Pateemoh Sadeeyamu, mencipta sejarah tersendiri di Thailand apabila dilantik sebagai Gabenor wanita Islam pertama di negara yang diberi jolokan gajah putih itu.
Pateemoh, 57, merupakan antara 37 pegawai tinggi dari Kementerian Dalam Negeri (Interior Ministry) Thailand yang dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan gabenor pada bulan lepas.
Bekas Timbalan Gabenor Phatthalung, Narathiwat dan Yala itu mempunyai pengalaman luas dan pemahanan mendalam akan empat wilayah di selatan itu. Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah agensi kerajaan tempatan yang menyelaraskan pentadbiran wilayah sempadan selatan.
Pateemoh turut berterima kasih dengan lantikannya sebagai gabenor di Pattani.
“Ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap golongan wanita dalam menerajui kerajaan tempatan khususnya di selatan Thailand.
Ads
“Saya berharap lantikan ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan wanita bukan sahaja di selatan Thailand tetapi seluruh negara untuk membina kerjaya dan profesion dan sekaligus membukti wanita setanding dengan lelaki dalam setiap aspek,” katanya.
Pateemoh Sadeeyamu komited dalam membanteras penyalahgunaan dan penagihan dadah sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.
Pateemoh, Gabenor Pattani yang baharu mahu bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk membasmi penyalahgunaan dadah khususnya di kalangan belia.
Ads
“Kajian mendapati dadah adalah masalah utama mengancam keselamatan negara dan merosakkan masa depan para belia di empat wilayah di selatan Thailand.
“Statistik daripada pihak penjara mendapati 80 peratus banduan terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah di selatan Thailand. Sehubungan itu, membasmi penyalahgunaan dadah merupakan salah satu fokus saya,” katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Pateemoh berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan termasuk Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark untuk mengkaji semula peraturan dan polisi kerajaan dalam usaha memerangi gejala penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Ads
Selain itu, beliau berikrar untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan taraf hidup penduduk tempatan.
Sementara itu, Pengarah Deep South Watch, satu kumpulan pemikir yang memantau keganasan di selatan, Dr Srisompob Jitpiromsri berkata lantikan Pateemoh merupakan petanda positif bahawa kerajaan prihatin dan komited untuk membawa pembangunan ke wilayah paling selatan di Thailand.
“Ini merupakan satu titik permulaan yang baik. Pateemoh akan memainkan peranan yang penting untuk membangun Pattani dan juga membawa kedamaian di wilayah selatan,” katanya.
Sumber: BERNAMA/AGENSI.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman buat pertama kalinya dilihat hadir ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu bagi memberi semangat kepada anak lelakinya itu, yang berdepan kes dadah.
Sebaik Yasin, 48, dibawa masuk ke kandang tertuduh, Suzanah Abdullah, 73, mendekati anaknya itu untuk bertanya khabar.
Foto: Harian Metro
Sesekali dia membelai Yasin yang kelihatan semakin berisi selepas dirawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak pada Jun lalu.
Sementara itu, adik Yasin, Marwan Sulaiman, 31, berkata, walaupun kesihatan ibu tidak begitu baik, namun tetap hadir ke mahkamah kerana mahu memastikan pelantun lagu ‘Mimpi Laila’ tersebut berada dalam keadaan baik.
“Mengenangkan usianya melewati 70 tahun dan agak uzur, namun ibu selalu menziarahi Yasin di penjara dan ini kali pertama dia menjejakkan kaki di mahkamah,” katanya.
Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengadakan pertemuan bersama ibu serta keluarga Yasin baru-baru ini.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa terkejut, tergamam dan marah… Rata-ratanya yang membaca sharing Fynn Jamal semalam pasti merasai perasaan serupa.
Kisah seorang gadis yang menghantar Direct Message secara peribadi kepadanya, mengadu tentang peristiwa ‘diintai’ oleh bapa sendiri semasa mandi membayangkan betapa sakitnya masyarakat hari ini.
Susulan isu ‘Perogol Dalam Rumah’ yang Nona hadiri minggu lalu, kes yang diketengahkan oleh Fynn Jamal tersebut membuktikan kewujudan ‘penjenayah’ di kalangan ahli keluarga sendiri.
Baca komen padu selebriti berniqab ini untuk gadis tersebut. Semoga mangsa yang membaca cepat-cepat bertindak menyelamatkan diri sebelum terlewat! Norzalina Mohd Alias
========================
fynnjamal GET. OUT. OF. YOUR. HOUSE.
.
it has stopped being your home the moment all this began.
.
pilihan yg wujud apabila kau sedari kau dijahati ahli keluarga sendiri ada dua:
.
1) cakap
2) keluar
.
pilihan pertama: speak up
.
akan ada dua kemungkinan.
1) kena tuduh menipu
2) diberitahu yg mereka tau
.
pilihan kedua: get out
.
boleh explain kenapa pd famili. boleh juga tak explain. just cakap pada famili yg kita minta perlindungan. nenek. atok. makcik. sapa2. tell them so you can get out.
.
ye. kemungkinan org tak percaya tu ada. nak pulak kita jenis nakal. ada je drama dari dulu. so nak cerita— siapa je nak percaya.
.
so bila kau rasa TAK ADA SATU PUN yg sudi nak dengar masalah kau—
ada dua pilihan.
.
1) polis
2) talian nur
.
report polis tak semestinya akan ada tangkapan. kdg2 dia bantu buat siasatan. kalau nak mengadu dan kaunseling, call talian nur di 15999. dari mana2 jenis fon. JUST CALL.
.
tell them what you feel. rasa tak selamat. rasa takut. rasa apa sahaja.
.
KECUALI rasa kotor. sebab for whatever reasons kau dijahati— it is THE RIGHTS of the child to feel safe at home.
.
it is YOUR RIGHTS to feel safe.
.
may الله save us all, my darling sisters, from the evil doings of our family members nauzubillah.
.
and mothers,
stay alert.
dan SEBAGAIMANA kau sayang suami kau—
please dont call your children liars when they go to you.
.
the least you can do is siasat sama2.
.
kalau tak mampu buat apa2—
listen.
.
sorry guys. so emotional today. sbb selalu sgt dpt kes macam ni. last2 anak tu kena je hadap. sbb takde tempat nak pergi.
.
end up pregnant.
pastu aku kena uruskan lagi.
.
allahu akbar.
ya الله,
save us from ourselves.
========================
Perkongsian ini turut mendapat banyak komen daripada followers beliau, antaranya berkongsi situasi sama yang pernah dilalui sewaktu remaja. Sebuah isu dalam kain yang serius sebenarnya.
Fynn Jamal merupakan selebriti tanah air yang menceburi pelbagai bidang seperti nyanyian, penulisan kreatif, dan juga perniagaan. Kerjaya Fynn Jamal bermula sebagai penyanyi, pelakon teater, penulis lirik dan penerbit muzik.
Namun kini, beliau lebih selesa menjadi pendidik, motivator, penulis dan pereka fesyen Muslimah. Beliau menamatkan pengajian ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana di Universiti Sains Malaysia.
Fynn Jamal sering dijemput untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahan beliau kepada mentauhidkan Allah, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah sosial yang melibatkan remaja seperti kehamilan dan peranan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak autisme.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan situasi yang dihadapi penyanyi dan composer, Zee Avi mengalami masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu dan memaksanya menggunakan alat bantuan pendengaran selama 13 jam sehari. Zee Avi, 37 tahun atau nama sebenarnya Izyan Alirahman mendedahkan dia kini menggunakan alat bantuan pendengaran di kedua belah telinganya sejak setahun lalu.
“Ada yang memanggil saya ‘pekak’ dan saya terpaksa telan. Walaupun perkataan pekak itu agak sensitif untuk kebanyakan orang sebab kesukaran pendengaran ini ada banyak tahap”, jelas Zee Avi menerusi temubual media bersama Harian Metro.
“Sekarang ini 13 jam saya perlu pakai alat bantuan pendengaran ini, kalau tidur tak pakai. Bila bangun saja terus pakai. Kalau tak pakai bunyinya macam dalam otak. Jadi, rasanya sangat sunyi. Namun saya sangat bersyukur disebabkan teknologi alat ini jadi tak nampak pun sebenarnya kalau saya pakai,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Zee, selepas mengalami masalah pendengaran dia mula menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Zee yang baru saja mendirikan rumah tangga pada November tahun lepas juga turut mengakui produktiviti dirinya sebagai penyanyi dan pemuzik turut terjejas.
“Bila mereka kuatkan sikit suara, mereka dah rasa macam menjerit jadi saya tak mahu lakukan itu kepada kawan saya. Lama kelamaan saya akan rasa malas nak bagi tahu. Setiap kali kalau saya pergi mesyuarat dengan menteri atau orang penting takkan saya nak bagi tahu mereka supaya kuatkan suara.
Dalam masa sama, Zee yang popular menerusi lagu Kantoi berkata sokongan moral terutama daripada ahli keluarga dan suami membuatkan dirinya nekad untuk mendapatkan bantuan daripada audiologis di Global Hearing Care Centre GHCC), Wangsa Maju. Ia Bermula dengan sesi ujian pendengaran dan konsultasi, Zee akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.
“GHCC menawarkan servis alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa, serta konsultasi masalah pendengaran selain menjadi pengedar beberapa jenama terkemuka Alat Bantu Pendengaran seperti Bernafon, Oticon, Phonak & Widex.” katanya. NONA mendoakan agar semua urusan Zee Avi dipermudahkan.
Sumber: Harian Metro (Terima kasih Sudirman) | Kredit foto: Instagram (@zee.avi)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.