Nama Sharifah Rose kini bukanlah satu nama asing bagi industri hiburan tanah air, pemilik nama penuh Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini adalah seorang pempengaruh media sosial, model dan pelakon wanita Malaysia.
Lebih menarik lagi, gadis cantik berusia 25 tahun ini rupanya adalah gadis kacukkan yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa. Sharifah Rose memulakan karier awalnya sebagai model dan pempengaruh media sosial sekitar tahun 2016.
Populariti Sharifah Rose Kian Memuncak
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose membuat kemunculan sulung menerusi muzik video berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali. Kini Sharifah Rose terus mengorak langkah dalam industri sebagai anak seni.
Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil, apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela. Bagaimanapun, enggan mendabik dada Rose berharap agar anugerah yang diterimanya menjadi sebuah permulaan yang baik bagi kerjaya seninya.
“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.
“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan.
Ads
“Kejayaaan ini adalah kejayaan kita bersama dan Rose pasti dengan kemenangan ini kita dapat memberikan inspirasi kepada satu sama lain.”
‘Natural Beauty’
Terdahulu, Sharifah Rose ada berkongsi satu video tutorial makeup di Instagram. Video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka.
Sambil tersemyum manis, Sharifah Rose memulakan tutorial dengan wajah yang polos. Memang natural beauty!
Ramai yang terpegun dengan kecantikan asli Sharifah Rose. Bertuahnya Sharifah Rose memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah kulit.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Tak ketinggalan, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen-komen pujian buat Sharifah Rose antaranya Mawar Rashid dan Nabila Razali.
Usahawan Tudung
Ads
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Pasangan yang berkahwin tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata. Tetapi apa yang kita rancang, hanya Tuhan yang menentukan. Ada yang bunting pelamin, ada yang hamil selepas beberapa bulan, beberapa tahun malah ada yang menunggu lebih 10 tahun untuk mendapat cahaya mata.
Bila dah lama menunggu, ada yang membuat keputusan untuk tanya Mr. Google rawatan-rawatan yang boleh membantu untuk merealisasikan hajat untuk memiliki anak. Mulalah keluar rawatan-rawatan tradisional seperti mengurut, berbekam malah ada yang sibuk menjual produk yang tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia!
Melalui perkongsian Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat di laman FBnya, Dr Hamid dengan paparan infografik ‘Pak Bidan’ berkongsi pelbagai tips untuk menjaga kesihatan terutamanya melibatkan tumor dan cyst.
Punca terjadi adenomyosis dan fibroid?
Genetik dan keturunan – Jika ada di antara ahli keluarga yang ditimpa penyakit tersebut, 10% kemungkinan akan berlaku kepada ahli keluarga lain.
Lemah imuniti – Stress, obesiti, makan makanan tidak berkhasiat, kurang zat dan vitamin khususnya vitamin C dan logam menyebabkan badan mudah ditimpa penyakit.
Tidak cukup rehat dan tidur – Pernah dengar orang kata tidur lapan jam sehari? Inilah sebabnya!
Tidak bersenam – Amalan bersenam 30 minit sehari boleh membantu kita mendapat tubuh yang lebih sihat.
Terdedah kepada radiasi, elektrik, pencemaran, kimia dan bunyi bising – Sebaiknya, kurangkan aktiviti melibatkan perkara-perkara di atas. Cuma sikit-sikit, lama-lama nanti akan terbiasa!
Tidak cukup minum air – Lapan gelas sehari sudah mencukupi. Air kosong ya, bukan air manis!
Kurang makan sayur dan buah-buahan – Vitamin yang terkandung di dalam sayur-sayuran hijau khususnya serta buah-buahan boleh menjadi hidangan yang bagus untuk anda dan seisi keluarga
Suka makan junk food dan makanan segera – A big NO! Terlalu banyak makanan yang boleh dipilih, cuma perlu memilih dengan bijak.
APA NASIHAT PAK BIDAN?
Pengambilan multivitamin, Obimin, Prenavit dan Proviton
Vitamin C satu gram
Vitamin E pada kadar 400 IU
Extra virgin olive oil
Cuka epal satu sudu besar bercampur madu
Makan ubi rebus dan sayur pucuk daun ubi
Minum teh durian belanda
Amalkan minum daun serai
PALING PENTING, DIET!
Sumber: FB Dr Hamid Arshat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jatuh cinta tengok kecantikan aktres kelahiran Venezuela ini Ketika membintangi telenovela popular, La Usurpadora ini sekitar tahun 1998. Kemunculan Gabriela Spanic yang melakonkan dua watak utama, Paulina Martinez dan Paola Bracho waktu itu meninggalkan kesan di hati penonton hingga ke hari ini.
Kini selepas 24 tahun berlalu, Gabriela Elena Spanic Utrera atau lebih dikenali sebagai Gaby terus mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan nyanyian. Malah, dia turut mempamerkan bakat tarian dalam sebuah pertandingan. Serba boleh!
Rupa paras cantik Gaby ketika telenovela La UsurpadoraRupa paras cantik Gaby ketika telenovela La Usurpadora
Dilahirkan pada 10 Disember 1973, Gaby bakal mencecah usia 49 tahun. Dia merupakan model, penyanyi dan pelakon kelahiran Venezuela. Gaby juga mempunyai kembar bernama Daniela Spanic, adik perempuan Patricia Spanic dan seorang adik lelaki, Antonio Spanic.
Mereka ialah keturunan Venezuela-Croatia dan anak kepada pasangan Casimiro Spanic dan Norma Utrera. Bapa mereka berasal dari Croatia manakala ibunya pula kelahiran Venezuela. Datuk, nenek dan bapa Gaby berhijrah dari Croatia ke Venezuela pada tahun 1947.
Prevnews melaporkan selebriti ini pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi tetapi pengajiannya terganggu dek kerana Gaby mahu meneruskan karier lakonan.
Gaby (kanan) di samping kembarnya, Daniela
Kerjaya seni Gaby bermula selepas dia menyertai pertandingan Miss Venezuela pada tahun 1992 yang menjadi batu loncatan kepadanya untuk menceburi bidang lakonan.
Dia muncul dalam telenovela pertamanya, Morena Clara dengan melakonkan watak antagonis, Linda Prado. Selepas kejayaan membintangi beberapa telenovela di negara kelahiran, Gaby melebarkan sayap ke Mexico dan diberi kepercayaan melakonkan dua watak utama dalam telenovela Mexico, La Usurpadora pada tahun 1998.
Ia sekaligus menjadi langkah permulaannya untuk ke peringkat antarabangsa.
Gaby SpanicWajah terkini GabyWajah terkini GabyWajah terkini GabyBersama anak tersayang
Tidak dinafikan, penangan telenovela La Usurpadora mencetus fenomena tersendiri di Malaysia. Kerana rupa paras dan bakat para pelakon serta jalan cerita yang menarik, penonton sanggup mengikuti sehingga 102 episod!
Pada tahun 2008, Gaby melahirkan seorang anak lelaki dinamakan Gabriel de Jesus Spanic.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
9 Syawal menjadi tarikh paling bermakna buat pelakon popular, Mira Filzah apabila selamat bergelar seorang ibu. Mira selamat melahirkan zuriat sulungnya itu tepat jam 3.40 pagi. Lebih mengujakan ialah bayi mereka itu berkongsi tarikh sama dengan Mira iaitu 9 Syawal (mengikut kalender Islam).
Berita gembira ini telah dikongsi oleh suami Mira iaitu Wan Emir Astar melalui satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi. Wan Emir memaklumkan isterinya itu selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka tepat jam 3.40 pagi.
Wan Emir turut menyatakan isteri dan bayi lelaki mereka itu kini berada dalam keadaan sangat baik.
Pastinya Syawal tahun ini lebih meriah dengan kehadiran cucu dalam keluarga sebelah Mira dan juga Wan Emir.
“Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW. Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.”
Wan Emir tidak lupa untuk menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengirimkan doa serta harapan terhadap perkahwinan mereka.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA.”
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini.
Semoga cahaya mata sulung mereka itu menjadi anak yang soleh buat ibu ayah.
Untuk rekod, Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar bertunang pada 17 Julai 2020 dan sah bergelar suami isteri pada 3 September 2020. Majlis pernikahan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Manakala majlis resepsi berlangsung di Le Meridian, Putrajaya serta A-Park, Pulau Meranti Puchong.
Wan Emir adalah anak sulung kepada Datin Mastura Mohd Yazid yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Wan Emir bersama ibu tercinta, Datin Mastura Mohd Yazid.
Kredit Foto: Instagram Wan Emir Astar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.