Makin berseri-seri Madammu sejak berbadan dua. Iyalah, tujuh tahun menanti kehadiran cahaya mata akhirnya doa suami isteri ini dimakbulkan Tuhan. Alhamdulillah!
IKLAN
Masih aktif berkongsi aktiviti dan bisnes di media sosial, menerusi perkongsian video-video milik usahawan jelita ini memang dah jelas kelihatan ‘baby bump’. Difahamkan usia kandungan Madammu cecah tiga bulan.
Pengasas Noir Health & Beauty ini sah menjadi isteri Muhammad Azri Che Noh ketika berusia 25 tahun. Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami serta tiga anak tiri hidup bahagia meskipun belum berpeluang mempunyai zuriat sendiri.
Kredit Instagram @eriyca.baiduriKredit Instagram @eriyca.baiduriKredit Instagram @eriyca.baiduri
Sebelum disahkan hamil menerusi rawatan In Vitro Fertilization (IVF), Madammu atau nama sebenarnya Ericya Baiduri Abdul Rashid perlu menjalani pembedahan pada 18 Julai lepas apabila doktor mendapati tiub fallopian kanannya tersumbat dan terpaksa dibuang kerana membengkak serta terdapat jangkitan kuman.
Pun begitu, 11 Oktober lalu Madammu akhirnya disahkan mengandung lima minggu!
IKLAN
Kredit Instagram @eriyca.baiduriKredit Instagram @eriyca.baiduriKredit Instagram @eriyca.baiduriKredit Instagram @eriyca.baiduri
Ternyata, bukan mudah bagi wanita bergelar isteri untuk memiliki zuriat sendiri. Macam-macam ikhtiar dilakukan namun jika belum mendapat keizinan-Nya, reda dan pasrah terima ketentuan takdir.
IKLAN
Madammu cukup bertuah kerana dikurniakan suami penyayang yang sentiasa menyokong dan setia di sisi. Malah anak-anak tirinya juga menganggap wanita ini seperti ibu kandung sendiri.
Semoga usaha Madammu untuk timang cahaya mata mendapat keredaan Allah SWT dan berjalan lancar. Madammu membina legasi empayar niaganya sejak 2017 dan meraih jualan mencecah RM32 juta.
Saat pertama kali pelakon terkenal Intan Ladyana atau nama sebenar, Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 40, memuat naik sebuah gambarnya memakai hijab di laman Instagram pada Oktober lalu, ramai yang teruja dengan perubahan imejnya itu. Malah, di ruangan komen pula, dihujani dengan tidak doa agar pelakon yang pernah membintangi filem Adnan Sempit Sawadikap ini kekal istiqomah dengan imej terbarunya itu.
Tampil cantik berhijab dengan menyarungkan rekaan songket rekaan Lumiere Concept di Festival Filem Malaysia ke-32 yang baru sahaja melabuhkan tirai, penampilan Intan mendapat tumpuan lensa kamera danmenjadi bahan bualan netizen apabila tampak ayu dengan imejnya itu.
Berbicara mengenai penghijrahannya itu, isteri kepada pelakon Hariss Aliff ini menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Hal ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Bagi saya, tidak ada apa-apa isu sekiranya saya bersifat selektif kerana kebanyakkan artis hari ini sudah memakai hijab dan banyak yang menerima tawaran berlakon. Jadi, saya tidak menjadikan itu sebagai halangan.
Menurutnya, dia bukan sahaja harus memilih tawaran berlakon kerana perubahan imejnya itu, malah juga disebabkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang semestinya mempunyai batasan.
Apabila disoal mengenai perkembangan rumah tangganya, Intan teruja menyatakan bahawa segalanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah, banyak perkara yang dipelajari sejak dikurniakan puteri sulungnya, Eviee Khadeeja.
Banyak benda yang saya belajar walaupun selama ini saya ingat saya dah tahu, setiap hari pasti ada benda baru yang saya belajar. Semuanya baik-baik belaka.
Sekadar info, pasangan Intan dan Harris mendirikan mahligai cinta bersama pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.
Adibah Noor dalam kenangan, bagai tak percaya mendengar berita pemergian selebriti kesayangan ramai ini. Arwah meninggalkan kita kerana kanser ovari yang dihadapinya.
Teringat kisah pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail yang berkongsi cerita tentang kolaborasi bersama Adibah Noor yang telah terjalin lebih 10 tahun itu.
Cabaran menyiapkan busana penyanyi Adibah Noor bukan semudah yang disangka. Namun, rupanya hampir 1000 helai busana buat penyanyi kesayangan ramai ini telah berjaya disiapkan oleh pereka fesyen terkenal ini. Sesungguhnya Adibah Noor dalam kenangan!
Bermula daripada sehelai baju tempahan terus berulang ditempah tanpa henti. “Siap baju yang ditempah Adibah untuk acara atau pertandingan, hanya sediakan invois untuk bayaran.
Selepas itu hanya pembantu peribadi atau pekerjanya yang datang ‘collect‘ pakaian di butik saya. Dia hanya akan cakap nak warna baju itu ini dengan sejumlah tertentu. Perihal rekaan, semuanya dia serah bulat-bulat dekat saya.
Dia takkan tanya atau nak tengok rekaan bagaimana saya hasilkan untuknya. Bab rekaan, material kain atau potongan, apa yang dia utamakan adalah keselesaan dan nampak elegan.
Malah selama ini, memang baju dihantar dan ditempah dipakainya tanpa banyak songeh dan tidak perlu ‘alter‘.
Keserasian dan kepercayaan itu mungkin juga faktor utama kami terus berkerjasama. Dia tidak takut mencuba warna apa sekalipun. Dia pakai apa yang diingini, janji selesa,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu tentang penyanyi pujaan ramai itu.
Foto: Koleksi Ezuwan Ismail
Lebih istimewa apabila penyanyi yang berjaya menempah tiket ke separuh akhir pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim kelapan ini menolak sebarang tajaan. Menurut Ezuwan, Adibah menolak tajaannya dan menghargai perkhidmatan profesional dengan membayar pakaian ditempah.
“Pernah saya nak taja baju untuknya. Tapi dia menolak sebab nak ‘support‘ survivor pereka fesyen seperti saya. Dulu terlintas hati nak taja masa dia mengacarakan Anugerah Industri Muzik. Dia tolak juga.
Malah kalau sempena ulang tahun hari lahirnya, saya nak hadiahkan baju. Dia tetap dengan pendirian nak bayar.
Atau paling kurang pun, dia hanya akan bersetuju bayar separuh kos baju itu macam komitmennya sepanjang di GV 8. Siap tak berkira ‘tag’ nama saya di bawah entri baju dipakainya,” kata Ezuwan lagi.
Sedar tak sedar sudah hampir 1000 helai busana Adibah Noor disediakan oleh pereka fesyen ini. “Dia terus sokong khidmat dan kepakaran saya. Hingga kini hampir 1000 jugalah baju ditempahnya.
Apabila sudah selesa dan diberi kepercayaan penuh, saya sampai satu tahap bimbang mengulang siar rekaan baju. Tapi setakat ini ia belum terjadi,” katanya yang turut menjadi pilihan selebriti seperti Rozita Che Wan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan ramai lagi.
Tak sabar nak lihat rekaan Ezuwan untuk pentas separuh akhir GV8 nanti. “Saya teruja nak siapkan pula baju separuh akhirnya untuk GV8. Kalau dia ada rezeki ke final, semestinya saya nak siapkan baju paling meletop untuknya,” kata Ezuwan penuh semangat.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor sentiasa menjadi inspirasi ramai wanita. Selain keanggunan dan keprihatinan baginda yang begitu mempesona, kelibat Tengku Permaisuri Norashikin di majlis-majlis rasmi dan turun padang bertemu masyarakat khususnya rakyat negeri Selangor sememangnya dinanti-nantikan.
Di samping berkenan berangkat ke program melibatkan kanak-kanak, golongan kurang bernasib baik, haiwan peliharaan seperti kucing… baginda juga aktif mengikuti acara berbentuk sukan dan amalan gaya hidup sihat.
Misalnya, pada Disember lalu DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Menjunjung Kasih 2018 bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang ke-73. Ia merupakan penganjuran edisi keempat yang kian mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan dengan mencatatkan jumlah penyertaan lebih 7, 000 peserta.
Lengkap berpakaian sukan dan t-shirt program berwarna biru, baginda kelihatan cukup teruja dapat bersama-sama rakyat dan melakukan ‘flag-off’ bagi larian kategori 10km dan 15km bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.
Tidak sekadar berangkat merasmikan acara… Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyertai larian Family Fun Run sejauh 5km dengan ditemani Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Masdiana Muhamad serta dilepaskan YAB Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.
Menariknya, meskipun telah selesai berlari 5 kilometer dan tanpa secalit mekap di wajah baginda tetap kelihatan segar dan cantik. Melihat stamina Tengku Permaisuri Norashikin tersebut, ramai yang beranggapan baginda seorang yang gemar bersukan.
Tengku Permaisuri Norashikin ketika berangkat ke Larian Futbal Fanatix 2018
Mengintai kalendar aktiviti Tengku Permaisuri Selangor sepanjang tahun 2018, baginda nyata aktif menyertai pelbagai program riadah dan sihat termasuk berangkat ke acara Larian Futbal Fanatix 2018 yang diadakan bersempena musim Piala Dunia 2018. Pada acara itu Tengku Permaisuri Norashikin juga berkenan menyertai larian kategori 3km.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...