Sosok wanita besi Nur Fatihah Mustafa kini CEO wanita pertama dilantik dalam industri takaful di Malaysia.
Pertama kali menjejakkan kaki ke ibu pejabat Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) di Bangsar, menemukan Nona dengan Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB yang baharu iaitu Nur Fatihah Mustafa.
Beliau memiliki aura luar biasa, memancarkan kelembutan dan ketegasan yang seiring. Yakin melangkah, elegan dan berprinsip, wanita asal Kuala Lumpur itu jelas memiliki karisma seorang pemimpin yang disegani.
Nur Fatihah menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam industri takaful di Malaysia, sekaligus menandakan satu pencapaian baru terhadap kepelbagaian gender dan inklusif dalam industri.
Menjadikan CEO AEON Bank iaitu YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai inspirasi untuk berjaya, Nur Fatihah bercerita panjang lebar tentang komitmen beliau secara eksklusif dalam vodcast #BorakCEO di bawah…
Bertahun-tahun tanam impian jadi pemimpin, sosok wanita besi Nur Fatihah Mustafa kini wanita pertama dilantik sebagai CEO dalam industri takaful di Malaysia.
Mengimbau sejarah kerjaya Nur Fatihah sebelum dilantik ke jawatan ini pada Jun 2024, beliau menyertai Zurich Malaysia pada 2018 sebagai Ketua Perakaunan & Pelaporan Kewangan Takaful Am (FAR) sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengawal Takaful FAR.
Pada Disember 2022, Nur Fatihah telah memikul dua peranan sebagai Ketua Perancangan Strategi dan Pengurusan Prestasi untuk takaful keluarga.
Sebagai antara wakil Kumpulan Penyokong Pemimpin Wanita Zurich (FLAG), Nur Fatihah mewujudkan persekitaran inklusif yang memperkasakan bakat wanita dalam Zurich untuk mencapai kemajuan dengan yakin dan merealisasikan potensi penuh kepimpinan mereka.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga merupakan Ahli Bertauliah Certified Practising Accountant (CPA) Australia dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/genap-100-tahun-tun-dr-mahathir-mohamad-saksi-3-perubahan-zaman-berbeza/
This website uses cookies.