Gaya Hidup

Nak Buat Pengeluaran i-Lestari Tapi Tak Ada Akaun ONLINE, Ikuti Langkah Mudah Ini

Bermula HARI INI, 1 April 2020 hingga 30 April setiap Ahli yang mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memohon pengeluaran i-Lestari.

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli yang terjejas semasa tempoh yang mencabar ini dan untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Ahli KWSP boleh memohon pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 untuk pembayaran pengeluaran bermula Mei 2020. Jika sudah menjadi kebiasaan membuat urusan di kaunter KWSP dan tidak mempunyai akaun di atas talian, jangan risau kerana boleh membuat pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel. Ikuti langkah ini;

Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:

1.Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun borang); dan

2. Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan

3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan

  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit); atau
  • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.

4. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli.

Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:

Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i_Akaun (Ahli)

Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

 

Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS

Ini pula langkah yang perlu diikuti jika terlupa kata laluan bagi yang sudah mempunyai i-Akaun;

IKLAN
Share