Pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menjadi selebriti pertama dipilih jenama Fellera Skin bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan produk itu.
PU Riz, 28, berkata, dia dan Neelofa teruja untuk bekerjasama menerusi produk Jelly Ajaib Viral, Bellrossa Advances kerana ia adalah keluaran tempatan yang diusahakan oleh syarikat bumiputera.
“Kalau sebelumnya saya dan isteri memang mewakili perniagaan sendiri, tapi kali ini kami dilamar pihak Fellera Skin bagi menjayakan kempen mereka. Apatah lagi isteri juga pernah mengamalkan dan rasai kesannyanya.
“Sebenarnya kami seronok dan tumpang bangga melihat anak tempatan apatah lagi orang Melayu berjaya dalam perniagaan. Walaupun pada masa sekarang ada banyak persaingan, tapi semangat dibawa mereka ini turut memberi aura positif buat saya dan isteri.
Ads
“Saya percaya, kejayaan yang dimiliki mereka hari ini bukan saja datangnya daripada pelanggan setia tapi juga kesan daripada produk yang bagus. Disebabkan itu, diharapkan kerjasama kami ini sedikit sebanyak membantu untuk menyebarkan lagi manfaat produk pilihan ramai ini,” katanya.
Menurut PU Riz, golongan lelaki juga perlu menjaga kesihatan dalaman sama seperti mana yang dititikberatkan pada wanita.
Ads
“Setiap produk yang dikeluarkan pastinya memenuhi manfaat ramai. Disebabkan bahan yang berkualiti dan berkesan jadi kami bersama-sama bersetuju untuk membantu sebarkan lagi ke serata Malaysia supaya dapat membantu menyelesaikan masalah wanita. Bertepatan dengan tagline yang dibawakan ‘Sekali Sedut , Pasti Tak Cari Lain’.
“Paling penting juga, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat yang menjalankan sistem patuh Syariah dan menjalankan sistem bisnes secara agen dan stokis dan memberi ilmu spiritual teknik serta mengajar cara berniaga dengan Allah serta cara Rasulullah,” katanya.
Ads
Syarikat ini mula menjalankan pernigaan kecantikan dan kesihatan sejak 11 tahun lalu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rohingya tidak ubah seperti pengemis di negara sendiri. Bukan hanya berdepan penafian hak kerakyatan, kini isu lebih besar datang menghimpit masyarakat Islam Rohingya apabila mereka diperlakukan dengan begitu kejam oleh junta tentera Myanmar.
Nyawa Rohingya bagaikan tiada nilai. Dengan sewenang-wenangnya mereka dibakar hidup-hidup, disembelih, dirogol, di penjara tanpa sebab dan diseksa sehingga mati. Bagi menutup kezaliman yang dilakukan, tiada satu pun agensi media termasuk pertubuhan kemanusiaan dibenarkan masuk ke kawasan yang kini dikenali sebagai Rakhaine itu.
“Akibat krisis ini kira-kira 70 peratus masyarakat Rohingya tidak mendapat akses air bersih dan hanya diberikan seorang doktor untuk sejumlah 160 ribu penduduk di Hospital Daerah Maungda! Bayangkan, bagaimana seorang doktor mampu merawat pesakit seramai itu. Malah, dua peratus wanita Rohingya saja dibenarkan bersalin di hospital. Sementara 44 peratus daripada mereka tinggal di bawah paras kemiskinan.
Disebabkan kekurangan sumber dan kedaifan hidup di Rakhaine, tiada pilihan lain buat etnik Rohingya melainkan melarikan diri ke negara jiran. Misalnya, ada yang masuk ke Bangladesh dan tinggal di kem pelarian di sempadan Cox Bazar. Ada juga yang terpaksa menggadai nyawa menaiki bot untuk ke Malaysia, Indonesia mahupun Thailand.
Paling menyedihkan apabila bot yang dinaiki karam di tengah laut atau mati akibat bersesak-sesak di atas bot. Sampai muncul istilah keranda terapung dan ‘ping pong boat’ kerana bot yang dinaiki tidak dibenarkan mendarat serta dipaksa belayar semula ke negara yang menerima kehadiran mereka. Sebagai saudara seakidah, saya perlu mengambil tahu dan membantu apa yang termampu,” bongkar Dr Syarifah Aisyah Syed Abdul Halim yang merupakan aktivis Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik).
Dia yang juga Pensyarah Perubatan Pelatih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah berhajat untuk menjejakkan kaki ke bumi Myanmar terpaksa akur untuk membatalkan niat itu kerana kerajaan negara tersebut melarang kemasukan orang luar ke penempatan Rohingya di Rakhaine.
Sebahagian besar kelompok etnik ini dipercayai menetap di Rakhaine terutamanya di Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw. Kerana dihalang masuk ke Rakhaine, dua sukarelawan I-Medik iaitu Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Naib Presiden 1 dan Setiausaha I-Medik, Prof Dr Azizi Ayob termasuk beberapa ahli Yayasan Ikhlas terpaksa menukar haluan misi dengan mengunjungi kem pelarian masyarakat Rohingya di Kutupalong, Ukhiya, Cox Bazar pada hujung Disember lalu.
Nona turut difahamkan kem yang terletak di Bangladesh dan bersempadan Myanmar ini mengambil masa kira-kira 10 jam perjalanan untuk sampai ke sana jika bertolak dari Dhaka.
“Sebenarnya untuk masuk ke kem Kutupalong juga bukan mudah. Pihak kami kena lalui banyak sekatan sebab isu politik dua negara, Bangladesh dan Myanmar. Tapi Alhamdulillah usaha itu diberkati Allah dan berjaya rakam situasi di sana untuk tatapan rakyat Malaysia dan dunia hendaknya. Jika mampu lihat keadaan di kem tersebut pasti anda terfikir betapa sukarnya takdir hidup Rohingya.
Di sebuah kawasan yang tandus dan kecil, seramai 150 ribu pelarian ditempatkan dalam kem serba daif tanpa bekalan air terawat dan elektrik. Khemah pula dibina dari batang kayu beratapkan nipah dan berdindingkan tanah atau plastik. Tiada sebarang kemudahan disediakan buat mereka.
Survival hidup Rohingya begitu mencabar. Kanak-kanak terpaksa berdikari pada usia yang sangat muda untuk mengait jala, mencari kayu api, mengambil air dan sebagainya. Jauh sekali mendapat pendidikan formal sepertimana yang dilalui kanak-kanak seusia mereka di negara lain. Yang ada hanyalah inisiatif orang alim di kem pelarian itu untuk mengajar Al-Quran dan asas agama.
Kezaliman yang dilakukan tentera Myanmar meninggalkan trauma yang teruk di kalangan etnik ini. Lebam kebiruan dan parut akibat dipukul dan dikelar di anggota tubuh menjadi sebahagian bukti keganasan yang dirasai sehingga ke hari ini.”
Biarpun bermacam-macam bentuk gesaan dibuat pelbagai pihak termasuk sektor awam dan swasta namun derita yang dialami Rohingya masih tidak menemui jalan penyelesaian. Sebagai insan yang dibekalkan pemikiran yang waras, tunjukkan rasa belas terhadap mereka sama ada melalui huluran wang ringgit mahupun kiriman doa. Moga masyarakat Rohingya mendapat kebebasan hidup yang diinginkan selama ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tergambar riak bahagia di wajah pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta ini. Bermula dengan fasa perkahwinan kemudian bergelar ibu, kini Farah Nabilah mencuri perhatian apabila mengambil keputusan untuk berhijab.
Foto: Koleksi Tudung Hijab By HanamiFoto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
Tidak mahu mengulas panjang tentang keputusannya untuk berhijab namun ibu kepada Andre Omar mengiyakan apabila diajukan pertanyaan tersebut.
Foto: Koleksi Tudung Hijab By HanamiFoto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
“Saya tak ada nak komen apa-apapun. Lagipun saya rasa tak perlu diumumkan pun.
Cuma apa-apapun saya nak ucapkan terima kasih banyak kerana ramai yang mendoakan hal ini serta segala kebaikan kepada keluarga saya,” kata Farah Nabilah yang sebelum ini sering memuatnaik gambar memakai selendang di laman media sosialnya.
Foto: Instagram @farahnabilahofficialFoto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
Teringat ketika pertemuan kami di sebuah majlis pelancaran tudung dahulu dan sempat bertanya rahsia wanita cantik ini menjaga kulitnya yang halus itu.
Foto: Koleksi Tudung Hijab By HanamiFoto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
“Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah sambil tersenyum.
Farah Nabilah dan suaminya telah diijabkabulkan pada 20 Disember 2019 di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara dan melahirkan Andre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri kesayangan Chryseis Tan dan SM Faliq kini menginjak usia lima tahun. Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap kali tanggal 16 Julai tiba pasti kedua-dua ibu bapa Arianna Kyla tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan hari lahir buatnya. Beruntung anak kecil ini!
Kalau tahun lalu majlis ulang tahun kelahiran Arianna bertemakan Under the Sea namun tahun ini konsep Disney Princess bagi karakter puteri animasi popular ‘Aurora’ menjadi pilihan Chryseis dan SM Faliq.
Dalam sambutan itu, Arianna Kyla mengenakan gaun kembang warna merah jambu lengkap rantai dan sarung tangan! Seronok tengok telatah manja dan comel kanak-kanak perempuan ini.
Happy Birthday Arianna Kyla
Menatap kecomelan Arianna yang juga cucu billionaire ternama negara, Tan Sri Vincent Tan ini jelas terserlah wajahnya yang mirip bapa tersayang iaitu SM Faliq SM Nasimuddin yang juga pewaris empayar Naza Group of Companies.
Chryseis yang merupakan usahawan produk kecantikan Lumi menerusi media sosial berkongsi kemeriahan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya di media sosial.
Sebagai ibu, Chryseis teruja dan bersyukur melihat anak sulung tersayang membesar sihat.
“My baby is now 5! Happy Birthday Arianna! Watching you grow is our greatest joy. We love you so so much!”
Bersandarkan statusnya sebagai cucu anak kenamaan, sudah pasti anak comel ini tidak lepas daripada perhatian masyarakat.
Selain Arianna, SM Faliq dan Chryseis turut dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama SM Arman Naza yang berusia dua tahun.
Jun lalu, Chryseis memuat naik momen kejutan istimewa buat suami tercinta di Instagram miliknya memaklumkan mengenai berita kehamilan anak ketiga. Menerusi perkongsian itu, dia mendedahkan ‘impian’ SM Faliq usia 40 tahun akhirnya menjadi kenyataan.
Chryseis Tan anak Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq pada Februari 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.