah berkahwin dengan aktor Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Kredit foto: Instagram Vie Shantie
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!