Tahniah buat pasangan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail atas kelahiran cahaya mata kedua mereka baru-baru ini. Menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada Nona, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada hari Selasa, 11 Julai lepas.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.
Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah.”
Ads
Tiga hari lepas, Neelofa sempat mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga dan kenalan rapat mengenai bayi yang bakal dilahirkan sebelum menanti detik kelahiran.
Dia dan Haris atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Bulan Oktober adalah bulan kempen kesedaran kanser payudara atau lebih dikenali dengan Pink Ribbon. Justeru, bagi menyemarakkan lagi kempen Pink Ribbon ini, Caramel Fashion Scarves telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan.
Bagi merealisasikan kempen Pink Ribbon ini, Caramel Fashion Scarves telah memperkenalkan Koleksi Pink Ribbon dalam sebuah majlis hi-tea di butik Caramel Fashion Scarves yang bertempat di Mytown, Cheras.
Dalam majlis tersebut Pengasas Caramel Fashion Scarves, Datin Azila Caramella berkata bagi membantu mereka yang memerlukan beliau telah menghasilkan 6 helai skarf istimewa khusus untuk kempen Pink Ribbon ini. Koleksi ini hadir dengan rekaan yang sangat eksklusif dan diserikan dengan lambang Pink Ribbon bertatahkan batu swarovski.
“Sempena dengan kempen Pink Ribbon ini setiap pembelian di butik pada hari ini akan mendapat 10 peratus diskaun. Dan jumlah jualan sepanjang bulan Oktober ini pula, 10 peratus daripada keuntungan akan disalurkan ke Breast Cancer Foundation Malaysia (BCF). Ia sebagai satu inisiatif bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang memerlukan bantuan kos rawatan dan perubatan,” ucap Datin Azila Caramella.
Kemeriahan majlis ini dirasakan dengan kehadiran tetamu istimewa pada petang itu. Antara tetamu yang hadir ialah Yang Berbahagia Puan Masdiana Muhamad isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Marco Caramella, Dato’ Emma, Datuk Rozzana, Sherry Ibrahim, Mark Adam dan ramai lagi Nona Superwoman serta fashionista.
Ketua Pegawai Eksekutif BCF, Puan Surayati Hamzah telah diundang khas di majlis tersebut untuk berkongsi dengan para tetamu tentang langkah pencegahan kanser payudara. Salah seorang kanser survivor, Dr Siti Zainab Mohd Zaini juga telah diundang untuk berkongsi pengalaman perjalanannya menentang kanser pembunuh nombor satu wanita ini.
Selain itu para tetamu turut disajikan dengan koleksi Pink Ribbon yang digayakan oleh model terkenal negara. Pertunjukan fesyen ini dimeriahkan lagi dengan alunan suara merdu penyanyi Syamel mendendangkan 3 buah lagu. Majlis petang itu diteruskan dengan sesi hijab styling oleh Didiyana Ehsan yang merupakan seorang hijab stylist terkenal.
Para tetamu begitu terpesona dengan koleksi terbaharu yang dipamerkan di atas rak yang dihias khas itu. Rekaan yang begitu moden dengan adunan warna yang memikat kelihatan begitu sempurna untuk digayakan oleh setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gara-gara tindakan Siti Sarah memuat naik satu video yang tidak membeli barang dijual seorang lelaki tua mendapat kecaman netizen. Tindakan penyanyi yang baru pulang mengerjakan umrah itu untuk bergurau dengan bapa kandungnya disalah erti oleh netizen sehingga beliau dituduh biadap!
Bagaimanapun dalam entry terbaru di laman instagramnya, Sarah menjelaskan bahawa video itu hanyalah sekadar gurauan kerana lelaki tua yang berada dalam video tersebut ialah bapa kandungnya sendiri, Raissuddin Hamzah.
Siti Sarah dianggap biadap kerana dikatakan tidak membeli barang yang dijual oleh lelaki tua berkenaan.
” Ada pihak yang kurang bijak mengatakan saya biadap sebab tak beli barang pakcik ni! Nak beli apanya, dia beli untuk diri dia sendiri kami cuma bergurau”. ujarnya.
Seperti roda yang berpusing, manusia tidak akan pernah tahu tentang nasib yang bakal menimpa mereka. Mungkin hari ini kita berada di atas dan mungkin esok, di bawah. Sebagai khalifah yang hidup di muka bumi ini, ketahuilah setiap apa yang berlaku di bumi akan dipersoalkan pada hari akhirat.
Di sebalik ketaatan manusia terhadap suruhan dan larangan Allah SWT, jangan sesekali terlepas menjaga adab dan kesucian persaudaraan. Buatlah sebanyak mana pun amal ibadah, solat lima waktu, berpuasa penuh pada bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan umrah serta haji tetapi jika bertindak zalim sesama insan, ada akibat yang bakal menanti.
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.”
Lalu Nabi SAW bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)
Mengambil petikan ceramah dari Ustaz Wadi Annuar, setiap huraian yang diterangkan beliau benar-benar menginsafkan. Bagaimana seorang umat yang taat kepada Allah boleh tergolong sebagai ahli neraka?
“Akhirnya segala kebaikan dan pahala orang yang rajin beribadah tadi diberikan kepada orang yang dia pernah buat jahat sampai habis semua pahala. Tapi masih ada ramai lagi orang-orang yang dia pernah zalimi. Lalu Nabi berkata, diambilnya dosa orang dizalimi tadi dan diletakkan pula di atas penimbang dia (orang yang rajin beribadah). Daripada ahli syurga tiba-tiba pula jadi ahli neraka kerana banyak sangat ambil tahu hal orang.
Tiap hari kira sibuk buka aib orang, sembang tentang aib orang, ejek orang itu, fitnah, ambil harta orang dan pukul orang. Ini adalah dosa-dosa kita dengan orang dan semua itu Allah kira. Kalau ada orang buat jahat dekat kita dan kalau kita benar, bersabar. Setiap inci dan zarah kejahatan yang kita buat, Allah akan timbang. Malah, kebaikan sebesar zarah pun akan ditimbang oleh Allah,” pesan Ustaz Wadi penuh yakin.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah. Jangan sesekali kita lupa tentang hari pengadilan. Beringatlah, amalan sesama manusia juga boleh menentukan kehidupan kita di alam yang berkekalan itu kelak!SUZIANA ABU DAUD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!