Nampak MUDA Di Usia 53, Pelakon The World Of The Married Amal Sup Kacang Tanah

Melihat lakonan mantap Kim Hee-ae yang membawakan watak sebagai isteri yang dikhianati dalam drama The World Of The Married, tak sangka usia wanita ini sudah mencapai 53 tahun.

Foto: Instagram @theworldofthemarriedcouple
Foto: Instagram @theworldofthemarriedcouple

Raut wajah dan bentuk tubuhnya yang langsing membuatkan wanita yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan di Korea ini nampak jauh lebih muda dari usia yang sebenar.

Foto: Instagram @theworldofthemarriedcouple
Foto: Instagram @heeae_official

Kalau bercerita tentang kecantikan pelakon wanita Korea, pasti ramai meramalkan mereka telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan muda.

Foto: Instagram @heeae_official
Foto: Instagram @heeae_official

Namun, tidak semua aktres Korea yang melakukan pembedahan plastik termasuk heroin drama rantaian The World Of The Married ini. Ini terbukti apabila Kim Hee-ae sering menjadi pilihan sebagai ‘wajah’ untuk tujuan komersial produk kecantikan di Korea.

Foto: Instagram @heeae_official
Foto: Instagram @heeae_official

Wanita yang berasal dari Bandar Jeju ini merupakan lulusan dari Chung-Ang University (B.A. in Theater and Film; M.A. in Communication and Journalism). Mula melibatkan diri dalam dunia lakonan ketika masih menuntut di kolej lagi.

Foto: youtube.com
Foto: Instagram @heeae_official

Suami kepada pelakon ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat terkenal di Korea. Kim Hee-ae telah telah berkahwin dengan Lee Chan-jin pada tahun 1996 dan dikurniakan 2 orang anak lelaki. Khabarnya wanita yang mempunyai ketinggian 163cm dan berat 49kg ini merupakan seorang ‘Supermom‘ apabila mampu menyeimbangkan tugas sebagai seorang ibu, isteri dan pelakon terkenal.

Foto: Instagram @heeae_official
Foto: Instagram @heeae_official

Bercerita tentang kecantikannya, pelakon ini tidak percaya kepada pembedahan plastik dan komited melakukan rutin kecantikannya. Mari kita lihat apakah rahsia kecantikan wanita ini.

1. Jauhi alkohol
Kim Hee-ae percaya dengan pengambilan alkohol akan membuat kulit wajah cepat rosak dan cepat berkedut, dehidrasi serta membuatkan kulit tidak anjal. Seboleh-bolehnya pelakon ini akan mengelak minum alkohol. Minum alkohol bukan sahaja boleh memabukkan tapi boleh menyebabkan kulit rosak rupanya. Itu sebab Islam mengharamkan umatnya mengambil alkohol.

Foto: Instagram @theworldofthemarriedcouple

2. Cukup Tidur
Kim Hee-ae percaya tidur yang cukup mampu menjadikan kulit sihat dan cantik. Bagi tujuan itu, wanita ini akan masuk tidur sebelum pukul 11 malam. Menurut Kim Hee-ae kalau tak cukup tidur pasti wujud lingkaran hitam di bawah matanya. Tambahnya lagi, ketika tidur darah akan mengalir lancar dalam tubuh manusia dan merangsang produksi kolagen yang membuat kulit sihat sebaik sahaja bangun tidur.

Foto: Instagram @heeae_official

3. Elak sinaran matahari
Khabarnya pelakon ini gemar bermain golf. Sudah pasti ketika main golf tak mampu mengelak pancaran matahari ke wajah. Rahsia Kim Hee-ae adalah pakai topi besar dan pelindung wajah serta krim tabir suria.

Foto: Instagram @heeae_official

4. Jus Passion Fruit
Kim Hee-ae memulakan pagi dengan segelas jus buah passion fruit yang dicampur dengan madu. Buah passion fruit ini sangat tinggi kandungan vitamin C, zat besi, kalium A dan serat. Kebaikan vitamin C (antioksidan) dan vitamin A dapat membantu melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser serta sistem penghadaman.

Foto: Instagram @theworldofthemarriedcouple

5. Sup Kacang tanah
Satu lagi rahsia awet muda pelakon yang melakonkan watak sebagai Ji Sun-woo dalam drama The World Of The Married ini ialah minum sup kacang tanah. Kacang tanah kaya dengan vitamin E, zink dan magnesium yang mampu ‘menyuntik’ seri pada wajah. Antioksidan yang terdapat dalam kacang tanah juga membantu memperlahankan proses penuaan. Kacang tanah yang direbus rendah kalori dan lemak.

Sumber: https://blushybabe.com; https://channel-korea.com

IKLAN
Share