Malang tak berbau. Walau pun ada di rumah dan bawah pengawasan ibu bapa tapi bahaya tetap ada di mana-mana. Terbaru, kisah selebriti Betty Banafe yang mengalami kecederaan mata akibat tertusuk permainan lego si anak menimbulkan rasa curiga di kalangan ibu bapa khasnya.
Iyalah, boleh sebabkan buta tu! Pun begitu, alhamdulillah keadaan Betty kini beransur baik.
Kongsinya, “Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah … bayangkan mereka yang buta permanently .. salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah.
Ads
Bagi mereka yang tersenyum lihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu. Kerna waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga .. terima kasih bagi yang mulia hatinya.
Ads
Anakku tertusuk mataku dengan mainan Legonya. Pergorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif. MasyaAllah hingga melukakan mata hitamnya. Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi. Amin ya Rab.. ”
Betty merupakan isteri kepada Bruce Darghous sejak mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Julia Dargus dan Dean Dargus.
Ads
Moga cepat sembuh ya Betty!
Sumber: Instagram Betty Banafe
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Happy Birthday! 2 Disember lalu merupakan ulang tahun kelahiran aktres berbakat besar, Nabila Huda Suhaimi. Meniti usia 41 tahun, anak seni yang lebih mesra disapa Abil ini baru saja selesai menjadi juri bagi program realiti popular, Dewi Remaja 2025.
Berkongsi rasa syukur sempena hari lahir baru-baru ini, Nabila yang juga anak kepada penyanyi rock tersohor, Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search turut memuat naik foto kenangan sejak kecil hingga ke hari ini.
Ujar Nabila Huda, “You know what I realised as I grow older? Life is too short to hold on to things that make my heart heavy. Keep your circle small sebab tak semua orang yang kita sayang, sebenarnya milik kita.
Some people come as blessings, some as lessons. Apa yang tak perlu, kita lepaskan. And I’ve learned to trust that if we’re not meant to be happy together in this lifetime mungkin di kehidupan lain akan dapat versi yang lebih indah.
But apa yang pasti, my love towards my career will always stay forever. I want to experience more, explore more characters, learn more sampai akhir hayat saya. To travel more, to see the world with my own eyes and to never stop chasing my dreams no matter how old I get.
Today, I choose peace. I choose happiness. And most importantly, I choose me. Happy 41 to myself.”
Tidak hanya dikagumi kerana bakat dalam dunia lakonan dan meraih pelbagai pencapaian membanggakan, Nabila Huda juga melangkah setapak ke hadapan apabila berani menceburi bidang perniagaan.
September lepas, ibu seorang cahaya mata ini melancarkan jenama produk kosmetik miliknya iaitu MUCH.
Di sebalik kegembiraan menyambut hari lahir, titipan doa dan ucapan istimewa daripada suami tercinta iaitu Mohd Izwan Johar nyata meraih tumpuan peminat dramatis berkenaan.
Kongsinya, “Selamat Hari Ulang Tahun Amore Mio. Mohon ampun dan maaf tahun ni tak ada surprise or present best-best, sad betul saya. Doa saya tak putus buat awak, semoga awak dikurniakan rezeki dan umur yang barokah dan diredai dan dirahmati oleh Allah SWT.
Sumpah kamu cantik dan saya sayang kamu seratus persen. Happy birthday Nabila Huda ku sayang. To more places together, soon.”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Terdahulu, Nabila Huda pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani dan dikurniakan seorang anak iaitu Keisha Laila.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sembah setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Keputeraan buat Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyambut ulang tahun keputeraan pada 11 November lalu bersamaan 16 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.
Semoga YAM Tengku Puteri Iman beserta seluruh ahli keluarga dikurniakan keberkatan, keafiatan dan kebahagiaan yang berterusan di samping keluarga tercinta. Tanggal 11 November 2022 juga genap 30 tahun usia Tengku Puteri Iman Afzan.
Mengenali figura ini, Tengku Puteri Iman Afzan merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam memperjuangkan isu kesihatan mental di Malaysia. Buktinya, apabila beliau komited terhadap penubuhan Green Ribbon Group yang berperanan dalam meningkatkan kesedaran berkaitan kesihatan mental.
Pertubuhan yang dibangunkan bersama rakan Tengku Puteri Iman ini tidak menawarkan perkhidmatan dalam bentuk perubatan, sebaliknya memberikan kesedaran dengan mendidik dan mengajak komuniti untuk memainkan peranan dalam penjagaan kesihatan mental mereka.
Berbekalkan nasihat dan teladan daripada Paduka Ayahanda, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Iman Afzan berazam untuk membawa perubahan positif dalam landskap kesihatan mental Malaysia.
Tengku Puteri Iman Afzan ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB di New York. Pelantikannya turut disokong Presiden WFMH, Setiausaha Agung, Presiden Dipilih dan Naib Presiden Serantau untuk Amerika Utara dan Caribbean.
Beliau pernah dilantik sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia dari 10 Oktober 2020 hingga 10 Oktober 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpaksa bergegas melunaskan tanggungjawab hakiki seorang ibu dan isteri di rumah, kemudian kembali ke pejabat membereskan tugas-tugas profesional, mencari rezeki, memimpin pasukan… ini antara realiti dihadapi seorang wanita berkerjaya.
Selain cabaran masa yang terhad serta kesukaran menjaga emosi atau kesihatan mental yang stabil, ramai juga yang tidak sempat mempunyai hobi atau waktu ‘me time’ sendiri.
Inilah antara yang dibincangkan dalam sesi ‘Women in Cyber Luncheon‘ bersempena acara CYDES 2023 atau Persidangan Cyber Defence and Security Exhibition and Conference.
Bersempena dengan CYDES 2023, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Alpine Integrated Solution berbesar hati menganjurkan program Women in Cyber Luncheon untuk meraikan wanita-wanita yang terlibat dalam bidang keselamatan siber.
Program ini secara tidak langsung mengangkat kredibiliti wanita sebagai salah satu persada untuk memberi galakan dan menyokong penglibatan golongan wanita dalam bidang keselamatan siber, terutama daripada sudut kepimpinan.
Program bual santai yang berlangsung dari jam 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang ini bertujuan untuk meraikan sumbangan luar biasa wanita dalam bidang keselamatan siber, memupuk pemerkasaan dan seterusnya dijadikan sumber inspirasi kepada generasi pemimpin akan datang.
She Inspires Leaders telah diketengahkan sebagai konteks perbincangan di mana buku ini merupakan ilham daripada 18 pengarang dari seluruh dunia yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin wanita dalam bidang masing-masing.
Ia merupakan satu projek buku yang mengumpulkan 18 pengarang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing daripada seluruh dunia.
Pengarang berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Dihadiri seramai 100 orang peserta daripada pelbagai latar belakang, program ini dimulakan dengan kata aluan daripada Pemangku Ketua Eksekutif NACSA; Puan Shariffah Rashidah Syed Othman secara virtual.
Sesi diteruskan dengan perkongsian daripada Dr. Raja Yasmin Raja Abdul dan diikuti dengan pengarang bersama; Zeynep Bakan, Kathryn Jones, Saalihah Seedat, Hannah El-Gashingi yang bersiaran dari Australia serta Dr. Norzila; Pakar Psikiatri dan Pensyarah daripada USM Kubang Kerian, Kelantan yang hadir secara fizikal.
Perspektif dan pandangan unik daripada kesemua wanita hebat ini telah memberi inspirasi berharga kepada penonton peserta yang hadir.
Lebih menarik, program ini turut menampilkan moderator daripada Microsoft APAC iaitu Puan Adilah Junid ; Pengarah Urusan Undang-Undang & Kerajaan Microsoft APAC dan Dr. Jasmine Begum.; Pengarah Wilayah, Urusan Undang-Undang & Kerajaan Microsoft APAC sebagai moderator.
Dalam program ini, kesemua tetamu ahli panel telah berkongsi pengalaman peribadi dan cabaran serta strategi yang digunakan untuk memacu perubahan positif dalam memperkasakan wanita dalam mencapai kejayaan sebagai pemimpin.
Renungkan cabaran yang telah dihadapi, pengajaran yang telah dipelajari, dan strategi yang telah digunakan untuk memacu perubahan positif dan memperkasakan wanita.
Perkongsian ini menggalakkan mereka pada laluan kepimpinan mereka sendiri. Program diakhiri dengan sesi soal jawab daripada para peserta dan sesi cabutan bertuah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.