Gaya Hidup

PARIS HILTON Umum Kelahiran Anak. Sambut Bayi Lelaki Guna Khidmat Ibu Tumpang

Nampaknya impian Paris Hilton untuk bergelar ibu terlaksana hari ini apabila dia memuat naik khabar gembira tersebut di laman Instagram miliknya mengumumkanĀ  dirinya kini menyandang status baru. Isteri kepada Carter Reum itu memuat naik foto jemari mungil bayinya itu di laman Instagram miliknya.

You are already loved beyond words šŸ’™

Memetik majalahĀ People,

anak pertama Paris Hilton dan suami tersayang, Carter Reum merupakan seorang bayi lelaki yang menggunakan khidmat seorang ibu tumpangan atau surrogate mother.

Pada usia 41 tahun, impian Paris Hilton untuk bergelar ibu terlaksana walaupun dia terpaksa menggunakan khidmat ibu tumpangan.Ā  Paris Hilton sudah beberapa kali mengutarakan keinginan untuk menjadi seorang ibu.

Bahkan dalam podcast The Trend Reporter with Mara pada Januari 2021,Ā  Paris mengungkapĀ  kesediaan dirinya dan Carter Reum menjalani proses in vitro fertilization (IVF) atau bayi tabung uji. KetikaĀ  itu, Paris telah melalui prosedur ekstraksi sel telur.

ā€œKami melakukan IVF agar aku boleh memilih anak kembar, kalau aku suka,ā€ kata cicit Conrad Hilton, pemilik rangkaian hotel terkemuka itu.

Paris HiltonĀ  bergelar isteri pada usia 40 tahun selepas berkahwin dengan kekasihnya, Carter Reum dalam satu majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat pada 11 November 2021.

Hilton dan Reum telah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu. Namun mereka hanya menjalinkan hubungan cinta sejak 2019 sebelum mengikat tali pertunangan sejak Februari tahun lalu.

Ā 

IKLAN
Share