Neelofa Kini Bergelar Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Penerbangan Tambang Murah AirAsia. Memang Contoh Terbaik Anak Muda Berjaya

Pelakon, pengacara dan usahawan ini memang layak dijulang sebagai wanita paling berjaya untuk tahun 2017. Sudahlah cantik, bijak pula orangnya Neelofa memang menepati ciri-ciri wanita muslimah moden yang patut menjadi role-model kepada sesiapa sahaja yang mahu berjaya.

Menceburi dunia seni sejurus selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja anjuran Kumpulan Media Karangkraf, dia terus maju ke hadapan dalam merencana kerjayanya. Tidak menjadikan status selebriti untuk popular semata-mata, dia melangkah ke dunia perniagaan dengan jayanya sehingga diberi pengiktirafan berada dalam senarai Forbes 30 Under 30 bagi tahun 2017.

Neelofa ketika memenangi pertandingan Dewi Remaja tujuh tahun yang lalu.

Hari ini wanita anggun berusia 28 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini telah diumumkan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non- Executive Independent Director) Syarikat Penerbangan Tambang Murah terkenal AirAsia.

Dalam siaran rasmi media, Tony Fernandes yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “Saya dan ahli lembaga pengarah yang lain sangat berbesar hati mengalukan kehadiran Neelofa sebagai sebagai salah seorang pengarah bebas bukan eksekutif di AirAsia. Dia merupakan satu tambahan yang baik kepada syarikat. Pengalamannya sebagai usahawan, pencipta jenama dan penggegar industri adalah sesuatu yang berharga kepada AirAsia yang mana dia akan menyuntik pandangan segar di dalam bisnes kami selari dengan transformasi ke arah dunia penerbangan digital.”

“Saya sangat bersyukur dan mengambil cabaran ini dan menyertai AirAsia sebagai pengarah bebas bukan eksekutif. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah AirAsia kerana menjemput saya untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar syarikat penerbangan tambang murah terkenal dunia ini.

Ini bukan sahaja satu pencapaian untuk diri saya sendiri bahkan ia adalah untuk semua wanita diluar sana juga. Saya sangat teruja untuk mewakili sudut pandang Gen Y untuk perniagaan ini. Terima kasih sekali lagi AirAsia dan saya tidak sabar hendak terbang bersamamu!” ujar pengacara dan pelakon popular ini.

IKLAN
Share