Siapa yang tak kenal dengan Datuk Aznil Nawawi. Rancangan Pop Kuiz telah melonjakkan nama lelaki ini di sebagai pengacara berkaliber di tanah air.
Ads
Masakan tidak, Datuk Aznil Nawawi telah meraih kejayaan sebagai pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu. Bukan calang-calang ya!
Tanggal 6 November merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-59. Nampak macam tak percaya Datuk Aznil bakal menginjak ke usia 60 setahun lagi. Wajah dan perwatakannya nampak muda daripada usia sebenar.
Melihat perkongsian lelaki yang mesra disapa Pak Nil ini di laman media sosial miliknya, kelihatan pengacara dan personaliti popular tanah air menjaga pemakanannya.
“Jom amalkan makan secara sihat dengan Pinggan Sihat. Apa tu Pinggan Sihat? Separuh pinggan dengan sayur dan buah. Suku pinggan dengan nasi atau sumber karbohidrat yang lain, dan suku pinggan dengan ikan atau sumber protein yang lain. Oh ye jangan lupa minum air kosong ye!” tulis Datuk Aznil.
Datuk Aznil juga sekarang semakin ligat berniaga Balado Pak Nil. Seronok melihat bagaimana Datuk Aznil menjenamakan produknya itu. Dalam pada itu, rezeki Datuk Aznil bertambah apabila dilantik duta produk kesihatan, Eskayvie.
“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.
Ads
“Malah ada rangkaian produknya yang mempunyai testimoni sebagai penguat daya ketahanan diri selain alternatif melawan pelbagai virus termasuk COVID-19,” kata Datuk Aznil.
Datuk Aznil juga bersemangat menaikkan semangat pelajar sekolah selaras dengan statusnya sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” katanya.
Ads
Penyanyi lagu Apo itu juga berharap, usaha memupuk kembali minat golongan pelajar ke sekolah dalam membiasakan norma baharu tidak dicemari atau ditakuti dengan perkara tidak perlu.
“Kita tak mahu wujud lagi golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang ‘double meaning’ hingga menggalakkan perbuatan tak bermoral membabitkan guru dan pelajar. Baru baru ini ada dakwaan pula masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.
Saya harap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sebegitu. Sudahlah pelajar ini sejak sekian lama tidak ke sekolah dan membiasakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sekolah itu bukan satu tempat yang ditakuti.
Sebaliknya peringkat awal ini, ia patut dianggap lokasi seperti taman permainan untuk menarik minat semula selepas lama ‘bercuti’. Kemudian lama lama diterapkan pembelajaran yang menjadi nadi persekolahan,” katanya yang ditemui di sidang media pelancaran rangkaian produk Diffenz Junior.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak mengenali Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon wanita kelahiran Ipoh Perak yang kini giat mencipta nama di persada Hollywood. Bakat dan aura pelakon ini memang tidak dapat dinafikan lagi, malahan semua filem yang dilakonkannya mencapai kutipan yang amat memberangsangkan.
Bermula dengan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon, Tomorrow Never Dies, The Mechanic, Crazy Rich Asians dan terbaru, Minions: The Rise Of Guru, Michelle Yeoh kini menjadi antara personaliti Asian paling profilik dan dominan di Hollywood.
Walaupun sudah hampir berusia 60 tahun, Michelle Yeoh dikenali sebagai seorang pelakon yang berani, sering kali melakukan sendiri aksi stunt sendiri tanpa bantuan pelakon lagak aksi.
Dan kini, nama Michelle Yeoh hangat diperkatakan apabila namanya disebut-sebut bakal mengungguli dan dicalonkan untuk anugerah Acedemy (Oscar) tahun hadapan. Walaupun senarai pencalonan masih belum dimuktamadkan, namun pada ketika ini pengkritik filem sudah mula meramalkan 5 nominasi untuk setiap kategori termasuk untuk kategori Pelakon Utama Wanita.
Menurut Gold Derby, laman web tersebut meramalkan Michelle Yeoh akan tercalon untuk kategori utama menerusi filem Everything Everywhere All At Once. Filem tersebut turut meraih rating sebanyak 97% di laman web Rotten Tomatoes, dan mendapat ulasan positif dari kebanyakan pengkritik filem di Hollywood.
Selain itu, Awards Daily juga menyebut Michelle Yeoh kini menyasarkan pencolanan pertamanya untuk anugerah Acedemy di mana beliau dikatakan bakal bersaing dengan nama-nama hebat seperti Margot Robbie, Cate Blanchett dan Olivia Colman.
Jadi mungkinkah Michelle Yeoh menjadi pelakon wanita pertama kelahiran Malaysia yang tercalon untuk kategori utama anugerah Akademi?
Everything Everywhere All at Once merupakan film komedi multiverse mengisahkan Michelle Yeoh sebagai pemilik sebuah kedai dobi yang sedang diaudit Perkhidmatan Pendapatan Dalaman yang mendapati bayangan dirinya wujud dalam alam-alam selari yang perlu dihubungi agar dapat menumpaskan suatu unsur jahat yang mahu memusnahkan alam.
Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Academy di mana anugerah Oscar 2023 dijangka akan diadakan pada 12 Mac 2023. Dan NONA berharap Datuk Michelle Yeoh dapat menembus senarai pencalonan itu nanti dan seterusnya menjulang nama Malaysia di persada perfileman antarabangsa.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan setakat terduduk tapi terguling-guling dibuatnya sejak premis perniagaan diarah tutup ekoran wabak COVID-19. Ramai pemilik bisnes garu kepala, buntu membayangkan nasib perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa. Silap haribulan syarikat gulung tikar kalau tiada tindakan bertahan daripada sekarang.
Situasi getir ini memaksa Guru Bisnes atau Business Strategist terkenal, Tuan Hasbul Ariff dari Hasbul Brothers, membuka rahsia demi menyelamatkan nasib peniaga yang kerugian. Memandangkan ramai peniaga online terdiri daripada golongan wanita, beliau berkali-kali menyuruh kos perbelanjaan dikawal ketat. Jom ikuti perkongsian Tuan Hasbul Ariff yang dipetik dari Facebook ini.
Untuk sebahagian bisnes yang terkesan, anda harus ada keupayaan untuk bermula semula daripada awal. Situasi ini tak sama seperti kita bermula dahulu yang serba zero. Jadi sebagai business owner, apa yang perlu diusahakan untuk survival bisnes?
Elak dan tangguhkan segala belanja tidak perlu.
Nego dengan owner premis untuk tangguhkan/kurangkan bayaran sewa.
Nego dengan pihak bank/agensi untuk tangguhkan/kurangkan bayaran ansuran pinjaman bisnes.
Nego dengan suppliers supaya beri kemudahan untuk tangguhkan bayaran.
Jujur dengan pekerja kita tentang situasi kewangan syarikat sekarang. Be transparent. Maka mereka lebih memahami jika kita beri pilihan secara sukarela untuk mereka bercuti tanpa gaji, atau sama-sama berkorban untuk syarikat dalam lain-lain perkara.
Harus ada budi bicara antara majikan dan pekerja. Bukan berlaku kejam tanpa terus terang dan saling menyalahkan.
Brainstorm segera dengan team yang ada apa backup plan, atau contingency plan untuk dilaksanakan sekarang supaya bisnes dapat bertahan dalam tempoh sukar ini. Fokus pada solution, usah membesarkan problem.
Perlu tukar model bisnes buat sementara? Maka tukarlah. Daripada offline kepada online, daripada walk-in kepada delivery.
Perlu buat SALE sempena LOCKDOWN, maka buatlah.
Perlu fokus kepada zero atau low-cost marketing, maka buatlah. Buatlah apa sahaja yang dirasakan perlu untuk survival syarikat.
Buat business owner yang ‘terupgrade’ lifestyle peribadi dengan drastik umpama bisnes ini sentiasa cerah masa depan, selamatkanlah syarikat dahulu. Bukan selamatkan kemewahan dahulu demi menjaga maruah sehingga syarikat terkubur.
Belajar sesuatu daripada ujian ini. Keluar daripada zon selesa. Buat perkara yang kita tidak pernah buat sebelum ini. Belajar skill negotiation, belajar untuk deal, belajar untuk adapt dengan situasi, belajar jadi leader yang bagus ketika waktu sukar. InshaAllah kita jadi manusia lebih baik, lebih bijak, lebih tenang dan lebih kental selepas ini.
Terasa hancur perancangan kita? Ingatlah perancangan Allah itu lebih baik. Sedikit keluhan kita tentang rezeki? Ingatlah Allah itu al-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki.
Sentiasa percaya ada kesenangan selepas kesulitan. Didoakan diberi ketabahan kepada kita untuk hadapi ujian ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raveena Tandon, antara bintang Bollywood yang cukup popular suatu ketika dahulu. Membuat penampilan dalam filem pertamanya Patthar Ke Phool (1991), Raveena kemudiannya membintangi beberapa buah filem termasuk Laadla (1994), Dilwale (1994), Mohra (1994), Khiladiyon Ka Khiladi (1996), Ziddi (1997), Bade Miyan Chote Miyan (1998) dan banyak lagi, menjadikan Raveena antara pelakon berbakat besar Bollywood pernah ada.
Selain dari bakat berlakon dan menari, anak kepada pengarah legenda Ravi Tandon ini juga terkenal dengan kejelitaanya. Kini, memasuki umur 48 tahun, Raveena kekal cantik walaupun sudah memiliki keluarga yang besar, menjadi ibu kepada 4 orang cahaya mata.
Walaupun Raveena jarang sekali dilihat menghiasi layar perak mahupun membintangi filem-filem terkini, Raveena kini dilihat terpaksa memperlahankan karier seninya berikutan misi peribadi yang lebih penting buat dirinya. Selain sibuk menguruskan keluarga, Raveena juga sebenarnya sangat aktif dalam bidang filantropi, dengan peranan utamanya memperkasakan wanita dan kanak-kanak.
Raveena menjadi perintis kepada isu ini selepas dia mengambil dua orang anak angkat dan menjadi ibu tunggal pada usia 21 tahun. Atas sebab itu, Raveen baru-baru ini secara eksklusifnya dipilih oleh kementerian untuk menjadi perwakilan di W20 yang berprestij, mewakili para wanita dalam persidangan Pemerkasaan Wanita di G20 India’s Presidency.
Malah Raveena juga telah lama melibatkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat dengan pelbagai organisasi seperti UNICEF, Cry, White Ribbon Alliance, Persatuan Spina Bifida dan Smile Foundation. Malah Raveena sendiri pernah membuka dan menempatkan 30 gadis di rumahnya sendiri dan membina rumah anak yatim di Vasai untuk mereka selepas mereka dibuang oleh tuan rumah mereka.
Semoga usaha keras Raveena memperkasakan wanita akan terus mendapat pengiktirafan dan dihargai sebaiknya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengasas jenama Leeyana Rahman selamat bersalin anak ketiga pada 11 November lepas. Lebih istimewa, dia dan suami tercinta iaitu Muhammad Hafiz Abdul Hamid menerima kehadiran cahaya mata tersebut saat usia perkahwinan mencecah 10 tahun ...