Industri kecantikan global sentiasa berkembang pesat, seiring dengan inovasi teknologi, untuk memenuhi kehendak kecantikan dan kesejahteraan para wanita di luar sana. Sebagai salah satu pemain industri yang penting dan sedang meningkat naik, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. memberi dimensi baru dan memenuhi keperluan kecantikan para wanita dengan pelbagai produk bermutu tinggi, premium dan halal yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Terbaharu, inovasi SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES nyata mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita di luar sana untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keanjalan tubuh badan.
Produk minuman kecantikan dan kesihatan terbaharu daripada NOIR ini dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata.
Gabungan bahan-bahan premium lain yang terkandung di dalam SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES bertindak:
Ads
Kolagen Peptide & Astaxanthin: Berasaskan ikan dan tumbuhan yang membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah.
Ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) & Camu-Camu: Memberikan kesan pencerahan 10 kali lebih efektif. Malah sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi dan mengatasi masalah kulit tidak sekata.
Ekstrak Pueraria Lobata: Terkenal dengan fungsinya untuk membantu meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi.
“Proses penuaan berlaku dengan pantas seiring dengan peningkatan usia individu. SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES diinspirasikan bagi memenuhi keperluan para wanita di luar sana untuk melambatkan proses tersebut dan membuat para wanita tampak muda dan jelita. Kulit jadi super cerah, terawat dan produk ini melindungi kulit dari dalam.” ujar Madammu, pengasas NOIR Health & Beauty Sdn Bhd.
Ads
Inovasi terkini dari NOIR ini meningkatkan kadar hidrat kulit sehingga 40%. Malah, kulit juga akan jadi lebih anjal dengan tona kulit lebih cerah seawal 7 hari selepas pengambilannya secara konsisten mengikut saranan yang diberikan.
Majlis pelancaran inovasi terbaharu ini berlangsung pada 28 Julai 2022 yang lalu, bertempat di The Boathouse, Flamingo Hotel Ampang.
Wajah dah mulus? Tercari-cari blouse yang cantik dan elok dipadankan dengan gaya harian anda. Dapatkan pilihan blouse yang cun-cun di sini. Guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik sini).
********************************************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuasa magis bedak asas dalam teknik solekan memainkan peranan yang sangat penting sehingga mendapat jolokan kunci kepada solekan sempurna. Tetapi, sehingga kini masih ramai wanita yang keliru dan tidak tahu memilih bedak asas dengan tepat.
Bedak asas tidak seperti pengalit mata, jika tersalah langkah boleh diperbetulkan. Bila tersalah aplikasi bedak asas tidak ada cara untuk menyembunyikannya. Jadi tidak mustahil ramai wanita memilih menggunakan krim BB sebagai jalan keluar.
Sebelum piluh bedak cara tengok dulu warna kulit kita. Kalau kulit FAIR bermakna ke arah kulit yang sangat putih seperti porselin. LIGHT pula apabila kulit wajah berbeza sikit jer dengan kulit fair. Manakala MEDIUM pula tidak cerah dan tidak pula gelap. Sedangkan DEEP TONE pula termasuk dalam kategori kulit sawo matang dan seterusnya.
Kita selalu baca pilih bedak asas atau foundation ikut undertone warm atau cool. Macam mana nak tahu kita jenis warm atau cool tu? Caranya adalah dengan memperhatikan warna nadi di pergelangan tangan.
Jika warna nadi berwarna biru atau keunguan, anda tergolong dalam kategori undertone yang COOL. Jika warna nadi berwarna kehijauan, Anda memiliki undertone yang WARM. Jika kurang yakin apakah warna nadi Anda, bermakna anda mempunyai undertone yang netral.
Ramai wanita yang tidak menggunakan berus ketika menyapu bedak asas di wajah. Tetapi, kebanyakan jurusolek menggunakan berus untuk menyapu bedak asas agar solekan sempurna dan rapi. Berus pula bukan boleh menggunakan sebarang berus malah perlu menggunakan berus yang direka khusus untuk menyapu bedak asas.
Teknik yang betul menyapu bedak asas menggunakan berus adalah dengan gerakan membulat. Teknik ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan bedak asas malah menjadikan sapuan menyeluruh. Jangan lupa bersihkan wajah dengan sempurna daripada sebarang solekan sebelum tidur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raut wajah yang lembut dan menawan, senyuman manis, lemah lembut serta sopan itu antara pesona yang dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Keperibadiannya juga tidak terperi hebatnya.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Tengku Puteri Daulath yang berusia 20 tahun ini turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
Setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi, Tengku Fatimatuz Zahra’ sering menjadi sorotan lensa. Ini membuktikan Tengku Fatimatuz Zahra’ antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Bukan hanya pesona yang dimilikinya bahkan busana yang disarungnya terutama bercirikan tradisional serta songket Terengganu sering menjadi perhatian perhatian ramai.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 tahun Masihi bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan oleh Ayahandanya, Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kredit Foto: Instagram @terengganu_royalfamily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasa tumbesaran daripada alam bayi ke alam dewasa banyak mempengaruhi tekstur dan rona hitam putih ke atas kanvas kulit. Masihkah anda ingat wajah yang rata dan licin sebelum mencapai akil baligh, kemudiannya ditimpa masalah berminyak dan berjerawat? Cuba perhatikan rutin corak pemakanan harian, amalan detoks barangkali berhasil untuk mengeluarkan sisa toksin yang terkumpul.
Kebanyakan makanan di sekeliling kita telah dicemari dengan toksik. Bahan-bahan tercemar ini mudah larut dalam darah dan seterusnya diangkut ke seluruh tubuh. Apa kata jika sesekali lakukan detoks untuk ‘mencuci’ sistem penghadaman dengan cara yang sihat? Selepas melakukan ‘cucian’ perut ini, anda dapat merasa perbezaan ketara pada kulit, ia lebih segar dan bercahaya dari dalam. Antara cara terbaik untuk ‘cuci perut’ adalah melalui amalan berpuasa.
DETOKS HUJUNG MINGGU
Makan banyak buah-buahan segar sewaktu bersahur. Pilihlah yang berwarna cerah seperti kiwi, anggur, mangga, betik, pic, beri, strawberi, pir dan epal.
Jamah segenggam kekacang sebagai snek bersahur bersama teh hijau, teh herba atau air suam.
Sediakan semangkuk salad istimewa untuk hidangan berbuka puasa dengan campuran bunga kubis, tomato, timun, brokoli, lada hijau, hirisan lobak, avokado, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun secukupnya, hirisan herba, bawang putih, jus lemon dan cuka.
Waktu snek diisi dengan kuaci, gajus dan biji labu atau pek kecil yogurt tulen sambil menghirup teh hijau atau teh herba.
Buat stim kukus sayur-sayuran segar dan berwarna cerah seperti brokoli, bunga kubis, labu air dan kubis merah dengan herba untuk makanan berbuka puasa.
DETOKS HARIAN SEPANJANG BERPUASA
Minum banyak air mineral atau bertapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa dengan memerah jus limau nipis atau rendaman hirisan lemon untuk kelainan.
Tukar amalan meminum kopi dengan teh hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh ‘mencuci’ usus.
Jus buah-buahan pekat dan segar seperti jus lobak, epal, tembikai, betik dan sebagainya sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
Jauhi minuman beralkohol dan berkarbonat kerana ia tinggi acetaldehyde, yang menyebabkan kulit cepat tua dan tinggi kalori.
Banyakkan makanan berunsur buah-buahan, sayuran hijau, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksikan selepas waktu berbuka puasa.
SUPLEMEN TERBAIK UNTUK KULIT
Vitamin A, C dan E, selenium serta enzim kompleks Q10.
Asid Omega 3.
Sulfur (MSM/methyl sulfonyl methane) untuk memulihkan dan membaiki tisu, menghasilkan kolagen dan keratin rerambut, menentang akne, ekzema dan psoriasis. Ia boleh ditemui dalam ikan, telur, daging dan sesetengah buah-buahan dan sayuran.
Asid Alpha Lipoic iaitu antioksidan yang ditemui dalam daging, bayam dan kentang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!