NOOR ARFA Sambut Ulang Tahun Ke 43, ZARA ZYA Dilantik Jadi Duta Promosi Keindahan Batik

Umum mengetahui, industri batik di Malaysia turut terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Menyedari kepentingan untuk memberi nafas baharu dan merancakkan lagi industri batik tempatan, syarikat pengeluar dan pengedar bati sutera milik bumiputera, Noor Arfa  Holdings Sdn Bhd melantik selebriti, Zara Zya sebagai duta jenama berkenaan.

Perlantikan Zara Zya sebagai duta jenama Noor Arfa bersempena sambutan ulang tahun Noor Arfa ke- 43 di mana ia turut mengeluarkan koleksi khas Raya yang diberi nama Noor Arfa X Zara Zya.

Menurut Pengarah Urusan Noor Arfa, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin, inisiatif yang menjadi kemunculan semula Noor Arfa selepas kemelesetan ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun itu juga bagi menaikkan kembali jenama fabrik dan fesyen tempatan.

“Kami mahu buktikan bahawa batik bukan industri biasa-biasa tetapi boleh muncul seperti jenama fesyen terkemuka seperti YSL dan Gucci. Itu level yang kita nak capai.

Seiring dengan matlamat itu, kita perkenalkan pakaian yang sedia untuk dipakai (ready to wear) menerusi Koleksi Raya Noor Arfa X Zara Zya. Koleksi ini akan mula dijual pada 1 Mac depan,” katanya sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Noor Arfa ke-43 dan pelancaran duta Noor Arfa di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Pemilihan Zara sebagai duta, Wan Mohd Hafiz berkata, pelakon itu dipilih kerana merupakan ikon perempuan Melayu yang boleh memberi inspirasi kepada peminat-peminatnya.

Sementara itu, Zara memberitahu, kolaborasi bersama Noor Arfa itu dibuat untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa batik hanya mampu dipakai oleh mereka yang berduit sahaja.

Selain itu, Anniversary Noor Arfa ke 43 juga turut meraikan kejayaan Noor Arfa Stylist (”Reseller” Noor Arfa) di NOOR ARFA STYLIST 2022 GRAND AWARDS. Program ”Reseller” ini adalah salah satu usaha untuk menaikkan martabat ekonomi orang Melayu dalam perniagaan, dimana pihak Noor Arfa menyediakan platform perniagaan tanpa sebarang modal dan diberikan ilmu untuk mula perniagaan dari sepenuhnya.

Majlis  turut menghargai penat lelah pengasas Noor Arfa, En Wan Mohd Ariffin dan Puan Noor Hijerah Hanafiah membina empayar perniagaan Noor Arfa selama 43 tahun . Mereka dianugerahkan Tokoh Kepimpinan , Tokoh Perjuangan dan tokoh Keibubapaan oleh Noor Arfa Group pada majlis tersebut.

Noor Arfa telah berjaya membantu hampir 6000 orang ”Reseller” membina perniagaan bersama Noor Arfa sepanjang tahun 2022.

 

IKLAN
Share