Arab Saudi merupakan negara yang dikenali sebagai negara yang mengenakan pelbagai terhadap wanita dan juga satu-satunya negara di dunia ini yang mengharamkan golongan wanita daripada memandu kenderaan.
Namun Raja Arab Saudi, Raja Salman telah mengeluarkan dekri diraja yang akhirnya memberi kebenaran kepada wanita untuk memandu, dan langkah itu mendapat sambutan daripada rakyat tempatan serta masyarakat antarabangsa. Kini, negara konservatif itu dilihat semakin terbuka untuk bergerak ke arah kemodenan dan mengambil inisiatif (secara berperingkat) untuk pemerkasaan wanita.
Terbaharu, seramai 32 wanita Arab Saudi dipilih sebagai pemandu Kereta Api Ekspres Haramain yang beroperasi antara Mekah dan Madinah menerusi Jeddah. Kesemua wanita itu menerima kelayakan tersebut daripada Politeknik Laluan Kereta Api Arab Saudi (SRP) di bawah Syarikat Kereta Api Arab Saudi.
Ads
Lapor portal Saudi Gazette, kumpulan wanita itu mula bekerja selepas dilatih oleh pakar SRP selama lebih 12 bulan. Beberapa wanita yang ditemubual oleh Agensi Berita Saudi (SPA) meluahkan rasa bangga apabila berpeluang menceburi kerjaya itu.
Seorang wanita terbabit, Tharaa Ali Alzahrani berasa gembira dan bersyukur menjadi antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.
Ads
“Sejak SRP mengumumkan peluang pekerjaan ini pada Januari lalu, saya terus memohonnya. Selepas menjalani sesi temuduga dan ujian, saya dipilih sebagai antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.
Ads
“Ini membantu saya mencapai cita-cita untuk berkhidmat kepada negara,” katanya.
Menurut Tharaa, semua calon dipilih sebagai pemandu sudah melengkapkan latihan teori dan praktikal berkaitan sistem keselamatan selain turut menjalani latihan memandu kereta api.
Seorang lagi calon dipilih, Rotella Yasser Najjar berkata, latihan kepimpinan itu memberi peluang kepada wanita Arab Saudi dan memperkasakan diri golongan tersebut untuk bekerja di pelbagai lokasi bagi berkhidmat kepada negara.
“Ia termasuk projek Kereta Api Haramain yang menyediakan pengangkutan kepada jemaah haji dan umrah serta pengunjung ke Masjidil Haram,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam diam, rupa-rupanya Sharifah Amani sudah pun berbadan dua. Berita gembira mengenai kehamilan sulung pelakon ini bagaimana pun baru saja diumumkan kepada khalayak beberapa hari lepas.
Menerusi perkongsian Sharifah Amani Syed Zainal Rashid atau mesra disapa Nani di media sosial, jelas kelihatan baby bump bintang filem Sepet tersebut. Malah video yang dimuat naik Nani dan suami juga meraih hampir sejuta tontonan!
Kelihatan adik-beradik, ibu bapa, kenalan rapat Nani turut sebak menerima kejutan daripada anak kepada pelakon dan guru lakon, Fatimah Abu Bakar ini apabila dimaklumkan mengenai kandungannya.
Rata-rata peminat dan followers setia melahirkan rasa teruja dengan khabar gembira berkenaan. Tidak kurang juga rakan-rakan artis yang mendoakan kesihatan ibu dan bayi.
Lebih istimewa, selepas mengumumkan dirinya sedang hamil anak sulung pelakon berbakat besar ini juga meraikan ulang tahun kelahiran suami tersayang iaitu Ahmed Faris Amir yang ke-36.
“Happy birthday bapak anak I. Best gila bercinta dengan you. Terima kasih for everything. May everything be eased and may all your dreams come true. InsyaAllah. I love you, Med Faris.”
Nani merupakan adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Aleya. Selain Aleya, dia juga mempunyai adik perempuan yang bergiat aktif sebagai pelakon iaitu Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, UNICEF Malaysia melancarkan kempen Picture My Rights #aShotatLife bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak dan cabaran yang memberi kesan kepada mereka.
Peraduan ini merupakan platform buat golongan muda berkongsi kreativiti, keberanian dan keyakinan dalam membantu mengubah dunia di sekeliling mereka. Menurut Ketua Komunikasi dan Advokasi Awam UNICEF Malaysia Marc Vegara, dengan adanya kemajuan teknologi, ini bermakna golongan muda mempunyai peralatan serta sokongan dalam menyuarakan isu-isu yang dipercayai.
Marc Vegara, Ketua Komunikasi dan Advokasi Awam UNICEF Malaysia.
“Kami ingin mereka mengembangkan kreativiti, supaya mereka boleh menunjukkan gambaran yang menarik dan menceritakan bagaimana golongan muda melihat hak-hak mereka di Malaysia hari ini. Kami ingin mereka mengambil gambar demi kehidupan,” ujarnya.
Perkara 13 dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak menyatakan bahawa mereka berhak mempunyai kebebasan bersuara melalui apa-apa yang dipilih oleh kanak-kanak itu.
‘Picture My Rights’ mengajak golongan muda untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai hak kanak-kanak dan isu-isu yang penting kepada mereka melalui saluran media dalam bentuk gambar/foto. Golongan muda yang berumur 13 hingga 24 tahun dan menetap di Malaysia dijemput untuk menghantar gambar yang menunjukkan salah satu daripada lima tema berbeza.
Peluang yang adil & Martabat: Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilayan dengan hormat tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau kerakyatan, mahupun jika mereka kekurangan anggota badan atau mental. Mereka berhak menjalani kehidupan dengan bermaruah.
Pembangunan & Daya tahan: Tempat perlindungan, makanan berkhasiat, air yang bersih, rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan adalah keperluan asas kepada setiap kanak-kanak untuk teruskan kehidupan dan berkembang maju. Mereka mempunyai hak untuk membesar dalam keadaan bersih, selamat dan sihat.
Pendidikan: Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti – bukan hanya merujuk di sekolah sahaja. Pendidikan kanak-kanak perlu merangkumi pembentukan personaliti dan kebolehan serta membantu mereka dalam menghormati sesama insan, budaya dan persekitaran alam.
Perlindungan daripada keganasan: Kanak-kanak tidak sepatutnya mengalami penderaan, buli, keganasan seksual, eksploitasi atau pengabaian – sama ada di rumah, di sekolah, di institusi ataupun di dalam talian. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada kecederaan atau dilayan dengan teruk dalam apa jua cara.
Penyertaan: Kanak-kanak berhak untuk menyuarakan pendapat secara terbuka, terutama isu yang memberi kesan kepada mereka. Mereka berhak untuk berkongsikan pendapat melalui saluran media seperti fotografi, lukisan, penulisan atau apa-apa cara sekalipun, melainkan ia mencederakan orang lain.
Marc Vergara juga berkata, “Penglibatan kanak-kanak merupakan prinsip utama kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Penyertaan kanak-kanak dalam kempen ini membuka peluang untuk mereka bersuara mengenai isu dan keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka, mempelajari skil baru sambil berseronok, serta mendekatkan jalinan hubungan kepada komuniti. Melalui ‘Picture My Rights’, kami ingin memupuk golongan muda Malaysia untuk berkongsikan idea mereka secara terbuka, serta tunjukkan kami kehidupan anda melalui lensa kamera.”
Kempen ini berlangsung selama dua (2) bulan, bermula dari 17 Julai hingga 20 September 2023, dan mengajak golongan muda serta kanak-kanak untuk menyiarkan gambar yang terbaik di platform Instagram sendiri beserta kapsyen yang mengandungi hastag #PictureMyRights dan #AShotatLife. Buat mereka yang tidak mempunyai akaun Instagram, atau akaun Instagram dalam tetapan privasi, sila hantar gambar melalui e-mel mediakl@unicef.org.
Gambar dan kapsyen terbaik berpeluang untuk memenangi empat (4) buah iPhone 14s, dengan dua (2) pemenang diberikan kepada setiap kategori umur (13-17 tahun dan 18-24 tahun). Penyertaan yang menang juga akan dipaparkan dalam pameran maya khas Hari Kanak-Kanak Sedunia pada November 2023.
Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November bagi memperingati penerimaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Sebagai perjanjian hak asasi manusia yang paling banyak disahkan dalam sejarah, CRC adalah perjanjian antarabangsa yang menggariskan pelbagai hak yang harus dinikmati oleh kanak-kanak seperti, berkembang, belajar, bermain, dan capai potensi penuh mereka. Malaysia meratifikasi CRC pada tahun 1995, dengan tempahan kekal kepada lima (5) perkara. Ini merupakan peraduan gambar kanak-kanak ‘Picture My Rights’ yang ketiga. Yang pertama adalah pada tahun 2014, manakala yang kedua pada tahun 2017.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sambutan tahun baharu pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa, 33, nampaknya disulami berita sedih apabila dia memaklumkan bahawa dirinya mengalami keguguran anak keduanya baru-baru ini.
Difahamkan aktress Indonesia ini sedang melalui trimester pertama kehamilannya.
The unpredictable news and might be a very unwanted one was ; ‘we’ve Lost the pregnancy’ on the first trimester
we felt deeply saddened , there was a big moment of reflection until right now , however we’ve came back stronger than ever as Family of 3
“It doesnt matter how long you are spending on the earth , how much money you have gathered, or how much attention you have received, it’s the amount of Positive vibration you have Radiated in Life that matters” Amit Ray
My inner strength is knowing when i should take a Break , and relax , don’t forget to live Life.. because the good times of today , are the sad thought of Tomorrow :,)
Perkongsian itu mengejutkan banyak pihak, tatkala ramai selebriti berkongsikan berita gembira dan impian mereka sempena kedatangan tahun baharu, lapor Suara.com.
“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.
“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Sebagai penutup hantaran yang dimuat naik itu, Acha yang pernah membintangi filem Heart, mengharapkan semua supaya menikmati kehidupan di tahun baharu.
“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula.
“Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” katanya.
Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta. Meniti usia 32 tahun, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Bridgia Kalina Kharisma atau Brie. Acha dan Vicky bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya., Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.