Senyuman menawan adalah senyuman yang diberi penuh keikhlasan. Sebagai wanita, kebersihan gigi perlu menjadi keutamaan. Mungkin para lelaki juga perlu menitikberatkan soal kebersihan gigi kerana saat komunikasi pasti menjadi lebih selesa dan menyenangkan.
Penyebab gigi kuning?
Malas menggosok gigi atau cara menggosok gigi yang anda lakukan salah
Tabiat minum kopi dan teh menyebabkan gigi menjadi kuning
Bagi si perokok, efek nikotin membuat gigi menjadi kuning
Pemakaian ubat titis mata secara berlebihan
Sering mengambil minuman supplement atau minuman penambah energi
Memakai ubat pemutih gigi yang tidak sesuai
Bagaimana cara memutihkan gigi secara semua jadi, cepat dan mudah?
Merawat gigi ternyata tidak hanya dapat dilakukan dengan cara seperti menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi, tapi kita juga perlu mengelakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan gigi menjadi kuning.
Selain itu anda juga dapat melakukan beberapa tips tradisional atau alami untuk memutihkan gigi :
Putihkan gigi dengan kayu sugi
Rawat dengan mengunakan kayu sugi. Kayub sugi adalah sejenis dahan atau akar pokok yang digunakan untuk membersihkan gigi, gusi dan mulut.
Cara ini sudah lama digunakan oleh umat Islam terdahulu serta menjadi sunat yang dilakukan baginda Rasulallah SAW.
Putihkan gigi dengan menggunakan arang
Ads
Walaupun kedengaran agak pelik kerana arang berwarna hitam tetapi cara ini amat berkesan utnuk menghilangkan warna kuning pada gigi.
Tetapi anda juga harus berhati-hati memakai arang kayu kerana jika digunakan secara berlebihan boleh merosakkan gigi dan menyebabkan gigi berasa sakit.
Putihkan gigi dengan kulit limau
Siapa sangka, kulit jeruk yang dibunag boleh berfungi sebagai pembersih gigi. Gunakan bahagian dalam kulit limau yang berwarna putih untuk menggosok gigi yang kuning.
Lakukan secara teratur setiap hari dan gigi anda boleh kelihatan putih secara semula jadi. Hati-hati buat anda yang bergigi sensitif kerana kandungan vitamin C yang terkandung di dalamnya tidak sesuai untuk gigi anda.
Putihkan gigi dengan strawberi
Ads
Selain enak dimakan, strawberi juga berkhasiat untuk memutihkan gigi secara alami. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi, epal dan saderi bermanfaat untuk memutihkan gigi.
Tak perlu ramuan khusus, hanya makan buah-buahan ini selain untuk menjaga kesihatan.
Putihkan gigi dengan ubat gigi dari bahan semula jadi
Sediakan daun salam dan kulit limau kemudian jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga halus dan tambahkan air. Adun sebati sehingga menjadi pes. Gunakan ubat gigi ini untuk menggosok gigi setiap hari atau berselang hari.
Putihkan gigi dengan lemon dan garam
Buatlah ubat gigi anda sendiri dari bahan semula jadi iaitu dari jus yang ditambah sedikit garam. Ubat gigi begini boleh membantu memutihkan gigi anda tetapi anda ditegah dari menggunakannya setiap hari kerana garam boleh menyebabkan lapisan gigi anda rosak.
Ads
Putihkan gigi dengan berhenti merokok.
Anda perlu ingat, semua rokok menyimpan tar dan campuran tembakau yang menjadikan gigi anda kuning. Apabila berhenti merokok, anda bukan sahaja boleh memelihara kebersihan gigi malah boleh menjamin kesihatan.
Putihkan gigi dengan biji buah pinang
Biji buah pinang bermanfaat untuk merawat gigi. Caranya, bakar biji buah pinang sehingga hangus. Gosok biji buah pinang pada gigi dengan menggunakan sabut pinang dua minggu sekali. Biji pinang juga boleh menguatkan gigi.
Putihkan gigi dengan pengambilan susu
Beberapa produk susu yang berada di pasaran seperti keju dan yogurt mengandungi kalsium tinggi dan sangat baik untuk membantu memutihkan dan menguatkan gigi. Banyakkan makan makanan yang mengandungi kalsium tinggi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah, akhirnya pelakon Korea Selatan Jang Nara umum bakal berkahwin tak lama lagi! Walau dah meniti usia 41 tahun pada 18 Mac lepas tapi raut wajahnya kekal awet muda dan tak makan usia. Memang tak berubah macam mula-mula dia menceburi bidang lakonan dulu.
Nama Jang Nara kini trending di Twitter selepas aktres tersebut mengumumkan dia akan berkahwin dalam masa terdekat. Menerusi posting terbaharunya, dia mengaku sedang bahagia menjalin hubungan dengan kenalan lama yang bukan bergelar selebriti.
Memuat naik gambar nota tulisan tangan mengenai khabar gembira itu, peminat Jang Nara nyata terkejut dan perkongsian tersebut meraih lebih 100 ribu tanda suka!
Nota berkenaan menjelaskan, “Hari ini saya ingin menyampaikan berita peribadi tetapi bahagia untuk anda. Saya akan berkahwin! Setelah berkenalan selama lebih dua tahun dengan seorang kenalan yang enam tahun lebih muda dari saya dan bekerja dalam bidang video, kami berjanji untuk menjadi pasangan seumur hidup.”
Kongsinya lagi, “Saya benar-benar minta maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai lelaki ini kerana bimbang ia akan menganggu kerjaya kami. Saya memohon pengertian daripada anda semua.”
Jang Nara dikhabarkan terlibat dalam penggambaran filem ‘The Kindness of Others’ dan muncul dalam drama ‘Sell Your Haunted House’ pada Jun tahun lepas.
Dia turut memberitahu akan kembali aktif mewarnai dunia seni selepas perkahwinan dan akan terus aktif berlakon. Jang Nara turut pernah popular menerusi lagu Sweet Dreams sekitar tahun 2002.
Antara drama lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat termasuk Successful Story of a Bright Girl, My Love Patzzi, The Last Empress dan VIP.
Sebelum ini Jang Nara pernah membuat pengakuan tertekan dan berkecil hati dengan komen peminat yang sering bercerita tentang wajahnya yang kelihatan muda daripada usia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fasa tumbesaran daripada alam bayi ke alam dewasa banyak mempengaruhi tekstur dan rona hitam putih ke atas kanvas kulit. Masihkah anda ingat wajah yang rata dan licin sebelum mencapai akil baligh, kemudiannya ditimpa masalah berminyak dan berjerawat? Cuba perhatikan rutin corak pemakanan harian, amalan detoks barangkali berhasil untuk mengeluarkan sisa toksin yang terkumpul.
Kebanyakan makanan di sekeliling kita telah dicemari dengan toksik. Bahan-bahan tercemar ini mudah larut dalam darah dan seterusnya diangkut ke seluruh tubuh. Apa kata jika sesekali lakukan detoks untuk ‘mencuci’ sistem penghadaman dengan cara yang sihat? Selepas melakukan ‘cucian’ perut ini, anda dapat merasa perbezaan ketara pada kulit, ia lebih segar dan bercahaya dari dalam.
DETOKS HUJUNG MINGGU
Makan banyak buah-buahan segar sewaktu bersarapan. Pilihlah yang berwarna cerah seperti kiwi, anggur, mangga, betik, pic, beri, strawberi, pir dan epal.
Jamah segenggam kekacang sebagai snek sarapan bersama teh hijau, teh herba atau air suam.
Sediakan semangkuk salad istimewa untuk makan tengah hari dengan campuran bunga kubis, tomato, timun, brokoli, lada hijau, hirisan lobak, avokado, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun secukupnya, hirisan herba, bawang putih, jus lemon dan cuka.
Waktu snek diisi dengan kuaci, gajus dan biji labu atau pek kecil yogurt tulen sambil menghirup teh hijau atau teh herba.
Buat stim kukus sayur-sayuran segar dan berwarna cerah seperti brokoli, bunga kubis, labu air dan kubis merah dengan herba untuk makan malam.
DETOKS HARIAN
Minum banyak air mineral atau bertapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa dengan memerah jus limau nipis atau rendaman hirisan lemon untuk kelainan.
Tukar amalan meminum kopi dengan teh hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh ‘mencuci’ usus.
Jus buah-buahan pekat dan segar seperti jus lobak, epal, tembikai, betik dan sebagainya sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
Jauhi minuman beralkohol dan berkarbonat kerana ia tinggi acetaldehyde, yang menyebabkan kulit cepat tua dan tinggi kalori. Minuman keras lain seperti wiski, vodka dan gin pula boleh meninggikan kadar insulin.
Banyakkan makanan berunsur buah-buahan, sayuran hijau, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, sudah menginjak 12 tahun usia perkahwinan vokalis kumpulan Ungu, Sigit Purnomo Syamsuddin Said S.A.P. atau Pasha Ungu dengan isteri tersayang, Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa Adel.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata. Selain itu, Adel juga menjadi “ibu sambung” (ibu tiri) kepada tiga orang anak Pasha dari perkahwinan pertamanya.
12 tahun berumah tangga dan melahirkan zuriat dalam jarak yang agak rapat membuatkan Adel sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Namun begitu, Adel kini boleh menarik nafas lega apabila anak-anaknya, Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Princess Kayla Mutiara Pasha kini semakin membesar dengan baik dan memberikan ruang untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang digemarinya.
Baru-baru ini, Adel memaklumkan dirinya dilantik menjadi Pengarah untuk jenama Tudung Sebawang yang turut memasuki pasaran Indonesia. Bermula sebagai individu yang mencuba jenama tersebut, rezeki Adel untuk membawa jenama dari Malaysia itu ke pasaran Indonesia.
“Saya bermula sebagai pelanggan yang mencuba tudung tersebut dan ternyata produknya bagus dan ramai di kalangan warga Indonesia yang bertanya mengenai hijab yang Adel gayakan. Jadi, saya tertarik untuk menjual produk tersebut di Indonesia. Apabila bertemu dengan pengasasnya, Nadea Fauzi, saya yakin untuk berkolaborasi dengannya.
Meskipun pasaran fesyen Muslimah di Indonesia agak maju dan variasi, tapi saya dapat melihat jenama ini berbeza dengan fesyen yang terdapat di Indonesia,” ujar Adel yang menjawat jawatan sebagai Pengarah di Sebawang Indonesia.
Lensa NONA sempat bertemu pasangan selebriti ini di Sebawang 1001 Malam Grand Launching baru-baru ini, Adel dan Pasha sempat meluangkan masa menghiburkan para tetamu yang hadir di majlis memperkenalkan Sebawang Indonesia di samping memperkenalkan koleksi terbaharu jenama tersebut.
Adel turut diajukan persoalan mengenai hubungan akrab dengan anak-anak tirinya yang disifatkan mempunyai hubungan yang akrab dengan mereka. Untuk rekod, Pasha mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Kiesha Alvaro Putra Sigit,Shakinah Azalea Napasha dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha.
Adel bersama 3 orang anak tiri serta bekas isteri Pasha, Okie Agustina
“Di Indonesia, ibu tiri digelar ibu sambung. Sememangnya hubungan saya dengan anak-anak memang akrab.Alhamdulillah, komunikasi juga baik dan anak-anak sudah semakin meningkat dewasa. Mereka juga menunjukkan minat dalam bidang seni dan komunikasi dalam keluarga juga baik,” ujar Adel yang turut membawa empat anaknya bercuti ke Kuala Lumpur selama beberapa hari usai majlis tersebut.
Ketika ditanya mengenai rahsia kecantikan, wanita berusia 34 tahun ini bertuah kerana memiliki wajah yang tidak bermasalah namun masih mementingkan penjagaan wajah dengan caranya yang tersendiri. Sambung Adel lagi, jika mempunyai waktu, dia akan mendapatkan rawatan wajah di klinik kecantikan namun lebih mementingkan penjagaan wajah mengikut rutin yang sesuai.
Minat Adel dalam dunia perniagaan turut mendapat sokongan suami yang memberi sokongan moral terhadap perniagaan yang diusahakan oleh isteri tersayang. Malah menurut vokalis Ungu ini lagi, dia memberi sokongan terhadap minat isterinya dan berterima kasih di atas pengorbanan Adel menguruskan keluarga dan rumah tangga sebaik mungkin.
“Hari ini, saya hadir memberi sokongan terhadap Adel dalam bisnes yang diceburinya. Mudah-mudahan sukses selalu. Saya kira tidak ada masalah untuk Adel menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan pada masa yang sama menguruskan rumahtangga,” ujar Pasha seraya mengakhiri perbualan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2011 dan dikurniakan 4 orang cahayamata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.