
Pada hari ini, kebanyakan individu yang mewarnakan rambut TIDAK mempedulikan rawatan selepas mewarna.
Musim berubah, gaya dan warna rambut turut mendapat tempiasnya. Jika dulu, rambut hitam dianggap seksi dan menawan tapi kini selari dengan trend, warna rambut yang pelbagai dikatakan membuat seseorang itu kelihatan lebih mengikuti peredaran zaman.
Rambut berwarna lebih cepat rosak akibat hilang keanjalan dan kerosakan pada lapisan kutikel. Antara penyebabnya ialah penggunaan bahan kimia berlebihan dalam cecair pewarna dan dandanan berulang. Ini mengakibatkan geseran menggalakkan pemutusan urat rambut.
Jika ingin mewarna rambut, jangan terburu-buru melakukannya. Sebaliknya dapatkan nasihat terlebih dulu. Pastikan rambut sihat dan kuat serta boleh menerima bahan kimia yang digunakan, iaitu peluntur dan pewarna kekal yang mengandungi ammonia dan perosid.
Jika rambut pecah di hujung atau bercabang, tidak bermaya dan kurang menganjal, kemungkinan proses mewarna hanya memburukkan lagi keadaan. Semua gejala itu akhirnya menyukarkan rambut diurus kerana ia kurang lembapan.
Langkah Rawatan Rambut Berwarna
- Kenal pasti jenis masalah rambut.
- Cuci rambut menggunakan syampu khas bagi rambut berwarna.
- Urut kepala bagi melancarkan aliran darah di kepala.
- Cuci rambut sehingga bersih bagi memastikan tidak ada sabun tertinggal di kepala yang akan menyebabkan kelemumur.
- Ratakan ubat khas membuang kimia di seluruh kepala dengan berhati-hati.
- Bungkus kepala dengan plastik supaya ubat itu menyerap dengan baik pada rambut.
- Cuci rambut sehingga bersih.
- Letak dan ratakan serum di seluruh rambut bagi memperbaiki struktur rambut.
Tip Bijak
- Jangan terlalu kerap mewarna rambut.
- Pastikan pewarna tidak menyentuh akar rambut kerana ia boleh merosakkan struktur semula jadi rambut.
- Dapatkan nasihat pakar sebelum mewarna.
- Membaca arahan ditetapkan sebelum mewarna jika ingin melakukannya di rumah.
- Jika ingin mewarnakan rambut di rumah, pastikan anda membaca arahannya terlebih dulu. Jika perlu dapatkan bantuan rakan, tapi bagaimanapun mewarnakan di salon adalah lebih selamat. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Berkongsi posting di akaun Instagramnya, Saida menitipkan ucapan serta doa buat anak sulungnya, Nyssa Ghazali yang cukup menyentuh jiwa. Ucapan dan doa yang sangat bermakna dari seorang ibu buat seorang anak.
Nyssa merupakan zuriat dari pekahwinan Saida yang pertama. Dia dikurniakan dengan empat cahaya mata.
Di posting tersebut, Saida berkongsi beberapa foto ‘throwback’ bersama Nyssa. Jelas terlihat, hubungan ibu dan anak ini sangat rapat. Nyssa juga mewarisi kecantikan ibunya serta manis dipandang.
Tulis Saida di ruangan kapsyen:-
Turut menitipkan ucapan ialah Siti Sairah, adik kepada Saida.
Menurutnya lagi, mereka umpama sahabat baik. Jika bersembang mereka gemar berkongsi tentang kecantikan dan juga fesyen. Itulah persamaan jiwa yang dimiliki oleh ibu dan anak ini.
“Ibu sering berpesan, sentiasa murah dengan senyuman dan hati kena ikhlas. Secara tak langsung kecantikan dalaman dan aura awet muda itu akan terserlah. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsi kepada saya. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri.”
















