Kurang susu badan, tiada masa pam susu dan bayi alah susu ibu, itu antara keluhan yang diutarakan para ibu apabila menyentuh soal penyusuan badan. Disebabkan perkara ini, ada di antara mereka mengambil alternatif memberikan susu formula kepada si kecil. Tiada salahnya pun pemberian susu formula tetapi yang menjadi masalah apabila ibu kurang arif tentang penyusuan bayi hingga menjejaskan kesihatan anak.
DR HAIRIN ANISA TAJUDDIN
Menurut Pengasas Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak ADDA yang juga Pensyarah Pediatrik di Monash University, Dr Hairin Anisa Tajuddin, dia menerima beberapa kes berkaitan bayi dan ibu kebelakangan ini terutamanya mengenai masalah penyusuan.
KES PERTAMA
Kes: Bayi berusia sebulan seperti tidak kenyang menyusu & kerap terjaga menangis selepas disusukan. Ibu anggap anak masih lapar dan memberi campuran susu badan serta susu formula.
Jawapan Dr Hairin:
“Baby memang tak dibedung daripada awal maka anak yang ada involuntary movement (pergerakan otot yang tidak terkawal oleh otak/ tanpa disedari) selalu ‘kaki tangan bergetar’ seperti di dalam video ini bila diletakkan ke bawah setelah tertidur di pangkuan. Then, mak anggap bayi masih tak cukup susu, maka diberikan susu formula.
Ads
Shaking limbs *involuntary movement* yg buat baby rasa takut & feel not safe…crying…bila ibu bedung baby, klu baby terkejut pun at least ada halangan drpd tangan kaki bergetar seperti ini…baby tidur lebih lena. Namun bedung ni selalu disalahanggap, ia tidak perlu dipakai 24 jam, bukalah bedungnya & sarung tangan kakinya bila baby bangun & terjaga utk biasakan bayi bermain2 & bergerak lepas bebas sebagai stimulation kpd otot2nya.
As usual baby memang ada refleks hisapan iaitu sejenis primitive reflex yang semestinya akan buat bayi menghisap apa saja ke dalam mulut. Jadi bayi minum hingga terlebih kenyang. Bayi yang ada GER iaitu Gastroesophageal Reflux, injap esofagus bawah yang lembik menyebabkan bayi mudah muntah atau menjeluak dan bayi boleh dapat radang paru-paru akibat tersedak susu dalam peparu.
Jadi kesimpulannya ibu tak faham bayi telah kenyang dengan susu ibu maka diberi susu formula. Dia tak faham bayi cuma kerap terkejut akibat tak dibedung semasa tidur. Selalunya bayi akan lena di pangkuan ibu sebab tangan kakinya dipeluk tapi bila diletakkan, bayi yang belum betul-betul lena akan mudah terkejut dan menangis semula.”
KES KEDUA
Kes: Ibu enggan beri susu badan kerana susu cair. Bayinya berumur dua bulan mengalami masalah kembung / colic selain sukar menyusu badan, sustained latching dan kerap terlepas.
“Saya check breast ibu dan cuba perah guna tangan. Susunya memancut keluar tapi fore milk iaitu susu awal. Memang agak cair tapi setelah memerah dalam 3 hingga 5 minit, susu yang pekat keluar (hind milk). Saya periksa bayi ada masalah lidah pendek sebab ada tali bawah lidah, tongue tie type 2, restricted pattern atau gerakan lidah terhad.
Ads
Saya terangkan kepada ibu tadi sebab anak sukar menyusu badan bukan kerana susu cair tapi disebabkan tongue tie. Saya terus buat pembedahan kecil untuk putuskan tali bawah lidah dan anak boleh menghisap susu ibu semula dengan teknik craddle & positioning (pegangan bayi & posisi) yang betul.”
KESIMPULAN
Paling penting jika ibu gagal untuk menyusukan badan, kena belajar daripada kesilapan dan cari punca. Usah cepat memberi bayi susu formula.
Jika betul-betul ada masalah pengeluaran susu badan yang sangat kurang dan telah berusaha sedaya upaya tetapi tetap gagal, terima dengan hati terbuka dan mungkin ia bukan rezeki bayi untuk menyusu badan.
Ibu-ibu yang berjaya breastfeeding, jangan menjatuhkan hukuman kepada ibu yang tidak mampu memberi susu ibu sepenuhnya ini sebagai ibu yang gagal atau bersalah.
Sumber: Facebook Hairin Anisa Tajuddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas gandingan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa untuk negara di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menyambung khabar gembira buat peminat sukan tanah air apabila turut berjaya membawa pingat kedua Malaysia untuk edisi Olimpik 2024 kali ini.
Walau meraih pingat gangsa namun kejayaan itu membuatkan seluruh negara bersorak gembira meraikan kemenangan Lee Zii Jia ibarat membawa pulang pingat emas!
Dalam pertemuan mendebarkan Lee Zii Jia menentang pemain dari India, Lakshya Sen itu, anak jati kelahiran Kedah ini membuktikan semangat juang yang tinggi dalam misi memburu pingat buat tanah air.
Meskipun ketinggalan di set pertama, Zii Jia bangkit dalam set kedua dan akhirnya menewaskan pemain ranking ke-16 dunia itu dengan 13-21, 21-16, 21-11.
Syabas dan tahniah buat Lee Zii Jia kerana mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa. Ternyata segala penat lelah dan kerja keras atlet berusia 26 tahun ini membuahkan hasil.
Bertambah kaya-raya Putera William selepas kemangkatan nendanya baru-baru ini. Putera William diramal menjadi lebih kaya apabila bakal mewarisi estet diraja seluas 56,655 hektar dengan nilai mencecah £1 bilion (RM5.2 bilion), lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Kredit foto: Instagram (@princeandprincessofwales)
Menurut laporan Forbes menganggarkan bahawa kekayaan peribadi mendiang Ratu Elizabeth II yang bernilai £433.7 juta (RM2.26 bilion) pada tahun lalu adalah terdiri daripada permata, koleksi seni, pelaburan serta dua kediamannya iaitu Istana Balmoral di Scotland dan Rumah Sandringham di Norfolk.
Putera William ketika istiadat pengebumian diraja mendian Ratu Elizabeth II (Gambar: Getty Images)
Ratu Elizabeth mewarisi kedua-dua harta itu daripada bapanya, Raja George VI.Sebahagian besar kekayaan keluarga diraja Britain berjumlah sekurang-kurangnya £18 bilion (RM93.9 bilion) berupa tanah, harta dan pelaburan kini diwariskan kepada monarki baharu, Raja Charles III dan pewaris-pewarisnya.
Kedudukan sebagai pewaris takhta Britain yang pertama bakal menjadikan Putera Willian sebagai seorang yang lebih kaya apabila mewarisi takhta ayahandanya.
Raja masa depan itu bakal mewarisi harta pusaka Duchy of Cornwall daripada Raja Charles III. Baginda memiliki portfolio hartanah yang meluas meliputi 56,655 hektar yang kebanyakannya terletak di barat daya England.
Kredit foto: Harpers Bazaar US
Hartanah yang dicipta oleh Raja Edward III pada tahun 1337 itu bernilai £1 bilion (RM5.2 bilion), demikian menurut pengiraan untuk tahun kewangan yang lalu. Hasil daripada hartanah itu digunakan untuk membiayai aktiviti awam, swasta dan amal oleh Duke of Cornwall, kata laman webnya. Gelaran itu kini dipegang oleh Putera William. – AGENSI
Sumber: KOSMO
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik, Wan Maryam sudah pun berusia tujuh tahun. Anak kepada usahawan Mawar Karim ini genap mencecah umur tujuh tahun pada 29 Disember lepas. Telatah comel anak selebriti ini di samping ibu tersayang sering menjadi perhatian warga maya terutamanya ketika ibu dan anak ini menikmati percutian.
Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim yang meniti usia 36 tahun merupakan seorang ibu berjiwa kental dan penyayang.
Sejak berpisah dengan bekas suami yang juga selebriti Fizo Omar pada 10 Julai 2019, Mawar tabah merencana masa depan dengan mengusahakan pelbagai cabang perniagaan.
Sepanjang proses penceraian dan diuji kemelut rumah tangga, Mawar enggan menjaja cerita kurang enak mengenai bekas suami untuk meraih populariti. Sebaliknya dia kekal tenang dan menerima perpisahan itu dengan hati terbuka.
Wan Maryam ‘Hadiah’ Terindah
Umum mengetahui menerusi perkahwinan terdahulu, Mawar berdepan kesukaran untuk hamil. Namun dia akhirnya dikurniakan rezeki zuriat dan menimang cahaya mata yang dinanti-nantikan iaitu Wan Maryam ketika usia perkahwinan mencecah empat tahun.
Menatang puteri kesayangan bagai minyak yang penuh, figura ini menyifatkan kehadiran anak kecil berkenaan ibarat anugerah tidak ternilai dalam hidupnya.
Ucapan itu dititipkan Mawar sempena ulang tahun kelahiran Wan Maryam pada 29 Disember lalu.
“Happy birthday to my sweet little girl who turns 7. You’re the best gift I have ever received.”
Produk Mary Yum, Bisnes Untuk Wan Maryam
Tidak pernah puas dengan kejayaan yang diraih selama ini dalam bidang bisnes, Mawar turut dilihat aktif mempromosikan produk makanan berupa chocolate jar di platform TikTok.
Difahamkan produk tersebut diberi nama Mary Yum sempena nama anak tersayang, Wan Maryam.
Mawar yang sebelum ini cukup sinonim dengan jenama tudung eksklusif Fareeda, anak kelahiran Pulau Pinang berkenaan turut menceburi perusahaan emas yang dinamakan Mawar Jewelry.
Idea berniaga emas tercetus ketika pandemik Covid-19. Demi memastikan dia ada pengetahuan luas dalam bidang emas, Mawar turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.