Setelah sekian lama berteka-teki tentang hubungan istimewa yang terjalin, akhirnya hari ini Noor Neelofa Mohd Noor sah menjadi milik pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26 tahun. Pasangan sensasi ini telah selamat melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara.
Neelofa, 32 tahun sah menjadi milik mutlak kepada bekas peserta Pencetus Ummah (PU) hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 11.43 pagi. Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkah oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.
Foto: Instagram @lofa-page
Pemenang anugerah Nona Business Icon Award di majlis Nona Superwoman Award 2020 ini, kelihatan anggun dan berseri-seri dalam persalinan dres labuh rona putih rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam. Anak kesayangan Datin Noor Kartini Noor Mohamed ini kelihatan cantik dan ayu dirias indah oleh jurusolek terkenal Sharman Yee.
Ads
Neelofa memilih majlis pernikahannya ini bertemakan Jabbal Rahmah iaitu satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah umrah dan haji di Mekah bagi melatari majlis pernikahannya. Dekorasi indah ini telah disempurnakan hasil sentuhan Reka Teemor.
Ads
Foto: Koleksi Majalah Nona
Majlis turut diserikan dengan kehadiran bapa tiri pengantin perempuan, Dato’ Halim Khan dan kedua ibu bapa pengantin lelaki, Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari serta ahli keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua mempelai. Masing-masing segak dan cantik mengenakan busana berona putih mengikut tema majlis.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Pengantin lelaki segak mengenakan baju Melayu berwarna putih lengkap bersamping dan songkok telah menyerahkan mas kahwin berbentuk sebentuk cincin. “Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.
Ads
Ternyata bibit-bibit cinta di antara pasangan mempelai tercetus apabila mula bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa pada Jun tahun lalu. Jodoh tak pernah salah alamat, walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan namun jika sudah ditakdirkan pastikan bersatu jua. Tahniah! Haris dan Neelofa, semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
Foto Kredit: WEDLOCX.Co
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita kematian tiga beradik perempuan di Kelantan akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir baru-baru ini telah menggemparkan negara. Ia bukan sahaja mengundang simpati orang ramai bahkan menarik perhatian isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kredit Foto: Bernama
Memetik laporan Bernama, Dr Wan Azizah meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat keluarga mangsa di Kampung Bendang Surau, Morak. Beliau tiba di rumah keluarga mangsa pada pukul 6.30 petang. Selain bertanya khabar, Pengerusi Majlis PKR ini turut menzahirkan rasa sedih ke atas kejadian itu.
Menurut Dr Wan Azizah, ketiga-tiga mangsa dikategorikan sebagai mangsa banjir dan layak diberikan pampasan. Beliau juga bersyukur kerana melihat ketabahan keluarga ini menghadapi kehilangan insan tersayang.
Kredit Foto: Bernama
“Alhamdulillah mereka sekeluarga kuat menghadapi kehilangan ini. Kita harapkan pihak berwajib dapat menitikberatkan soal prasarana dan persekitaran antaraya aspek keselamatan dalam apa jua situasi.”
Dr Wan juga berharap agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Sebelum ini, media melaporkan tiga beradik perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang mengalami banjir. Mangsa adalah Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27.
Bapa kepada tiga beradik iaitu Mohd Nadzir Mohamed serta ahli keluarganya berterima kasih dan bersyukur atas kunjungan banyak pihak termasuk isteri pemimpin nombor satu negara itu. Mohd Nadzir juga reda dengan pemergian anak ketiga, kelima dan keenam dari lapan beradik itu.
“Terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi dan turut mendoakan yang baik-baik buat ketiga-tiga anak perempuan saya, sama ada yang mengenali atau tidak.
“Terdetik di hati saya, di sebalik ujian ini ada rahmat yang tak terduga antaranya kehadiran banyak pihak yang memberi pelbagai sumbangan dan bantuan,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki Allah Taala pasti ada apabila sampai waktunya. Berdepan pelbagai cabaran besar untuk menimang cahaya mata kira-kira tiga tahun lalu, kini Datin Zai Izatti merupakan ibu kepada dua orang anak.
Empunya badan sendiri pun tidak menyangka, aturan Allah untuk mengurniakan zuriat kepadanya semakin dipermudah. Hanya ungkapan alhamdulillah yang terpacul di bibir suri hati Dato’ Jamal Abdillah ini setiap kali berkongsi kisah perjalanannya menjadi seorang ibu.
11 November 2020, pasangan romantis ini cukup teruja menyambut kehadiran anak kedua mereka yang juga adik kepada Nur Azura Yamani. Bagi ibu muda yang meniti usia 28 tahun tersebut, dia sama sekali tidak menyangka rezeki untuk timang zuriat ketiga datang secepat ini.
Apatah lagi anak keduanya, El Issac Yamani baru berusia 9 bulan ketika mereka mendedahkan berita kehamilan anak ketiga sekitar Ogos tahun lalu.
Berpeluang bertentang mata dengan wanita cantik ini di majlis Nona Superhero Award pada 12 Januari lepas, memang terserlah seri ibu mengandung Datin Zai. Tampil menawan dalam persalinan serba hitam, Datin Zai setia menemani Dato’Jamal yang menerima penganugerahan Nona Legend Award.
Mengulas usia kandungan, ini jawapan Datin Zai. “Dah 7 bulan dah. InshaAllah, Februari ini bersalin.”
Masih ingat lagi dalam temu bual bersama Nona, Datin Zai memberitahu dia berhasrat memiliki sekurang-kurangnya empat orang anak. Namun perjalanan untuk mempunyai anak sendiri tidak semudah yang disangka. Akuinya, dia pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali sebelum melahirkan Azura.
“Awal kahwin dulu kami suami isteri tak rancang tapi direzekikan hamil. Bila dapat tahu gugur, sedih sangat. Saya rasa mungkin waktu tu saya terlalu excited dan kandungan awal lagi tapi tak beritahu sesiapa pun.
Bayangkan, saya pernah gugur 4 kali baru dapat Azura. Sebelum itu memang saya ada cuba ambil suntikan dan supplement untuk hamil. Bila banyak kali gugur, saya jumpa doktor sebab risau ada masalah berkaitan rahim atau sebagainya. Alhamdulillah, tak ada masalah.
Ketika dalam proses nak buat IVF, setengah tahun juga… tiga kali saya gugur. Sampai diri dah pasrah dan reda kalau ditakdirkan tak ada rezeki anak. Tapi waktu itulah, Allah ‘bagi’ Azura. Walaupun masa mengandungkan Azura saya alami banyak pendarahan tapi syukur semuanya dipermudahkan. El Issac pun saya hamil secara semula jadi.”
Uniknya nama anak kedua mereka El Issac Yamani atau singkatannya Zack ini diambil sempena filem Azura! Terus terbayang lakonan Dato’ Jamal sebagai Zack dalam filem popular era 1984 tu. Dato’ Jamal sebelum ini mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani dan Zaki Yamani.
“Sejak anak pertama lagi memang bapa dia yang pilih nama. Mula dulu Dato’ nak nama Azura sebab memori kenangan filem tu. Anak kedua ni pun sama juga. Kalau tanya saya, saya memang tak pandai sangat nak bagi nama anak. Saya serahkan dekat Dato’.
Issac tu diambil daripada nama Inggeris Ishak, Yamani pula sebab keturunan Yaman. Jadilah El Issac Yamani atau singkatan Zack,” jelas Datin Zai yang mengaku tidak cerewet dalam bab pemberian nama anak.
Semoga kecekalan isteri Dato’ Jamal menempuh ujian untuk bergelar ibu dapat dijadikan inspirasi buat seluruh wanita.
Kredit foto: Instagram Datin Zai Izatti
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.