Operasi Van Jenazah PERCUMA Milik Noorkhiriah Kini Bermula & Sedia Bantu Yang Memerlukan

Bila sebut nama sahaja Noorkhiriah pasti terbayangkan wataknya sebagai Aishah dalam drama rantaian, Nur dan Nur 2. Jika sebelum ini, Noorkhiriah ada berkongsi tentang niatnya untuk menyediakan perkhimatan van jenazah percuma, kini hasratnya itu sudah terlaksana.

Foto: Instagram @khiriah17
Foto: Instagram @khiriah17

Kongsi wanita kecil molek ini di laman media sosialnya, “Alhamdulillah, sedia berkhidmat, perkhidmatan van jenazah percuma. Bermula Isnin depan (6 Julai 2020). Terima kasih juga kepada yang sudi menyumbang,” tulis Noorkhiriah yang telah bermurah hati untuk menukar kereta mewahnya, MPV Hyundai Grand Starex menjadi van jenazah.

Foto: Instagram @khiriah17

Noorkhiriah juga telah memohon doa agar segala urusannya di permudahkan. “Doakan agar semoga usaha kecil ini dipermudahkan Allah. Terima kasih kepada suami dan jemaah Suaru Al-Ikhlas, Palm Spring. Terima kasih Allah SWT,” coretnya.

Foto: Instagram @khiriah17

Dalam pada itu Noorkhiriah tidak lupa berkongsi nombor untuk dihubungi andai perkhidmatannya diperlukan. “Simpan nombor ini (012-2058005) andai memerlukan pertolongan kami. Doakan kami ya,” jelas isteri kepada Azfaizul Ahtan ini.

Foto: Instagram @khiriah17

Tindakan pelakon ini menukar kereta mewahnya menjadi van jenazah adalah perbuatan yang mulia. “”Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Saya sayang, maka saya jadikan kereta ini sebagai van jenazah,” coret Noorkhiriah di laman Instagramnya.

Foto: Instagram @khiriah17

Noorkhiriah mengharapkan orang ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam melakukan perkara baik. “Saya tak kaya tapi sebelum meninggal dunia saya nak tinggalkan sesuatu buat semua. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri, amin,” coretnya lagi.

Foto: Instagram @khiriah17

Mulia sungguh hati Noorkhiriah sanggup memberi apa yang dia sayang untuk kegunaan perkara yang baik. Semoga lebih ramai lagi insan berhati mulia seperti Noorkhiriah ini.

Foto: Instagram @khiriah17

Noorkhiriah bahagia bersama suaminya dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff. Pada tahun lalu, Noorkhiriah telah mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkatnya.

Foto: Instagram @khiriah17
IKLAN
Share