Ads

Panorama Indah Lautan Pasifik Jadi Tarikan Utama Rumah Agam Milik Alicia Keys

Indahnya kediaman mewah milik pelantun vokal Girl On Fire, Alicia Keys ini. Wanita yang menginjak usia 40 tahun ini mempunyai citarasa yang hebat untuk rumah agam yang didiami bersama keluarga tersayang.

Panorama Indah Lautan Pasifik  Jadi Tarikan Utama  Rumah Agam  Milik Alicia Keys
Indah sungguh lokasi bilik tidurnya, sebaik bangun daripada tidur mata menyaksikan keindahan lautan biru yang luas terbentang. Kediaman yang terkenal dengan nama Razor House ini memiliki 6 bilik tidur dan 2 master suite.

Panorama Indah Lautan Pasifik  Jadi Tarikan Utama  Rumah Agam  Milik Alicia KeysPanorama Indah Lautan Pasifik  Jadi Tarikan Utama  Rumah Agam  Milik Alicia Keys Panorama Indah Lautan Pasifik  Jadi Tarikan Utama  Rumah Agam  Milik Alicia Keys
Rumah agam ini telah direka oleh arkitek terkenal, Wallace E Cunningham. Lihat saja foto kediaman mewah isteri kepada Swizz Beatz ini.

Ads

Panorama Indah Lautan Pasifik  Jadi Tarikan Utama  Rumah Agam  Milik Alicia Keys
Kediaman mewah yang berlokasi di utara San Diego, California ini dibina di tepi tebing bukit bersaksikan panorama indah Lautan Pasifik.

Ads

Panorama Indah Lautan Pasifik  Jadi Tarikan Utama  Rumah Agam  Milik Alicia KeysPanorama Indah Lautan Pasifik  Jadi Tarikan Utama  Rumah Agam  Milik Alicia Keys
Nama Alicia begitu sukses dalam bidang muzik antarabangsa dan mula menjadi artis rakaman ketika usianya 15 tahun. Tidak perlu menunggu lama untuk berjaya, Alicia berjaya menggondol 5 anugerah di acara Grammy Awards 2002; Song of The Year, Best R&B Song, Best R&B Performance, Best R&B Album dan Best New Artist menerusi album pertamanya, Song In A Minor. Alicia kembali mengulangi kejayaannya melalui album kedua dan seterusnya.

Ads

Panorama Indah Lautan Pasifik  Jadi Tarikan Utama  Rumah Agam  Milik Alicia Keys
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh ibu kepada dua orang anak lelaki ini, Egypt Daoud Dean dan Genesis Ali Dean melayakkannya memiliki aset terbaik di Amerika Syarikat. Alicia telah membeli hartanah yang bernilai RM85 juta (USD20 juta). Kediaman mewah yang berlokasi di utara San Diego, California ini dibina di tepi tebing bukit bersaksikan panorama indah Lautan Pasifik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Taufik Batisah Bukti Lelaki Setia, Teman Isteri 6 Kali IVF &...

Kisah Taufik Batisah menyentuh hati ramai apabila beliau setia menemani isteri melalui 6 rawatan IVF dan pernah alami keguguran, bukti cinta tanpa syarat.