Nampaknya impian Paris Hilton untuk bergelar ibu terlaksana hari ini apabila dia memuat naik khabar gembira tersebut di laman Instagram miliknya mengumumkan dirinya kini menyandang status baru. Isteri kepada Carter Reum itu memuat naik foto jemari mungil bayinya itu di laman Instagram miliknya.
IKLAN
You are already loved beyond words 💙
Memetik majalah People, anak pertama Paris Hilton dan suami tersayang, Carter Reum merupakan seorang bayi lelaki yang menggunakan khidmat seorang ibu tumpangan atau surrogate mother.
Pada usia 41 tahun, impian Paris Hilton untuk bergelar ibu terlaksana walaupun dia terpaksa menggunakan khidmat ibu tumpangan. Paris Hilton sudah beberapa kali mengutarakan keinginan untuk menjadi seorang ibu.
Bahkan dalam podcast The Trend Reporter with Mara pada Januari 2021, Paris mengungkap kesediaan dirinya dan Carter Reum menjalani proses in vitro fertilization (IVF) atau bayi tabung uji. Ketika itu, Paris telah melalui prosedur ekstraksi sel telur.
IKLAN
“Kami melakukan IVF agar aku boleh memilih anak kembar, kalau aku suka,” kata cicit Conrad Hilton, pemilik rangkaian hotel terkemuka itu.
IKLAN
Paris Hilton bergelar isteri pada usia 40 tahun selepas berkahwin dengan kekasihnya, Carter Reum dalam satu majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat pada 11 November 2021.
Hilton dan Reum telah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu. Namun mereka hanya menjalinkan hubungan cinta sejak 2019 sebelum mengikat tali pertunangan sejak Februari tahun lalu.
Percayakah anda, bahawa anda mampu mempengaruhi jantina bayi yang dikandung melalui diet sebelum hamil? Ya, sebuah kajian telah menemukan bukti kukuh bahawa semakin banyak makanan tinggi tenaga diambil sewaktu fasa pranatal, maka semakin tinggilah potensi si ibu untuk mendapatkan anak lelaki. Justeru bagi bakal-bakal ibu yang berhasrat untuk mendapatkan cahaya mata lelaki, usah malas bersarapan dan makanlah banyak pisang!
Sejak zaman-berzaman, pelbagai teori untuk mendapatkan bayi lelaki telah dipraktik meskipun kesahihannya meragukan. Pada abad ke-18, pasangan yang terdesak untuk memiliki anak lelaki sanggup berbuat apa sahaja seperti membuang buah zakar kiri seperti yang dicadangkan oleh pakar anatomi Perancis, Procope-Couteau. Namun selepas melalui pelbagai penyelidikan, pakar-pakar percaya bahawa perkara paling berpengaruh untuk menentukan jantina sebenar bayi adalah kandungan DNA di dalam sperma.
Sewaktu hamil, jantina ditentukan oleh ciri-ciri kromosom iaitu sperma suami yang membawa kromosom X dan Y yang seterusnya menentukan sama ada bayi akan menjadi lelaki atau perempuan. Ovum anda pula hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri, anda akan mendapat sama ada XY (bayi lelaki) atau XX (bayi perempuan).
Terkini, kajian jurnal Proceedings of the Royal Society B pula menunjukkan bahawa bakal-bakal ibu yang mengamalkan diet tinggi kalori sewaktu proses pembentukan bayi lelaki boleh meningkatkan peluangnya sebanyak 56 peratus. Selain mengambil makanan yang berkalori, wanita yang mendapat bayi lelaki juga turut didapati mengambil kuantiti nutrien yang tinggi seperti potasium, kalsium, vitamin C, E dan B12 sebelum hamil lagi.
Di dalam erti kata lain, ikhtiar untuk mendapatkan bayi lelaki boleh dilakukan seawal mungkin dengan cara menikmati sarapan seperti bijirin, mengudap pisang, menggunakan lebih garam dan meningkatkan pengambilan kalori harian sehingga 400 kalori berbanding biasa. Diet-diet ini dikenali sebagai IG Diet, French Diet dan Boy/Girl Diet. Namun sebelum memulakan sebarang program diet, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor kerana diet yang disarankan tidak menjamin kejayaan memperolehi jantina bayi yang diimpikan.
DIET BAYI LELAKI
Cadangan pemakanan untuk mendapatkan bayi lelaki ialah dengan menambah lebih kalori sehingga 2500 kalori setiap hari termasuk sarapan pagi. Bakal-bakal ibu juga disaran agar mengambil makanan tinggi kalium dan garam untuk mengubah kimia tubuh agar lebih beralkali dan mesra dengan sperma. Sementara itu, French Diet pula mengesyorkan anda makan pisang, minum kopi dan minuman bergas, daging serta ikan masin. Anda juga harus mengelak daripada meminum susu dan sebarang makanan tenusu. Diet ini dicadangkan kira-kira sebulan sebelum hamil dan berterusan sehinggalah anda hamil.
KUNCI: Beralkali, tinggi potasium dan sodium. Diet tinggi kalori juga mesti diamalkan.
DIET BAYI PEREMPUAN
Berlawanan dengan diet di atas, diet untuk mendapatkan bayi perempuan pula menuntut bakal-bakal ibu agar mengurang atau mengelakkan makanan bergaram, yis, daging, ikan, kopi dan minuman bergas. Anda disyorkan untuk makan lebih banyak makanan tenusu seperti aiskrim, keju dan yogurt, minum susu, strawberi, bawang, bawang putih, sawi dan buah pir. Ini kerana, anda perlu memastikan agar kimia tubuh dalam keadaan berasid.
KUNCI: Makanan berasid, tinggi kalsium dan magnesium. Diet yang diamalkan juga mesti rendah sodium, potasium dan kafein.
TIP
Untuk mendapatkan anak lelaki, suami anda digalakkan untuk minum minuman berkafein seperti kopi kira-kira sejam sebelum melakukan hubungan seks untuk merangsang sperma Y agar lebih aktif.
Makanan yang berasid seperti buah limau, nanas, mangga, cuka dan minuman bergas perlu dielakkan selama dua bulan sebelum mencuba.
Wanita dan barang kemas memang sukar dipisahkan. Perhiasan barangan kemas ini dikatakan mampu menaikkan seri wajah. Sejak akhir-akhir ini trend memakai barang kemas semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba nama ‘Pulut Dakap’ menjadi sebutan dan bermain di bibir penggemar barangan kemas.
Jika dulu emas kuning menjadi pilihan wanita yang lebih berusia mungkin kerana nilainya yang tinggi dan kini wanita muda semakin meminati emas. Mungkin sebagai pelaburan jangka panjang atau mungkin rekaan barangan kemas kini yang mengikut peredaran semasa.
Sebenarnya pemilihan barang kemas ada caranya. Tak sangka warna urat kita merupakan cara yang tepat untuk memilih barangan kemas. Patutlah kadang-kadang tengok sesetengah orang pakai barangan kemas cantik saja dan setengah orang pakai tak naik seri.
Foto: Instagram @datoserivida
PERIKSA WARNA URAT
Bawah cahaya matahari, tengok warna urat pada pergelangan tangan. Jika nadi berwarna biru, bermakna anda memiliki jenis kulit sejuk. Jika urat berwarna hijau pula anda memiliki tona kulit panas. Jika keliru kerana kadang-kala urat anda kelihatan hijau dan kadang-kala berwarna biru? Itu bermakna anda neutral!
Kulit tona sejuk = Barang kemas perak (silver/emas putih)
Kulit tona panas = Barang kemas asli (emas kuning)
Neutral = Bertuah! Sesuai sama ada memakai barang kemas rona perak mahupun emas kuning.
Henry Golding mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas tampil di kaca TV buat pertama kali dalam rancangan 8TV Quickie bersama dengan hos-hos terkenal seperti Marion Counter, Hunny Madu, Aishah Sinclair dan ramai lagi.
Selepas beberapa ketika, kini Henry Golding mula meletakkan jejak di persada Hollywood, menempah dari satu ke satu projek filem antarabangsa bermula dengan Crazy Rich Asians, A Simple Favor, Last Christmas, The Gentleman, Snake Eyes dan yang terbaru Persuasion yang kini sudah ditayangkan di Netflix.
Persona bintang kelahiran Betong, Sarawak berumur 35 tahun ini sememangnya tidak dapat dinafikan, apatah lagi personalitinya yang ‘charming’ dan merendah diri, kini menjadi antara aset kebanggaan Malaysia. Selain dari kejayaannya di pentas lakonan antarabangsa, sudah pastinya kisah peribadi Henry Golding juga tidak terlepas dari lensa dan pena media terutama sekali melibatkan hal rumahtangganya.
Sudah berkahwin dan memiliki seorng cahaya mata, pasti ramai yang tertanya siapakah gerangan permata hati yang berjaya menambat hati serta tulang belakang kepada Henry Golding. Bukan saja jelita dan menawan, rupa-rupanya isteri kepada Henry Golding ini juga bukan calang-calang.
Ini dia beberapa fakta tentang Liv Lo Golding, isteri kepada Henry yang perlu anda tahu.
Liv Lo, lahir pada 21 Mei 1985 di Taichung City, Taiwan merupakan seorang usahawan, pengasas, duta jenama Taiwan dan penggemar kecergasan. Dia juga seorang pelakon, model dan hos.
Liv Lo seorang yang sangat aktif dan yoga menjadi salah satu rutin harian kegemarannya. Liv Lo juga seorang guru yoga berjaya untuk Tonal serta fasilitator pernafasan untuk Sacred Breath Academy.
Liv juga seorang yang sangat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan. Dia bukan sahaja mengajar yoga, Liv juga banyak merakam video kecergasan di YouTube dan menghasilkan kelas kecergasan langganan yang dipanggil FitSphere.
3. mengejutkan tetapi berdasarkan sumber, Liv Lo yang memulakan langkah pertama mengurat Henry. Liv dan Henry bertemu lebih sedekad yang lalu, pada majlis hari jadi rakan di Singapura pada malam sambutan Tahun Baru 2011. “Saya tahu anda perasan saya tetapi tidak memperkenalkan diri anda,” ulas Liv lagi. Sejurus selepas itu, mereka memulakan perhubungan jarak jauh—Lo tinggal di Tokyo, manakala Golding berada di Singapura—sebelum mereka membuat keputusan untuk berpindah bersama.
4. Mereka bertunang pada 2015 di Phuket, Thailand dan berkahwin pada 2016 di Sarawak, Malaysia.
5. Liv dan Henry menyambut cahaya mata perempuan pertama mereka yang diberi nama Lyla, pada Mac 2021.
6. Liv juga seorang yang handal bergaya dan sering kali tampil menawan apabila menemani Henry Golding ketika karpet merah, majlis anugerah serta majlis tayangan filem. Lihat saja stail dan gaya Liv. Dia sendiri persis bintang popular Hollywood.
Mungkinkah kita akan lihat Liv Lo mengikut jejak langkah suaminya berlakon. Sama-sama kita nantikan.
Kredit foto: Instagram (@henrygolding & @livlogolding)