Gaya Hidup

Nak MAINTAIN SIHAT, Walaupun Asyik Keluar Masuk DAPUR Ketika PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN

Saranan kerajaan untuk #stayathome dalam Perintah Kawalan Pergerakkan ini sangat bagus. Selain dapat memutuskan rantaian penyebaran virus COVID-19, kita juga dapat belajar berjimat-cermat dan menjaga badan. Makan perlu beringat-ingat kerana dalam tempoh ini seboleh-bolehnya kita nak elakkan daripada keluar rumah.

Macam mana nak kekalkan berat badan ideal walaupun berada di rumah? Ini jawapannya..

Kekalkan hidrasi

Sentiasa minum air kosong di rumah. Selain unutk memastikan tekak sentiasa basah agar tidak mudah terkena jangkitan COVID-19, air juga menjadi penghilang dahaga dan membuatkan badan kekal terhidrat.

Air kosong adalah pilihan air paling ideal apabila sedang dahaga kerana ia tidak mempunyai kalori dan mengekalkan berat badan anda. Ia juga adalah cecair penting untuk ‘membuang’ makanan yang terhadam sepanjang hari.

Perhatikan porsi makanan

Hadkan pengambilan snek kepada satu hingga dua kepingan sahaja. Sibukkan diri bermain dan meluangkan masa anak dan pasangan. Masa inilah boleh kuatkan bonding!

Pilih pinggan atau piring lebih kecil untuk mengelakkan anda terlebih makan dan berlakunya pembaziran. Kunyah perlahan dan nikmati setiap kunyahan supaya anda lebih cepat kenyang. Makanan yang dikunyah pun lebih mudah hancur dan dihadam.

Jangan biarkan perut kosong

Makan sedikit untuk mengalas perut sebelum tibanya waktu makan. Kalau anda masih mahukan snek, pilih buah-buahan atau biskut (dalam kuantiti paling minimum!).

Kekal aktif

Walaupun hanya di rumah, anda masih boleh melakukan senaman ringan sendirian mahupun Bersama anak-anak. Datuk Nicol David dan Sharifah Sakinah misalnya menggunakan waktu ini untuk buat plank dan senaman ringkas yang anak-anak pun boleh ikut.

Comelnya anak Sharifah Sakinah yang sibuk juga ingin Bersama dalam aktiviti senaman ni.

Tidur yang cukup

Bila waktu berehat di rumah ni, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Jangan pula tonton televisyen sampai lewat malam.

Jadi orang yang cerewet

Sesekali menunjukkan sikap cerewet apa salahnya terutama untuk memilih makanan. Fikirkan kalori yang terkandung di dalam pilihan hidangan sebelum buat keputusan melulu. Anda perlu ingat, untuk menurunkan berat badan mengambil masa yang sangat lama tetapi untuk menambahnya, hanya sekelip mata!

Makan dengan sihat

Dengan stok makanan yang ada, pilihlah untuk makan dengan bijak. Andai ada buah-buahan, janganlah habiskan dalam masa sehari. Berjimat-jimat ok. Begitu juga sayur-sayuran dan makanan-makanan lain.

Kredit video: Instagram Datuk Nicol David dan Sharifah Sakinah.

 

 

 

 

IKLAN
Share