Nama Maia Estianty agak asing dalam kalangan peminat di Malaysia namun di negara jiran, Maia antara selebriti popular Indonesia dan merupakan bekas anggota Kumpulan Ratu bersama Mulan Jameela.
Dia pernah menjadi bualan ramai menerusi lagu hit Teman Tapi Mesra sebelum kisah penceraiannya bersama Ahmad Dhani tersebar luas.
Sah berpisah dengan vokalis kumpulan Dewa itu pada tahun 2008, Maia kini bahagia melayari alam rumah tangga di samping suami tercinta yang juga usahawan ternama Indonesia iaitu Irwan Mussry.
Dia kembali menjadi isteri pada tanggal 29 Oktober 2018 selepas dilaporkan mengambil masa selama 10 tahun untuk ‘pulih’ daripada penceraian.
Pada hari bahagia itu, kedua-dua ibu bapa Maia iaitu Harjono Sigit dan Kusthini hadir memberikan restu. Malah personaliti ini mendedahkan bapa tersayang tidak dapat menahan sebak ketika majlis berkenaan.
“Pada saat ijab kabul, tangisan ayahku sebelum selesai membaca bacaan ijab, pecah seada-adanya sampai kira-kira 10 minit, sehingga proses ijab kabul harus diulang oleh ayah yang akhirnya tenang.
Aku pikir ayahku adalah lelaki terkuat yang pernah ada, karena aku tidak pernah melihat beliau menangis, ternyata mengantar melepas anak perempuannya, beliau tidak sanggup menahan tangis harunya, diikuti kemudian tangisan ibuku dan ketiga anakku serta saudara-saudara yang datang.”
Maia berpisah dengan Ahmad Dhani selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan kini selesa menguruskan kerjaya seni ketiga-tiga anak lelaki mereka yang dikenali sebagai kumpulan The Lucky Laki.
Ads
Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.
Meniti usia 47 tahun, Maia Estianty yang juga seorang penerbit gemar beriadah dan bercuti bersama suami ke luar negara. Lebih bermakna, suami menerima dan menganggap ketiga-tiga anak Maia seperti anak sendiri.
Sejujurnya, pernahkah anda terfikir, cara yang diamalkan selama ini menjadi penyebab kerosakan pada rambut dan kulit kepala? Kali ini, Nona kongsikan kaedah yang betul untuk mencuci rambut.
Sebelum membasuh, sikat rambut terlebih dahulu. Rambut yang kusut penyebab rambut menjadi lebih kusut.
Basahkan rambut dan kulit kepala dengan air hangat yang akan membuka kutikel dan bersih daripada minyak dan kotoran. Lebih baik di bawah pancuran atau pili air yang mengalir.
Tuang syampu secukupnya pada telapak tangan, lalu gosok perlahan hingga berbuih. Sapukan pada rambut dan kulit kepala sambil melakukan urutan dengan hujung jari untuk melancarkan peredaran darah.
Elakkan menggaru dengan kuku kerana akan mencederakan kulit kepala dan penyebab alahan.
Bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel yang sebelumnya telah terbuka.
Perah rambut dengan lembut untuk mengurangkan kadar air. Oleskan perapi secukupnya pada helaian rambut sahaja.
Untuk mengeringkannya, perah rambut perlahan dan tempelkan pada tuala. Biarkan rambut kering dengan sendirinya.
Bagi jenis rambut berminyak, disarankan dicuci setiap hari. Untuk rambut normal dan cenderung kering, cuci rambut 2 ke 3 kali seminggu.
TIP SELEBRITI
(a) Rambut Berkilau ala Kelly Brook
Jika anda mempunyai rambut yang cenderung kering dan bercabang, elakkan air hangat saat ramas dan gunakan deep conditioner yang mempunyai tekstur krim yang lebih pekat sehingga dapat melembapkan rambut secara lebih mendalam.
(b) Rambut Sihat Gwyneth Paltrow
Gwyneth mengamalkan pemakanan berunsurkan bahan organik agar rambut selalu sihat dan bersinar.
(c) Rambut beralun Elle Macpherson
“Saya selalu mengurut kulit kepala selama beberapa minit setiap hari. Ia bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah menjadikan kulit kepala tetap sihat dan pertumbuhan rambut menjadi lebih kuat,” ujar bekas supermodel dan pemilik brand kecantikan ‘The Body’ ini.
TRIVIA RAMBUT
RAWAT SIKAT ANDA
Bersihkan sikat secara rutin dengan syampu bayi dan titisan air limau diikuti dengan memberus serta dibilas di bawah air mengalir.
ELAKKAN RAMBUT BERCABANG
Lakukan trimming rambut di salun sebulan sekali. Kebiasaan ini berguna untuk membuang hujung rambut yang telah bercabang dan rosak. Jika tidak sempat melakukan rawatan ini di salon, gunting hujung rambut bercabang di rumah. Seterusnya lakukan rawatan topeng (mask) rambut.
NUTRISI RAMBUT
Kekacang dan daging termasuk ikan salmon yang kaya dengan protein, omega3, zink dan vitamin B. Kandungan tersebut membantu menutrisi rambut daripada dalam sekaligus memperbanyakkan sel darah merah yang membawa oksigen ke setiap helaian rambut.
APLIKASI SERUM
Sapukan serum rambut ketika mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Serum ini berguna sebagai pelindung serta rawatan tambahan agar rambut tidak mudah rosak . Pilih yang mempunyai kandungan macadamia dan minyak argan untuk menutrisi, melembutkan dan memberi kilau pada rambut tanpa menjadikannya lepek.
PILIHAN TUDUNG
Gunakan hijab warna putih atau cerah pada keadaan udara panas. Hijab berwarna gelap lebih cepat menyerap panas yang menyebabkan keadaan lembap di sekitar kepala dan rambut. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia seni seberang, pemilik nama Sophia Latjuba pastinya sudah tidak asing lagi. Sophia yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi Indonesia berketurunan Iraq, Jerman dan Austria, Yugoslavia, Hungary, Bugis, Jawa Timur tenryata punya kelompok peminatnya sendiri. Selain dari bakat, sudah tentu personaliti dan penampilan yang sentiasa meraih perhatian umum.
Manakan tidak, di usia 52 tahun Sophia saling tidak tumpah ibarat wanita berumur 30-an, malah kejelitaannya tetap terserlah serta awet muda. Pelakon yang membintangi filem-filem seperti Danur 2: Maddah dan Dignitate ini juga turut diketahui seorang yang cukup mementingkan kecantikan dan penampilan. Walau diduga dengan penceraian, namun Sophia kekal ramping, anggun dan menawan. Jadi apa agaknya rahsia awet muda Sophia?
Tak Boleh Duduk Diam
Menerusi laporan KOSMO!, Sophia mendedahkan lebih selesa hidup bersendiri dan sudah bertahun-tahun memegang status janda. Sophia juga berkata, dia sangat suka bekerja dan tidak gemar duduk di rumah. “Aku sangat suka bekerja. Tidak boleh bayangkan hanya duduk di rumah urus keluarga. Saya mahu tua begini sahaja”, jelasnya.
Diet Vegan
Sophia sememangnya diketahui mengamalkan diet vegan, iaitu tidak mengambil sebarang protein haiwan. Dia menggantikannya dengan protein daripada tumbuhan. Dalam satu temu bual, bekas isteri kepada pemuzik terkenal Indra Lesmana ini mengakui gemar makan tauhu dan tempe. Selain itu, dia juga mengelak daripada mengambil karbohidrat berat seperti nasi atau roti. Sophia lebih suka makan buah atau oat dengan biji chia dan susu soya. Dia menekankan untuk tidak mengehadkan makanannya, tetapi lebih suka makan dengan penuh waspada.
Pelantun lagu Anggrek Bulan ini juga mengamalkan menu tertentu untuk hidangan tengaharinya seperti sedikit nasi, tempe orek, terung balado, dan sayuran.
Selain mengatur pola makan yang tertentu, Sophia juga aktif berolahraga. Rutin kegemarannya adalah yoga. Setiap hari, Sophia akan meluangkan waktu selama satu jam untuk melakukan yoga.
Sophia juga tidak memaksa dirinya untuk bekerja secara berterusan. Baginya, kerja tidak boleh mengganggu jadual gaya hidupnya. Sophia biasanya mengambil cuti 2-3 hari seminggu. Dia juga cuba mendapatkan tidur yang cukup.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Pastinya Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra kini sedang menghitung hari bergelar ibu. Dalam perkongsian di Instagram miliknya, isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan ini kelihatan sarat hamil dan berseri-seri.
Tanggal 6 Jun lalu merupakan ulang tahun kelahiran Che Puan Sofie yang ke-37. Berkongsi perkembangan terkini bersama followers, beliau tampil anggun dalam persalinan jubah rona biru lembut dan berselendang.
Jelas terserlah wajah ‘glowing’ ibu hamil ini. Walau usia kandungan memasuki trimester tiga namun beliau kekal ceria dan mesra melayan rakyat jelata terutamanya ketika sambutan Aidilfitri lepas.
Sudah tentu pasangan ini menanti-nantikan detik kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Bersempena ulang tahun hari kelahiran, kongsi wanita cantik ini, “Happy birthday song, cake and flowers, what a lovely way to start the day together with my wonderful husband. Junjung kasih for always being there.”
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra bergelar isteri YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019. Menginjak usia perkahwinan keempat, pasangan diraja ini bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.
Difahamkan Che Puan Sofie ialah kenalan lama Tengku Mahkota Kelantan dan mereka bertemu di England.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
18 Mac lalu, jelitawan ini mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai depan.
Beliau yang berasal dari Sweden berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan yang anggun dan sopan.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan namun bijak menyesuaikan diri.
Semoga ratu hati Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini dikurniakan kesihatan yang baik dan urusan bersalin kelak berjalan lancar.