Aidiladha tahun ini pastinya cukup bermakna buat Dato’ Azril Mohd Radzi kerana menerima kehadiran cahaya mata baharu. Menerusi perkongsian usahawan V’Asia berkenaan, isteri tercinta iaitu Datin Balqish selamat melahirkan anak ketiga mereka pada malam Hari Raya Haji yang lepas. Alhamdulillah.

IKLAN

Mendedahkan secara eksklusif kepada Nona mengenai berita kehamilan Datin Balqish pada Januari lepas, usahawan hartanah ini dilaporkan menimang cahaya mata perempuan. Bagaimana pun mereka belum mengumumkan nama anak tersayang kepada khalayak.

Berkongsi khabar gembira itu, Dato’ Azril membuat hantaran gambar jari jemari anak ketiganya itu di media sosial dan memanjat kesyukuran atas anugerah terindah berkenaan.

“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi

“Alhamdulillah Balqish Hussni (isteri) selamat melahirkan anak ketiga kami tepat jam 10.11 pm malam Aidiladha. Salam Aidiladha. Alhamdulillah our first family potrait of five.

Gambar pertama kami berlima. Excited Sarra Ayesha dan Ummar Mateen dapat adik baru.”

Dalam pada itu, pasangan ini menerima pemberian barangan kemas daripada sahabat baik mereka yang juga usahawan ternama iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida. Perkara itu dikongsikan mereka di IG Stories masing-masing.

“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi
“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi
“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi

Berkahwin dengan Datin Balqish ketika wanita berkenaan berusia 22 tahun, Dato’ Azril mengakui mereka berkenalan dalam tempoh singkat dan nekad mengakhiri perhubungan sebagai suami isteri.

Mengimbas kembali momen mengenali suri hati kesayangan kira-kira lapan tahun lepas, lelaki ini tanpa berselindung memberitahu dia tertarik dengan keperibadian dan latar belakang keluarga Datin Balqish.

“Sebenarnya saya tertarik dengan isteri sebab dia memang berasal dari family baik-baik. Mak ayah memang jaga dia dan mula-mula saya kenal dia, saya ajak dia keluar dating tapi mak ayah dia tak bagi.

IKLAN
“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi
“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi
“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi

Mak ayah dia kata kalau nak keluar dengan dia, kena ajak mereka sekali. Tapi sebaliknya pula berlaku. Ceritanya, saya tak jadi keluar dengan dia tapi saya pergi rumah dia makan tengahari lepas tu terus ‘kenal’ sampailah sekarang.”

Datin Balqish merupakan adik kepada pengacara dan penyampai radio popular, Haziq Husni.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sarra Ayesha dan Ummar Mateen yang masing-masing berusia lima dan empat tahun.

IKLAN
“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi
“Gambar Pertama Kami Berlima,” Isteri Cantik Dato’ Azril Bersalin Anak Ketiga Malam Aidiladha!
Kredit Instagram @azrilradzi

Dalam pertemuan bersama Dato’ Azril sebelum ini, dia turut memaklumkan menerima kunci rumah untuk aset hartanahnya di Maida Vale, London yang turut diberi nama The Estate London.

Ahli perniagaan berjaya ini turut mempunyai series The Estate iaitu The Estate Hulu Rening dan The Estate Batang Kali.

Malah dia turut membina The Estate Setiu tahun depan yang terletak di depan Pantai Penarik di Kampung Mangkuk Terengganu.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/isteri-hamil-anak-ketiga-dapat-kunci-rumah-di-london-rezeki-berganda-datuk-dr-azril-tahun-ini/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI