
Nampak lebih muda, eksklusif dan cantik! Itu antara pujian warga maya apabila melihat penampilan usahawan popular, Dato’ Seri Vida baru-baru ini. Terkenal dengan gaya fesyen extravaganza dan berani sebelum ini, kelibat pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan nyata mendapat pujian rakan-rakan artis dan followers.
Ini selepas Dato’ Seri Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman memuat naik gambar di majlis tersebut di media sosial miliknya. Menerusi perkongsian itu, Dato’ Seri Vida mengenakan persalinan rona lembut dengan rekaan serba minimalis. Ia sekaligus membuatkan dia kelihatan berbeza dan memikat!
Memetik kapsyen Dato’ Seri Vida, “Kenduri kendara, betul ke nampak muda pakai macam ni?”



Ruangan komen Dato’ Seri Vida dibanjiri dengan kata-kata pujian yang kebanyakan daripada mereka menyukai penampilan ahli perniagaan itu.
Malah, rekaan busana tersebut juga sangat padan dengan bentuk tubuh Dato’ Seri Vida kelihatan lebih kurus.
Bukan hanya busana ilham Khuntumn yang digayakan menjadi tumpuan bahkan solekan pada majlis itu juga tidak keterlaluan. Sekaligus menyerlah kelembutan wajah ibu dua anak ini.


Peminat juga merasakan ahli perniagaan popular berkenaan sesuai dengan imej sedemikian berbanding fesyen ‘meriah’ dengan busana yang agak pelik dan variasi warna-warna garang.
Dato’ Sri Vida kini berusia 51 tahun memiliki Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zacquan atau mesra disapa Kacak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muda Remaja Usia 48, Shilpa Shetty Aktif Bersenam & Jaga Diet Harian Untuk Sihat!

Raut wajahnya cantik dan susuk tubuh Shilpa Shetty Kundra pun tidak ubah seperti anak dara, kekal langsing! Bergelar isteri kepada Raj Kundra, Shilpa cecah usia 48 tahun pada 8 Jun depan dan ibu kepada 2 anak comel.
Apalah agaknya rahsia Shilpa sampai boleh sentiasa tampil anggun seperti zaman bujang dulu.
Lepas diselidik dan meneliti gaya hidup Shilpa, rupa-rupanya jelitawan ini cukup disiplin soal pemakanan dan rutin senaman. Malah, aktres jelita India ini juga ada menerbitkan buku resipi ‘The Diary of A Domestic Diva’ yang memaparkan 90 jenis resipi sihat.






Sudahlah berbakat dalam bidang lakonan, di dapur pun dia lincah beraksi. Ada bermacam-macam jenis sajian dikongsikan Shilpa dalam rangkaian media sosial Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter di bawah nama ‘The Shilpa Shetty’.
Jadi, buat wanita yang sedang berusaha menurunkan berat badan dan mahu menjalani gaya hidup sihat, anda patut jadikan Shilpa Shetty sebagai inspirasi dan ikuti platform media sosial berkenaan.
Sesekali, bolehlah cedok resipi sihatnya sebagai diet harian. Confirm dengan usaha gigih dan komited, anda pun mampu milik tubuh ideal sepertinya.
Antara sajian yang pernah dihasilkan Shilpa termasuk Mushroom Bruschetta, Vegan Pumpkin Curry & Rice, Nutrition Bar, Chickpea & Sweet Potato Chaat dan sajian pencuci mulut Baked Karanji.





Mencungkil lagi rahsia kecantikan, dia juga tekun mempelajari rutin senaman baru dan kardio terutamanya melibatkan senaman yoga. Kini petua kecantikan Shilpa Shetty bukan lagi rahsia.
Asalkan konsisten bersenam dan menjaga pemakanan, impian memiliki tubuh idaman berada dalam genggaman.
Kalau tengok media sosial The Shilpa Shetty, ia umpama medium gaya hidup sihat yang sarat dengan pelbagai rutin senaman, pilihan menu berkhasiat dan sisi hidup Shilpa di samping keluarga tercinta.



Dalam kalangan peminat Bollywood, kekayaan yang dimiliki Shilpa Shetty bukan lagi perkara asing. Suaminya iaitu Raj Kundra merupakan usahawan kelahiran British yang menjalankan pelbagai pelaburan termasuk kelab kriket dan seni bela diri.
Raj berkahwin dengan Shilpa pada tahun 2009 dan sepanjang 14 tahun melayari rumah tangga, mereka dikurniakan anak lelaki, Viann Raj Kundra yang kini berusia 11 tahun dan Samisha Shetty Kundra yang lahir pada 2020 menerusi ‘ibu tumpang’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
25 Tip Diet Yang WAJIB Buat Kalau Nak Turun Berat Badan Dengan Cepat

Apabila sudah nekad untuk mengamalkan diet yang sihat menjelang tahun baru ini, anda tidak seharusnya menyekat pemakanan seharian. Dalam diet yang sihat perlu mengambil pemakanan seperti biasa cuma kuantitinya yang perlu dikawal.

Minggu demi minggu mengamalkan langkah demi langkah pengambilan makanan yang sihat. Pakar Pemakanan menyarankan agar menurunkan 1,300 kalori sehari buat permulaan. Jangan makan lewat malam dan amal pengambilan makanan yang penuh nutrisi mengikut keperluan diri.

- Segelas jus oren mengandungi sedikit sari buah dan tidak mempunyai fiber daripada oren. Manakala jika makan sebiji buah keseluruhan nutrisi buah dapat dinikmati.
- Ayam ditumis dengan sedikit minyak lebih sihat daripada ayam goreng dalam minyak yang penuh. Bagi menambah rasa, tumis sekali sayur-sayuran pelbagai warna. Tentu enak dan menyelerakan.
- Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan di pasar basah atau kedai runcit lebih segar berbanding dengan produk import. Produk segar daripada ladang lebih kaya khasiat dan vitamin serta mineralnya.
- Makan anggur yang telah mengalami proses sejuk beku boleh membantu mengurangkan kalori jika dibandingkan dengan buah yang telah dijadikan ais krim (popsicle). Ditambah pula dengan gula popsicle dan gula semula jadi anggur!
- Beras perang mengandungi kurang kanji berbanding beras putih. Mengawal pengambilan nasi boleh membantu mengurangkan berat badan.
- Jika sudah biasa menggunakan mentega sebagai lepa di atas roti cuba ubah menggunakan buah avokado. Pasti lebih sihat dan yang penting tidak mengandungi lemak.
- Bagi melengkapkan sarapan yang penuh khasiat ambil telur rebus bagi menikmati khasiat protein. Telur goreng? Cuba elak mengambil minyak di pagi hari.
- Lebih elok mengambil sumber kekacang berbanding mentega kacang. Ini kerana mentega kacang mengandungi lebih lemak dan gula berbanding kacang.
- Setiap hari mengambil bagel (354 kalori) ketika sarapan dan kini sudah tiba masa untuk tukar kepada roti panggang (164 kalori). Elak disapu dengan mentega namun boleh ditambah dengan satu sudu teh madu (64 kalori) atau setengah cawan keju kotej (90 kalori).
- Kopi ais kisar biasanya akan ditambah dengan susu penuh krim dan krim. Ada juga yang ditambah dengan manisan daripada buah-buahan yang diawet. Kandungan kalori yang terdapat dalam kopi ais jenis ini adalah 370 kalori dan 15 gram lemak. Manakala kopi biasa tidak mengandungi kalori tetapi ditambah dengan krim (24 kalori per satu sudu teh) dan gula (16 kalori per satu sudu teh).
- Omelettes biasanya menggunakan 2 biji telur dan sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 5 gram lemak. Manakala putih telur sahaja hanya mengandungi 16 kalori dan tidak mengandungi lemak.
- 280 gram hidangan sup krim brokoli mengandungi 160 kalori dan 9 gram lemak. Manakala sup ayam bersama mi mengandungi 110 kalori dan 2 gram lemak dalam kuantiti hidangan yang sama.
- Jika biasanya anda mengambil daging dua kali seminggu cuba ganti dengan ikan. 75 gram stik daging mengandungi 230 kalori dan 14 gram lemak berbanding dengan hanya 80 kalori dan 1 gram lemak pada ikan kod bakar dalam kuantiti hidangan yang sama.
- Inginkan sesuatu yang manis? Makan satu cawan ais krim perisa strawberi mengandungi 500 kalori dan 16 gram lemak. Apa kata tukar dengan satu cawan buah strawberi yang hanya mengandungi 56 kalori sahaja. Boleh cicah dengan ¼ cawan krim dengan ekstra 30 kalori dan 2 gram lemak.
- Roti yang berinti 6 inci bebola daging mengandungi 580 kalori dan 24 gram lemak. Manakala roti yang berintikan dada ayam hanya mengandungi 280 kalori. Sayur-sayuran yang diletak di dalam roti mengandungi 230 kalori dan 3 gram lemak.
- Tukar pengambilan satu tin air karbonat setiap hari dengan segelas air putih yang ditambah dengan hirisan lemon, timun dan daun pudina untuk rasa yang lebih segar. Menukar minuman ini anda boleh ‘jimat’ sebanyak 140 kalori.
- Pemakanan roti putih dengan banyak menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula dalam darah (indeks glikemik yang tinggi). Manakala roti gandum penuh tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses pengurangan nutrien yang dipanggil bleech.
- Kandungan garam dan serbuk perisa yang terdapat di dalam yang telah bersalut sukar ditafsirkan. Lebih baik ambil kekacang tanpa ditambah sebarang sumber asing.
- Tukar coklat panas dihidangkan bersama susu penuh krim serta ditambah pula krim yang manis kepada coklat panas dengan susu rendah lemak.
- Penukaran air karbonat kepada air putih boleh mengurangkan kalori sebanyak 140 kalori.
- Cara yang mudah untuk mengurangkan kalori adalah menukar susu kepada susu rendah lemak. 225 gram susu penuh krim mengandungi 146 kalori berbanding susu rendah lemak hanya 83 kalori.
- Jika setiap hari minum air kola cuba tukar kepada jus buah-buahan. Jus buah berkhasiat lebih-lebih lagi jika berserat.
- Tuna yang ditinkan bersama air mengandungi kandungan kalori sebanyak 190 kalori. Manakala tuna yang ditinkan bersama minyak mengandungi 340 kalori.
- Kandungan gula yang tinggi pada bijirin yang bersalut gula ini patut diletak tepi. Cuba ambil biji-bijiran daripada sumber yang asli atau tidak bersalut terutama dengan gula.
- Yogurt greek mempunyai nilai protein dua kali ganda lebih daripada yogurt biasa. Bagi menambah lagi nutrisi masuk buah-buah yang kaya dengan antioksida dan fiber.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buah Tempatan Je Pun Tapi Boleh Buat Rambut CANTIK & SIHAT!

Sejak akhir-akhir ini banyak betul masalah dekat pejabat, semua nak dihantar dengan cepat. Pengasuh pula tiba-tiba buat perangai, tanpa sebarang notis tak mahu jaga anak kita lagi. Stres sungguh. Rambut pun secara tanpa disedari sudah hilang seri. Baru tersedar apabila tengok kat cermin pagi tadi, rambut dah tak cantik macam selalu.
Bagi mencipta rambut terus sihat dan berkilau, betik adalah solusi tepat agar mencipta keyakinan diri. Selain mengandungi enzim papain, betik juga merupakan sumber terbaik antioksida dan kaya nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B, karotena, flavonoids, fiber serta mineral seperti magnesium dan potasium. Malah betik sering digunakan sebagai elemen utama pembuatan syampu rambut pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kehebatan betik demi kecantikan rambut
- Mengawal rambut gugur
Betik menyalurkan banyak kebaikan kepada kecantikan rambut. Kehebatan betik datang daripada kandungan utamanya. Syampu yang berasaskan betik berupaya membantu mencegah rambut gugur dan menjadikan rambut lebih lembut dan cantik. Menggunakan betik dalam penjagaan rambut juga boleh membantu menyingkirkan lebihan produk pencuci rambut dan bahan kimia.
- Memberi volume pada rambut
Betik dikatakan boleh menentang kepala botak melalui nutrien yang terkandung di dalamnya. Nutrien terpenting ini juga boleh membantu merangsang kekuatan rambut daripada akar dan pertumbuhan semula jadinya dan dalam masa yang sama menjadi rambut beralun dan cantik.
- Menghindarkan kelemumur
Khasiat yang ada di dalam betik itu boleh membantu membersihkan kotoran yang tidak diingini daripada melekat di atas kulit kepala. Kotoran dan minyak berlebihan di atas kulit kepala sebenarnya menjadi punca kelemumur. Zat flavonoids yang terdapat dalam betik memainkan peranan sebagai anti radang membantu kulit kepala daripada infeksi yang kritikal akibat kelemumur.
- Berfungsi sebagai perapi rambut
Rambut akan jadi lebih cantik dan bersinar apabila disapu perapi rambut selepas bersyampu. Nutrisi magnesium yang terkandung di dalam betik berupaya meningkatkan kekuatan rambut. Cara mudah membuat perapi menggunakan buah betik ini ialah potong kecil buah betik ini kemudian tambahkan sedikit santan. Campur satu sudu teh madu dan adun sempurna. Lumur ke seluruh bahagian rambut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan bersih.
- Menjadikan rambut hitam berkilat
Memiliki rambut hitam menawan tanpa seurat uban menjadi idaman setiap wanita. Warna hitam ini sedikit sebanyak membuat wajah kelihatan lebih muda. Bagi mencapai tujuan ini betik berfungsi membantu pembentukan sel-sel baharu bagi menggantikan rambut yang gugur melalui kandungan potasium dan kaliumnya.
- Menguatkan akar rambut
Rambut yang sihat datangnya daripada akar yang kuat. Pelihara kulit kepala demi memperkuatkan akar rambut melalui kandungan vitamin C yang terdapat di dalam betik. Vitamin C ini berupaya meningkatkan perjalanan darah di sekitar kulit kepala dan membantu membenarkan nutrisi terpenting untuk rambut diperoleh. Apabila nutrisi penting untuk rambut Berjaya disalurkan dengan baik secara tidak langsung boleh memperkuatkan akar rambut sehingga rambut tumbuh dengan baik tanpa sebarang masalah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


