Pakai Baju Pengantin JALUR GEMILANG, Semangat Patriotik Pasangan Ini Kejutkan Para Tetamu Yang Hadir. Unik Tak?

Macam-macam cara nak abadikan kenangan manis hari perkahwinan, tapi gaya pengantin ini memang lain dari yang lain!

Memilih tarikh keramat 31 Ogos 2017 sebagai hari persandingan, pasangan Syahrul Hisham Abdul Azim dan Nurul Asyikim Zakaria ini tampil unik dengan mengenakan baju pengantin bermotifkan Jalur Gemilang.

Asyikim memilih persalinan kurung ini yang dipadankan dengan tudung berwarna putih dan mahkota untuk upacara resepsi mereka yang bertemakan Merdeka Wedding.

Dalam majlis yang diadakan di Kampung Lembah Pasir Puteh, Kelantan itu, gaya sporting pasangan merpati dua sejoli ini benar-benar mengundang perhatian ramai.

“Kami sengaja pilih tema merdeka sebab cintakan negara ini. Jadi secara tak langsung dapat seru semua orang supaya lebih cintakan makna merdeka dengan cara masing-masing. Selain itu, ia juga menjadi satu sejarah manis untuk kami kerana bersanding pada 31 Ogos 2017,” ujar mereka.

Perkenalan bermula sewaktu Syarul dan Asyikim sama-sama bekerja dalam bidang pengiklanan. Asyikim atau Ekim kini merupakan seorang model Muslimah dan hos Akak Travel.

Kata Ekim lagi, baju yang dipakainya adalah rekaan Mimi Tailor. Selain pasangan pengantin, kelihatan para pengapit juga turut menyerlah dengan selempang Jalur Gemilang.

Jom tengok aksi mereka bersanding semalam, unik habis! Norzalina Mohd Alias

Kredit Foto: Sweet Pictures

IKLAN
Share