‘Not An Easy Delivery” Tapi Sari Yanti Syukur Dipermudahkan Proses Kelahiran Anak Ke-4

Tahniah! Sari Yanti yang baru menimang cahaya mata keempat baru-baru ini. Sari Yanti dan suaminya, Jep Sepahtu telah berkongsi kegembiraan mereka di laman media sosial masing-masing.

Murah rezeki Sari Yanti yang sebelum ini risau jika tidak dapat hamil lagi lantaran salur fallopian tinggal sebelah sahaja.

Sebelum mengandungkan Dariya Inara dua tahun lalu Sari Yanti pernah keguguran lantaran mengandung luar rahim. “Ketika baharu kahwin dahulu saya terpaksa dimasukkan ke hospital sebab kandungan luar rahim atau ectopic.

Foto: Instagram @sariyanti

Waktu itu kira macam bunting pelamin. Saya turun darah hari-hari dan asyik masuk hospital sebab turun darah. Doktor suspek saya mengandung luar rahim dah ketika itu.

Kandungan tu kecil lagi tapi sebab dia membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan tiub fallopian tu pecah. Saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian. Kandungan pun kecil lagi ketika itu dan keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan. Saya berpantang macam biasa sebab operate.

Foto: Instagram @sariyanti
Foto: Instagram @sariyanti

Alhamdulillah saya ingatkan susah nak mengandung selepas tiub fallopian tinggal satu sahaja. Tapi bila saya mengandung saya syukur sangat-sangat kerana Allah SWT nak bagi juga rezeki kepada kami suami isteri,” kongsi Sari Yanti ketika sedang mengandungkan Dariya Inara dahulu.

Foto: Instagram @sariyanti

Sebelum ini Sari Yanti telah mengumumkan berita kehamilannya ketika menyambut ulang tahun perkahwinan ketiganya. Melalui perkahwinan terdahulu, Sari Yanti sudah memiliki dua orang putera, Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Foto: Instagram @sariyanti
IKLAN
Share