Gaya Hidup

Nampak ‘Baby Bump’ & Makin Berseri-Seri, Ikhtiar 7 Tahun MADAMMU Timang Anak Dimakbulkan!

Makin berseri-seri Madammu sejak berbadan dua. Iyalah, tujuh tahun menanti kehadiran cahaya mata akhirnya doa suami isteri ini dimakbulkan Tuhan. Alhamdulillah!

Masih aktif berkongsi aktiviti dan bisnes di media sosial, menerusi perkongsian video-video milik usahawan jelita ini memang dah jelas kelihatan ‘baby bump’. Difahamkan usia kandungan Madammu cecah tiga bulan.

Pengasas Noir Health & Beauty ini sah menjadi isteri Muhammad Azri Che Noh ketika berusia 25 tahun. Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami serta tiga anak tiri hidup bahagia meskipun belum berpeluang mempunyai zuriat sendiri.

Kredit Instagram @eriyca.baiduri
Kredit Instagram @eriyca.baiduri
Kredit Instagram @eriyca.baiduri

Sebelum disahkan hamil menerusi rawatan In Vitro Fertilization (IVF), Madammu atau nama sebenarnya Ericya Baiduri Abdul Rashid perlu menjalani pembedahan pada 18 Julai lepas apabila doktor mendapati tiub fallopian kanannya tersumbat dan terpaksa dibuang kerana membengkak serta terdapat jangkitan kuman.

Pun begitu, 11 Oktober lalu Madammu akhirnya disahkan mengandung lima minggu!

Kredit Instagram @eriyca.baiduri
Kredit Instagram @eriyca.baiduri
Kredit Instagram @eriyca.baiduri
Kredit Instagram @eriyca.baiduri

Ternyata, bukan mudah bagi wanita bergelar isteri untuk memiliki zuriat sendiri. Macam-macam ikhtiar dilakukan namun jika belum mendapat keizinan-Nya, reda dan pasrah terima ketentuan takdir.

Madammu cukup bertuah kerana dikurniakan suami penyayang yang sentiasa menyokong dan setia di sisi. Malah anak-anak tirinya juga menganggap wanita ini seperti ibu kandung sendiri.

Semoga usaha Madammu untuk timang cahaya mata mendapat keredaan Allah SWT dan berjalan lancar. Madammu membina legasi empayar niaganya sejak 2017 dan meraih jualan mencecah RM32 juta.

IKLAN
Share