Kehadiran Liza Hanim di pentas GV4 benar-benar menyengat sehingga melayakkannya menggegarkan pentas akhir program realiti yang mengangkat martabat penyanyi yang popular suatu ketika dahulu.

Tidak pernah memberikan persembahan hambar Liza Hanim terus mara melangkah dan menyerlah bakat luar biasa yang tersemat dalam dirinya. Kelibat figura yang menyanyikan lagu Siapa Menyangka Siapa Menduga ini benar-benar mencuri tumpuan apabila tampil langsing berbanding dahulu.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana penyanyi bersuara lantang ini berjaya menurunkan berat badan dan menganggap Liza Hanim telah mengambil produk untuk menguruskan badan.

Ketika bertemu dengan penyanyi yang berasal dari Klang, Selangor ini penulis sempat mencungkil rahsianya. Menurut ibu kepada empat orang anak ini, apa yang dikecapnya kini bukan datang dengan mudah tanpa usaha yang gigih.

Nafi Ambil Pil Kurus, Inilah Rahsia Langsing Liza Hanim Berjaya Kurangkan 20kg Tanpa Ikat Perut!

“Ketika membuat keputusan untuk menurunkan berat badan saya belajar dan memahami apakah itu cara sebenar untuk menguruskan badan. Saya tak ambik cara short cut, iaitu dengan mengambil ubat-ubatan atau crash diet. Sebenarnya tidak. Saya belajar memahami how the body work dan macam mana tubuh boleh berfungsi. Habit ini perlu dijadikan lifestyle dan perlu berterusan bukan macam crash diet bila dapat kuruskan dalam masa sebulan and then dia naik balik. Kita tak nak yoyo.

So saya fahami apakah maksud kalori dan apakah maksud calorie deficit. Saya kaji makanan apa yang sesuai, bagaimana pula dengan portion makanan dan keperluan senaman. Senaman sangat penting kerana apabila exercise kita akan dapat memantapkan otot-otot jadi automatically kita akan dapat membentuk badan.

Sebelum nekad untuk menguruskan badan kita perlu faham apa yang kita nak buat dan kena betul-betul istiqamah. Kalau kita nak buat, kena buat betul-betul kerana cabarannya sangat besar especially in Malaysia. The food that we take or consume is so delicious and full of pack. Ditambah pula dengan cara masakan kita yang tidak membantu untuk meneruskan misi untuk kurus.

Nafi Ambil Pil Kurus, Inilah Rahsia Langsing Liza Hanim Berjaya Kurangkan 20kg Tanpa Ikat Perut!

Tetapi sekarang selepas saya berhenti menyusu badan anak keempat saya menyukat kalori dan mengamalkan 1200 calorie diet. Dan dengan 1200 kalori itu saya makan ikut portion. Namun saya tidak meninggalkan nasi dan saya perlu nasi. Ini kerana saya dah try and error tak makan nasi. Somehow badan saya menggigil so I have to take rice.

Tetapi saya akan make sure makan tidak melebihi 1200 kalori. Daripda 1200 kalori itu saya potong lagi, saya jadikan calorie deficit tambahan iaitu bakar kalori melalui senaman. Bila calorie deficit immediately badan tu akan burn what ever fat yang ada kat badan kita untuk dijadikan tenaga. From there kita akan dapat turunkan berat badan secara semula jadi.”

PERJUANGAN

Tahun 2018 merupakan come back buat wanita yang memegang watak sebagai Linda Martopo dalam filem KL Menjerit ini. Memilih bernaung di sebuah syarikat pengurusan, Laugh Out Loud (LOL) membuktikan Liza Hanim begitu serius dalam merencana perjalanan seninya.

“Langkah saya tidak akan terhenti selepas berada di pentas GV4 dan saya mahu meneruskan kehangatan dan terus berada dalam industri. Telah banyak yang saya rancang sepanjang tahun ini dan saya akan keluar dengan single terbaharu.

Saya dalam rangka promosi single ini dan saya tidak terhenti pada satu single sahaja dan berharap dapat melahirkan beberapa buah lagu lagi pada tahun ini. Saya juga telah merancang untuk turut serta dengan beberapa program TV,” ungkap wanita tinggi lampai ini.

Nafi Ambil Pil Kurus, Inilah Rahsia Langsing Liza Hanim Berjaya Kurangkan 20kg Tanpa Ikat Perut!

Apabila diajukan persoalan tentang persaingan dengan penyanyi baru dan lebih muda, terang penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini jujur, “Saya tidak rasa penglibatan semula ini memberi saingan kepada penyanyi baru dan lebih muda. Kehadiran saya bersama-sama penyanyi lama yang lain adalah untuk memeriahkan kembali industri seni.

Kami semua sudah mempunyai tapak dan berpeluang untuk memperkenalkan semula diri masing-masing atas platform GV ini. Gabungan penyanyi lama dan baru adalah suatu perkara yang sihat dalam industri dan bukan untuk bersaing di antara satu sama lain,” tutur penyanyi yang berusia 38 tahun ini. Hamizatul Maizan Mohamed

Nafi Ambil Pil Kurus, Inilah Rahsia Langsing Liza Hanim Berjaya Kurangkan 20kg Tanpa Ikat Perut!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI