Kurang susu badan, tiada masa pam susu dan bayi alah susu ibu,  itu antara keluhan yang diutarakan para ibu apabila menyentuh soal penyusuan badan. Disebabkan perkara ini, ada di antara mereka mengambil alternatif memberikan susu formula kepada si kecil. Tiada salahnya pun pemberian susu formula tetapi yang menjadi masalah apabila ibu kurang arif tentang penyusuan bayi hingga menjejaskan kesihatan anak.

Pakar Pediatrik Ini Perjelas Sebab Bayi MENANGIS & Konflik Anak Tak Mampu SEDUT SUSU Terus Dari Badan Ibu!
DR HAIRIN ANISA TAJUDDIN

Menurut Pengasas Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak ADDA yang juga Pensyarah Pediatrik di Monash University, Dr Hairin Anisa Tajuddin, dia menerima beberapa kes berkaitan bayi dan ibu kebelakangan ini terutamanya mengenai masalah penyusuan.

IKLAN

KES PERTAMA

Kes: Bayi berusia sebulan seperti tidak kenyang menyusu & kerap terjaga menangis selepas disusukan. Ibu anggap anak masih lapar dan memberi campuran susu badan serta susu formula.

Jawapan Dr Hairin:

“Baby memang tak dibedung daripada awal maka anak yang ada involuntary movement (pergerakan otot yang tidak terkawal oleh otak/ tanpa disedari) selalu ‘kaki tangan bergetar’ seperti di dalam video ini bila diletakkan ke bawah setelah tertidur di pangkuan. Then, mak anggap bayi masih tak cukup susu, maka diberikan susu formula.

Shaking limbs *involuntary movement* yg buat baby rasa takut & feel not safe…crying…bila ibu bedung baby, klu baby terkejut pun at least ada halangan drpd tangan kaki bergetar seperti ini…baby tidur lebih lena. Namun bedung ni selalu disalahanggap, ia tidak perlu dipakai 24 jam, bukalah bedungnya & sarung tangan kakinya bila baby bangun & terjaga utk biasakan bayi bermain2 & bergerak lepas bebas sebagai stimulation kpd otot2nya.

Posted by Hairin Anisa Tajuddin on Tuesday, 12 December 2017

As usual baby memang ada refleks hisapan iaitu sejenis primitive reflex yang semestinya akan buat bayi menghisap apa saja ke dalam mulut. Jadi bayi minum hingga terlebih kenyang. Bayi yang ada GER iaitu Gastroesophageal Reflux, injap esofagus bawah yang lembik menyebabkan bayi mudah muntah atau menjeluak dan bayi boleh dapat radang paru-paru akibat tersedak susu dalam peparu.

Pakar Pediatrik Ini Perjelas Sebab Bayi MENANGIS & Konflik Anak Tak Mampu SEDUT SUSU Terus Dari Badan Ibu!

Jadi kesimpulannya ibu tak faham bayi telah kenyang dengan susu ibu maka diberi susu formula. Dia tak faham bayi cuma kerap terkejut akibat tak dibedung semasa tidur. Selalunya bayi akan lena di pangkuan ibu sebab tangan kakinya dipeluk tapi bila diletakkan, bayi yang belum betul-betul lena akan mudah terkejut dan menangis semula.”

KES KEDUA

Kes: Ibu enggan beri susu badan kerana susu cair. Bayinya berumur dua bulan mengalami masalah kembung / colic selain sukar menyusu badan, sustained latching dan kerap terlepas.

IKLAN

Pakar Pediatrik Ini Perjelas Sebab Bayi MENANGIS & Konflik Anak Tak Mampu SEDUT SUSU Terus Dari Badan Ibu!

Posted by Hairin Anisa Tajuddin on Tuesday, 12 December 2017

Jawapan Dr Hairin:

“Saya check breast ibu dan cuba perah guna tangan. Susunya memancut keluar tapi fore milk iaitu susu awal. Memang agak cair tapi setelah memerah dalam 3 hingga 5 minit, susu yang pekat keluar (hind milk). Saya periksa bayi ada masalah lidah pendek sebab ada tali bawah lidah, tongue tie type 2, restricted pattern atau gerakan lidah terhad.

IKLAN

Saya terangkan kepada ibu tadi sebab anak sukar menyusu badan bukan kerana susu cair tapi disebabkan tongue tie. Saya terus buat pembedahan kecil untuk putuskan tali bawah lidah dan anak boleh menghisap susu ibu semula dengan teknik craddle & positioning (pegangan bayi & posisi) yang betul.”

 

KESIMPULAN

Pakar Pediatrik Ini Perjelas Sebab Bayi MENANGIS & Konflik Anak Tak Mampu SEDUT SUSU Terus Dari Badan Ibu!

  • Paling penting jika ibu gagal untuk menyusukan badan, kena belajar daripada kesilapan dan cari punca. Usah cepat memberi bayi susu formula.
  • Jika betul-betul ada masalah pengeluaran susu badan yang sangat kurang dan telah berusaha sedaya upaya tetapi tetap gagal, terima dengan hati terbuka dan mungkin ia bukan rezeki bayi untuk menyusu badan.
  • Ibu-ibu yang berjaya breastfeeding, jangan menjatuhkan hukuman kepada ibu yang tidak mampu memberi susu ibu sepenuhnya ini sebagai ibu yang gagal atau bersalah.

Sumber: Facebook Hairin Anisa Tajuddin

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI