Nia Ramadhani Pegang Pesan Ayah, Tak Buka Dompet & Telefon Suami Rahsia Rumahtangga Harmoni

Suatu ketika dahulu sinetron dari Negara Seberang, Bawang Putih Bawang Merah telah menjadi fenomena di kalangan penggemar drama. Watak Bawang Merah yang ‘jahat’ benar-benar memberi kesan yang mendalam pada penontonnya lantas mengangkat nama pendukung wataknya, Nia Ramadhani. Ke mana sahaja Nia pergi nama Bawang Merah seolah-olah melekat dengan dirinya.

Foto: Instagram @niaramadhanibakrie
Foto: Instagram @niaramadhanibakrie

Namun Nia telah meninggalkan kerjaya seninya setelah berkahwin dengan Ardiansyah Bakrie. Berkahwin dalam usia yang muda tidak membuatkan wanita tinggi lampai ini terus dilupakan. Nia mempunyai 17.1 juta pengikut di laman Instagram. Wajah cantiknya sentiasa menjadi buruan lensa kamera dan menjadi penghias muka depan majalah di Indonesia.

Foto: Instagram @niaramadhanibakrie
Foto: Instagram @niaramadhanibakrie

Ibu kepada tiga orang anak ini telah melahirkan anak pertamanya pada 2 Jun 2012 dan diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie. Manakala anak keduanya lahir pada 17 November 2015, Mainaka Zanatti Bakrie dan anak ketiganya pula, Magika Zalardi Bakrie lahir pada 10 Mei 2017.

Foto: Instagram @niaramadhanibakrie
Foto: Instagram @niaramadhanibakrie

Setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nia Ramadhani mempunyai resipi tersendiri agar hubungannya bersama suami kekal harmoni. Pelakon cantik ini sentiasa ingat pesan ayahnya sebelum berkahwin dulu.

Foto: Instagram @niaramadhanibakrie
Foto: Instagram @niaramadhanibakrie

“Nasihat papa sebelum berkahwin, dia pesan supaya saya tak buka dompet dan telefon milik suami. Bukan sebab takut pasangan kita berbohong atau apa, cuma kalau kita jenis kuat cemburu takut mesej perbualan biasa akan jadi masalah besar. Sampai sekarang saya tak pernah buka dompet dan telefon suami, tak mahu lihat,” kata Nia Ramadhani yang berkahwin pada 1 April 2010.

Foto: Instagram @niaramadhanibakrie
Foto: Instagram @niaramadhanibakrie

Nia Ramadhani juga seorang ibu yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang masa depan anak-anaknya dengan menghantar ke sekolah yang terbaik. Nia Ramadhani telah mendedahkan bahawa telah membelanjakan 500 juta rupiah (RM142,000) setahun untuk kos persekolahan anaknya. Pendedahan ini dilakukan Nia menerusi salah sebuah temu bual di program Ngopi Dara yang disiarkan di stesen televisyen Trans TV.

Beruntung Mikhayla dapat belajar di sekolah yang terbaik dan menuntut perbelanjaan yang tinggi.

Sumber: tribunnews

IKLAN
Share