Gaya Hidup

Patutlah Orang Perempuan Suka Duduk Lama-Lama Di Dapur, Rupanya PEKERJAAN INI Boleh Atasi Stres!

Bagi segelintir lelaki, mencuci pinggan mangkuk merupakan suatu pekerjaan yang remeh kerana biasanya wanita saja yang suka melakukan pekerjaan ini.

Namun sebenarnya, aktiviti mencuci ini sangat bermanfaat untuk tubuh. Selain dapat membersihkan pinggan mangkuk yang digunakan, ia juga boleh mengatasi stres.

Dari sebuah kajian yang dilakukan oleh Florida State University, Amerika Syarikat, orang yang sedang mengalami banyak tekanan digalakkan untuk mencuci pinggan mangkuk.

Kata Dr. Adam Hanley, pekerjaan ini boleh mengurangkan stres hingga 27% jika dilakukan dengan fokus dan sabar.

Bayangkan dinginnya air yang mengalir, aroma sabun pencuci dan gerakan tangan sewaktu mencuci dipercayai baik untuk mengurangkan beban fikiran.

Nah, tak hairanlah kenapa kita suka sangat mencuci pinggan, kan? Kadang-kadang sempat mengelamun lagi! Teringat waktu zaman anak dara dulu, sanggup cuci pinggan banyak kali di dapur untuk sembunyikan sifat pemalu. Rupanya bawa maksud ini ya? Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share