“Nampak Sihat & Ceria..” Warga Maya Teruja Lihat PAK LAH Selamat Menunaikan Umrah

Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkhabaran bekas Perdana Menteri ke-5 negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kali terakhir Pak Lah membuat kemunculan awam adalah sewaktu menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 tahun lepas.

Sebentar tadi bertebaran di media sosial gambar mantan PM yang mesra digelar Pak Lah itu selamat menunaikan ibadah umrah. Perkara ini turut dikongsikan oleh menantunya, YB Khairy Jamaluddin di IG storynya.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun FB Nordin Kardi, menyaksikan beberapa keping gambar di mana Pak Lah dipercayai sedang menjalani ibadah umrah sambil ditemani isteri tercinta, Tun Jeanne binti Abdullah Danker.

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi lahir 26 November 1939 juga dikenali sebagai Pak Lah merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6. Beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 1 September 2009.

Selepas itu beliau dilihat lebih selesa untuk tidak menyentuh hal-hal politik semasa dan masanya banyak dihabiskan bersama isteri Tun Jeanne Abdullah dan keluarga.

Kami di NONA mendoakan semoga Pak Lah terus sihat dan dipanjangkan umur.

Menerusi hantaran tersebut turut dilihat ramai warga maya teruja melihat Pak Lah dan meninggalkan komen serta kerinduan terhadap mantan PM kesayangan mereka.

NONA mendoakan semoga Pak Lah sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Sumber/gambar: FB Nordin Kardi

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

 

IKLAN
Share