Nak Balas Jasa, NAIM DANIEL Mahu Bawa Mak Ayah Tunai Haji!

Sejuk perut ibu mengandung apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan menjadi anak yang mengenang budi. Patutlah rezeki Naim Daniel semakin melimpah ruah. Rupa-rupanya dia sentiasa mendahulukan ibu bapa dan membahagiakan dua insan tersayang ini. Alhamdulillah.

Selepas kejayaan menjuarai sebuah pertandingan muzik berprestij, nama dan populariti pemilik nama Muhammad Naim Daniel ini bukan hanya melonjak naik. Bahkan setiap bait lirik lagu ‘Sumpah’ nyanyiannya juga menjadi siulan peminat seni tanah air. Lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Sebut sahaja nama Naim Daniel pasti ramai yang mengenali jejaka tinggi lampai tersebut.

Berkat kerja keras sepanjang bergelar anak seni, Naim mampu tersenyum puas apabila berjaya memiliki harta sendiri. Tidak sekadar mampu membeli kereta idaman yang mencecah ratusan ribu ringgit… malah Naim yang baru berusia 23 tahun juga sudah mampu membeli rumah sendiri. Tumpang bangga!

Meskipun dikurniakan rezeki lebih untuk membeli segala yang diimpikan namun rupa rupanya masih ada impian Naim yang belum tertunai. “Alhamdulillah atas apa yang sudah saya miliki hari ini. Tapi apa-apa pun ultimate goal saya ialah untuk menghantar ibu ayah pergi haji dahulu. Bagi saya, apalah sangat ‘pemberian’ ini untuk mereka berbanding dengan apa yang dah mereka lakukan untuk saya. InshaAllah, tidak kira apa sekalipun mereka adalah keutamaan saya dulu.

Lepas selesai urusan ibu ayah saya ini baru saya akan fikir tentang kehidupan peribadi. Cuma buat masa ini memang niat saya bekerja untuk keluarga. Selagi mana saya percaya yang hubungan di antara anak dengan ibu ayah takkan putus. Walau dah kahwin pun tanggungjawab seorang anak masih ada.”

Ditanya tentang perasaannya apabila dilabel sebagai anak emak, ini jawapan jujur Naim. “I am proud of it! Selagi ada parents, hargailah. Sampai sekarang pun saya tak segan kiss mama depan public… dapat pahala. Memang dalam keluarga, kami semua mengutamakan kasih sayang. Bukan je kasih sayang terhadap ibu ayah, begitu juga kasih sayang dengan adik-beradik dan diri sendiri. Saya buat perkara tu sebagai amalan supaya apabila saya sudah berkeluarga dan jadi ayah pula nanti, anak-anak dapat ikut apa yang saya buat.”

Adik-beradik Naim Daniel

Hadir dengan semangat baru selepas lagu nyanyian Sumpah mendapat sambutan luar biasa peminat, kini Naim Daniel kembali dengan single terbaru berjudul ‘Sembah’. Berkelulusan dalam bidang Pengajian Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Naim merupakan anak kepada pasangan Baharin Jamin dan Nora Hashim.

IKLAN
Share