Bulan ramadan penuh keberkatan hampir tiba!! Dan semestinya sudah ramai yang merencana pelan lokasi berbuka puasa dengan juadah menyelerakan bersama rakan dan keluarga tersayang. Bagi mereka yang mendambakan nostalgia berbuka puasa ala tradisional dengan suasana ketenangan desa yang mendamaikan, apa kata anda kunjungi Shook!
Rasai kelazatan pelbagai hidangan penuh menyelerakan diiringi suasana harmoni yang seimbang bercirikan Melayu dengan hidangan bufet resepi lama kampung yang disusun rapi dan diperabadikan oleh chef berpengalaman Chef Rafizan.
Ads
Ads
Pelbagai hidangan khususnya menu warisan turun temurun tersedia untuk dinikmati, antaranya Rendang Ayam Berempah dan Daging Hitam. Jangan ketinggalan untuk merasai sendiri sambal tradisi terkenal Chef Rafizan yang diinspirasi dari resipi orang tua yang ditumbuk dengan sempurna, pasti menceriakan pengalaman berbuka puasa anda, dengan harga sangat berpatutan!
Hanya MYR125++ setiap dewasa dan MYR60++ setiap kanak-kanak, pakej bufet Ramadan ini akan bermula 24 Mac – 21 April 2023 dari pukul 6.30 petang – 10 malam. Untuk tempahan, sila WhatsApp/call +60 18 929 8060 atau e-mel shook@thestarhilldining.com.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban tahun pasti ada saja kejayaan yang dijulang selebriti cantik ini. Seolah-olah dia sudah merencana hala tuju hidupnya awal beberapa tahun ke hadapan. Tidak mahu tercicir melakar kejayaan lebih besar tahun ini, ada perancangan istimewa yang dirancang Neelofa pada tanggal 15 Februari nanti. Dan bersempena ulang tahun kelahiran Noor Neelofa Mohd Noor yang ke-31 hari ini, Nona dedah amalan yang dilakukan Neelofa setiap hari hingga dia mampu meraih pelbagai pencapaian, populariti dan disegani ramai.
Meskipun pada awalnya pengasas Naelofar Hijab ini agak keberatan berkongsi amalan hariannya kerana bimbang dilabel riak dan menunjuk-nunjuk, namun dia mengambil pandangan positif dan berharap perkongsian ini dapat mengajak semua pembaca menjadi insan yang lebih baik. Sepanjang perbualan, setiap tutur katanya dilontar dengan penuh berhati-hati… barangkali enggan kenyataan yang dibuat mendatangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.
“Biasanya saya bangun dalam pukul 4.15 pagi, solat dan baca doa-doa rasul dulu. Kemudian saya sambung zikir sebab masa itulah suasana tenang dan sunyi. Habis je solat Subuh, saya ambil masa untuk baca Al-Quran sampai waktu syuruk. Sebab waktu ini is the best time to baca Al-Quran. Sama juga waktu di antara maghrib dan azan solat isyak. Dua waktu ini saya baca Al-Quran.
Lepas habis waktu syuruk tadi, kalau rasa mengantuk sangat saya akan tidur balik tapi kalau tak, saya akan terus buat kerja macam biasa. Bangun, mandi, kemas bilik dan buat apa-apa yang patut. Dan setiap hari juga waktu hendak bersiap depan cermin, dalam masa satu jam macam tu… saya akan buka bacaan zikir, doa atau ceramah motivasi ustazah termasuklah motivation speeches yang boleh naikkan semangat saya,” ujar Lofa tanpa selindung.
Patutlah rezeki Neelofa melimpah-ruah, rupa-rupanya dia sentiasa meletakkan Allah SWT di tempat paling atas tidak kira sesibuk mana pun. ‘Santapan jiwa’ Neelofa juga tidak terhad pada waktu-waktu tertentu sahaja. Bahkan dia turut memulakan hari dengan rutin unik iaitu dengan mendengar ungkapan-ungkapan positif termasuklah ketika mandi.
“Waktu mandi biasanya saya akan pasang muzik atau video berkaitan fearless motivation. Iyalah, daripada nyanyi baik buat benda ni. Memang itulah yang saya buat kebanyakan hari. Kalau travel misalnya ke New York, saya akan bangun lagi awal. Memandangkan masih jetlag, saya guna waktu itu untuk solat tahajud.”
Tegas Neelofa lagi, sejak kecil dia sudah didedahkan dengan didikan dan ilmu agama yang baik daripada ibu tersayang, Datin Noor Kartini. “My mom banyak beri impak kepada
saya dalam penghayatan agama. Doa-doa yang saya amalkan pun datang dari dia juga. Mama selalu tolong saya ‘mencantikkan’ lagi sesuatu doa dan dia pandai menjadikannya lebih indah. Doa yang viral dalam program Naura dulu tu pun separuh daripadanya doa mama dan saya rasa most of my kejayaan selama ini pun adalah berkat doa mama.
Jenis mama ni kalau dia tahu saya ada urusan kerja di mana-mana atau berjumpa dengan klien contohnya, dia akan sembahyang mohon dipermudahkan urusan saya. Always! Sebab itu saya rasa semua yang saya dapat ini berkat doa mama. Kadang terfikir dan risau juga kalau mama tak ada, macam manalah saya agaknya.”
Mendengar kata-kata Neelofa sahaja pun sudah terpalit aura positifnya. Nampak saja amalan pengacara popular ini simple. Tapi hendak melaksanakannya perlu konsisten. Berkat usaha berterusan dan yakin, pasti akan ada hasilnya kelak. Yang penting azam untuk maju dan berjaya sentiasa ada dalam diri. Moga perkongsian Neelofa ini memberi manfaat kepada semua dan terus memberi inspirasi untuk berjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, terbeliak mata tengok deretan jongkong-jongkong emas yang tersusun di rak sebuah gudang istimewa ini!
Ibarat jumpa harta karun, gudang simpanan emas yang dipercayai milik Bank of England ini dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai lebih 200 bilion pounds sterling atau bersamaan sekitar RM1,066,511,600,000.00!
Bukan hanya himpunan jongkong emas itu saja yang menarik perhatian, malah struktur gudang juga diperbuat dengan cukup rapi dan dijaga dengan kawalan ketat.
Berdasarkan gambar yang dikongsi dari Infinitos Fakta Terokai Pengetahuan itu, gudang simpanan emas berkenaan dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di kota London.
Ia turut dilaporkan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, iaitu terletaknya ibu pejabat Bank of England’s City of London.
Keluasannya juga membuatkan ramai yang terpegun apabila ia dikatakan lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin membuat kejutan terhadap pelanggan jamu Mutyara apabila dia sendiri turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).
Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, dia juga terhru dan sebak apabila dapat berjumpa dan mendengar secara langsung maklum balas diberikan pengguna.
“Memang seperti video yang ditularkan di TikTok, saya ada buat kejutan COD kepada pelanggan Mutyara. Kenapa saya buat, sebab saya sudah lima tahun berniaga produk ini, banyak sebenarnya wanita yang amalkan produk ini dan menyokong saya.
“Saya bersama pasukan dan apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka. Sejujurnya, apabila sesekali dapat turun padang saya gembira dan sebak juga. Apatah lagi dapat mendengar secara langsung maklum balas mereka selepas mengamalkan jamu Mutyara yang mana membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.
“Saya datang pun secara ‘random’ saja. Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka,” katanya.
Menurut Tya yang juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, disebabkan itu dia dihujani permintaan untuk meneruskan sesi itu di beberapa lokasi lain pula.
“Ada pelanggan Mutyra yang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu. Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan Mutyara dia dah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.
“Rasa tak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka. Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula. Insya-Allah,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!