Panorama Indah Lautan Pasifik Jadi Tarikan Utama Rumah Agam Milik Alicia Keys

Indahnya kediaman mewah milik pelantun vokal Girl On Fire, Alicia Keys ini. Wanita yang menginjak usia 40 tahun ini mempunyai citarasa yang hebat untuk rumah agam yang didiami bersama keluarga tersayang.


Indah sungguh lokasi bilik tidurnya, sebaik bangun daripada tidur mata menyaksikan keindahan lautan biru yang luas terbentang. Kediaman yang terkenal dengan nama Razor House ini memiliki 6 bilik tidur dan 2 master suite.


Rumah agam ini telah direka oleh arkitek terkenal, Wallace E Cunningham. Lihat saja foto kediaman mewah isteri kepada Swizz Beatz ini.


Kediaman mewah yang berlokasi di utara San Diego, California ini dibina di tepi tebing bukit bersaksikan panorama indah Lautan Pasifik.


Nama Alicia begitu sukses dalam bidang muzik antarabangsa dan mula menjadi artis rakaman ketika usianya 15 tahun. Tidak perlu menunggu lama untuk berjaya, Alicia berjaya menggondol 5 anugerah di acara Grammy Awards 2002; Song of The Year, Best R&B Song, Best R&B Performance, Best R&B Album dan Best New Artist menerusi album pertamanya, Song In A Minor. Alicia kembali mengulangi kejayaannya melalui album kedua dan seterusnya.


Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh ibu kepada dua orang anak lelaki ini, Egypt Daoud Dean dan Genesis Ali Dean melayakkannya memiliki aset terbaik di Amerika Syarikat. Alicia telah membeli hartanah yang bernilai RM85 juta (USD20 juta). Kediaman mewah yang berlokasi di utara San Diego, California ini dibina di tepi tebing bukit bersaksikan panorama indah Lautan Pasifik.

IKLAN
Share