Paetongtarn Shinawatra, hebatnya sosok PM termuda Thailand yang mampu mengurus negara, gaya dan keluarganya dalam satu masa!
Merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn telah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Chulalongkorn dan memperoleh ijazah dalam Pengurusan Hotel Antarabangsa dari University of Surrey.
Wanita berusia 38 tahun ini dikenali dengan gaya hidup mewah namun tetap mengekalkan imej sebagai wanita berkerjaya dan ibu penyayang. Beliau sering berkongsi momen bersama keluarga, menunjukkan keseimbangan antara tugas negara dan peranan sebagai isteri dan ibu.
Meskipun mewakili sosok figura wanita yang kompleks, mewarisi legasi politik keluarga dan berdepan pelbagai cabaran kepimpinan, namun Paetongtarn tetap menonjolkan sisi keibuan dan keanggunan. Kisah beliau menjadi inspirasi bagi wanita moden yang beraspirasi tinggi dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.
Sebelum bergelar pemimpn dan ahli politik lagi, Paetongtarn terkenal dengan gayanya yang stylish dan mewah.
Walaupun menghadapi pelbagai kontroversi, Paetongtarn berjaya melepasi undi tidak percaya di Parlimen pada Mac 2025 dengan memperoleh 319 undi menyokong daripada 488 ahli parlimen. Namun, beliau terus berdepan kritikan mengenai pengaruh bapanya dalam pentadbiran dan cabaran ekonomi negara.
Seorang yang cantik dan bijak bergaya, ahli politik ini sering menjadi ilham fesyen wanita moden.
Setelah bergelar PM, Paetongtarn gemar mengenakan gaya formal yang stailo ke pejabat. Lari daripada kebiasaan officewear
hitam dan membosankan, beliau lebih senang memakai blazer bermotif yang dihiasi kerongsang berlian. Riasan wajah tipis menyempurnakan kecantikan wanita tersebut.
Jenama blazer pilihan Paetongtarn semestinya yang berjenama mewah. Umpamanya outerwear Gucci ini.
Beliau juga selalu tampil dalam busana tradisional Thailand yang direka khusus. Umpamanya busana Ruean Ton dengan kain nuansa ungu lilac ini dipadukan dengan tas Gucci Jackie mini bag, juga dalam warna sedondon.
Pesona Paetongtarn Shinawatra, hebatnya sosok PM termuda Thailand yang mampu mengurus negara, gaya dan keluarganya dalam satu masa!
Gaya percutian yang lebih santai dan kasual. Paetongtarn dilihat mengenakan celana jeans bersama jaket Miu Miu dan tas Hermes ketika berkunjung ke UK.
Terus menginspirasikan, ibu anak dua itu tampil stylish
dan awet muda bersama kakaknya, Pintongta Shinawatra ketika berkunjung ke Paris. Paetongtarn mengenakan backpack Loro Piana yang dipadu jaket Dior, topi Chanel dan celana kulit hitam.
Paetongtarn menggayakan busana dengan monogram jenama mewah. Antaranya blaus dari jenama ikonik Louis Vuitton ketika liburan ke luar negara.
Selain pakaian branded, anak kepada Thaksin Shinawatra dan isteri kepada Pitaka Suksawat itu juga sering dilihat memakai jam tangan mewah seperti Audemars Piguet Royal Oak.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/deq-nor-feminin-isteri-kepada-cucu-gabenor-sarawak-i-akhirnya-bahagia-temui-jodoh-usia-47/
This website uses cookies.