Sekejap sungguh masa berlalu, jika dahulu kita sering melihat figura genit ini menghiburkan kita dalam setiap naskah drama dan filem yang dibintanginya, hingga membuatkan ramai tak keruan melihat kecomelan raut wajah serta kepetahan yang dimilikinnya.
Kini, personaliti media sosial yang dahulunya merupakan pelakon cilik Malaysia, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan atau lebih mesra disapa sebagai Mia Sara sudah pun menjadi anak gadis berusia 19 tahun.
Malah, semakin mempersona dengan penampilan yang lebih bersesuiaian dengan gadis seusianya. Walaupun berhijab, mia tidak tidak terikat untuk berfesyen, beliau semakin bijak menatarias gaya sehingga berjaya menarik perhatian wargamaya!
Macam Barbie Doll Muslimah
Ads
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Mia memaparkan dirinya sedang menggayakan baju dengan corak warna warni yang begitu meriah, sekaligus membuatkan dia terlihat persis anak patung Barbie dalam solekan minimalis namun menyerlahkan persona wajah remajanya.
Video berkenaan dirakam Mia sewaktu bersama seorang rakan baiknya yang juga merupakan influencer media sosial, Liya Maisarah ketika mereka sedang menjalani sebuah photoshoot bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dan penampilan Mia, kebanyakan netizen bersetuju bahawa penampilan Mia kini lebih menarik dan menyerlah berbanding sebelumnya.
Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk memiliki baju yang diperagakan oleh Mia.
Ads
Cantiknya Mia Sara!
Walaupun meraih banyak pujian, namun terdapat juga segelintir netizen yang masih ‘sakit mata’ dan bertindak mengecam penampilan Mia akibat pemakaian tudung pendek dan tidak menutupi aset berharga miliknya.
Oleh itu, marilah kita mendoakan semoga Mia Sara mendapat hidayah menjadi seorang muslimah yang mengikut tuntutan syariah, berhijab dan menutup aura dengan sempurna, sebagaimana yang telah disrankan oleh agama Islam, agar tidak terus menerus mengundang kecaman dari warga maya.
Untuk rekod, Mia telah bergiat aktif dalam industri seni tanah air sejak 2008 lagi. Ketika itu usianya baru mencecah tiga tahun. Antara drama dan filem popular yang telah dilakonkan oleh Mia adalah Papa I Love You, Strawberi & Karipap serta Nur Kasih The Movie.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser pangkal rahim merupakan salah satu penyakit kanser yang serius daripada 200 jenis penyakit kanser di dunia. Hampir 650 orang mati setiap hari di seluruh dunia dan hampir 240,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh kanser serviks.Kanser yang sering dikaitkan dengan kaum wanita ini dikatakan kanser alat kelamin yang menjadi pembunuh utama wanita.
Ujian pap adalah satu ujian yang ringkas yang biasanya dilakukan untuk mengesan sel-sel serviks yang abnormal atau berkanser. Oleh itu, ujian pap boleh mengesan perubahan serviks sebelum ia berkembang menjadi kanser. Ujian ini berjaya mengurangkan kematian akibat kanser serviks. Ia mula digunakan secara meluas pada tahun 1950an. Antara tahun 1950 hingga 1970, bilangan kematian akibat kanser serviks di Amerika Syarikat berkurangan sebanyak 70 peratus.
Apakah kanser serviks?
Kanser serviks adalah salah satu daripada 200 jenis kanser dan berlaku dalam serviks iaitu bahagian uterus yang berbentuk kon yang menyambungkan bahagian atas uterus (rahim) dengan vagina (faraj)
Kanser serviks terjadi apabila sel-sel abnormal di dalam lapisan serviks mula membiak secara tidak terkawal sebagai gerak balas kepada jangkitan HPV. Sel-sel serviks yang abnormal boleh berkumpul untuk membentuk gumpalan yang disebut sebagai tumor. Tumor yang benigna (tidak berkanser) pula merebak dari puncanya dan membesar sehingga menjadi kanser yang mengancam nyawa.
Penyebab kanser serviks
Hampir kesemua kanser serviks disebabkan oleh sejenis human papillomavirus (HPV) iaitu virus biasa yang menjangkiti kira-kira separuh manusia pafda suatu ketika dalam hidup mereka.
Lebih dua per tiga dari kanser serviks disebabkan oleh HPV berisiko tinggi jenis 16 dan 18
Dalam suatu kajian antarabangsa di kalangan wanita yang menghidap kanser serviks di 22 negara, lebih 90 peratus wanita di Asia Selatan (India, Indonesia, Filipina dan Thailand) berjangkit dengan HPV terutamanya jenis 16 dan 18.
Bagaimana kanser ini dirawat?
Terdapat beberapa rawatan yang boleh didapati bagi lesi serviks yang berupa kanser atau prakanser. Dalam setiap keadaan, seseorang wanita dan penyediaan penjagaan kesihatannya dapat menentukan rawatan paling sesuai.
Peringkat prainvasif – Apabila kanser telah menyerang hanya lapisan luar serviks, pembedahan laser yang menggunakan laser untuk menghapuskan sel-sel yang abnormal perlu dilakukan.
Kriopembedahan yang menghapuskan lesi kanser dan prakanser dengan membekukannya.
Prosedur eksisi pembedahan gelung (loop electrosurgical excision procedure LEEP) yang menggunakan gelung dawai yang halus untuk memotong bahagian yang mengandungi sel-sel abnormal untuk dibuang dari serviks.
Biopsi kon yang membuang tisu berbentuk kon dari serviks melalui pembedahan.
Peringkat invasif apabila kanser memasuki serviks dan mungkin juga tisu dan organ yang lain, rawatannya boleh merangkumi sinaran yang menggunakan tenaga tinggi untuk mengecilkan tumor, kemoterapi yang menggunakan ubat antikanser yang mampu merawat semua bahagian tubuh untuk membunuh sel serta histerektomi yang boleh dilakukan dengan dua cara bergantung kepada keterukan kanser.
Histerektomi ringkas ialah pembuangan kanser serviks dan uterus
Histerektomi radikal melibatkan pembuangan serviks, uterus dan sebahagian vagina dan nodus limfa di bahagian yang berkenaan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahasa cinta adalah luahan kata-kata serta perbuatan yang nampak mudah namun cukup memberi makna. Yang susahnya ialah mencari bahasa cinta yang paling tepat buat pasangan.
Setiap orang memiliki bahasa cintanya yang tersendiri. Tetapi seiring dengan perubahan umur, bahasa cinta boleh berubah. Apabila pasangan saling jatuh cinta, kedua-duanya mula memahami dan mendalami bahasa cinta masing-masing.
Justeru, pilihlah bahasa cinta yang tepat untuk pasangan anda agar terciptanya bahagia. Dr Gary Chapman yang terkenal dengan rangkaian bukunya, 5 Love Languages menulis tentang 5 bahasa cinta yang paling asas iaitu:
UNGKAPAN CINTA
Sebelum tidur masing-masing melafazkan ucapan terima kasih atas kebaikan pasangan yang telah dilakukan pada hari itu. Ambil juga peluang untuk meminta maaf atas kekhilafan yang terjadi. Ungkapan cinta juga bermaksud memberi sokongan dan hormat kepada pasangan.
LAYANAN
Cinta tidak cukup dengan hanya luahan kata-kata. Sesetengah orang akan lebih merasai cinta apabila diberikan layanan terbaik oleh pasangan mahupun keluarga. Sudah tentu seseorang itu mengharapkan pasangannya memberi layanan paling istimewa buat dirinya.
PEMBERIAN HADIAH
Ada yang menjadikan amalan pemberian hadiah sebagai tradisi bagi melambangkan bahasa cinta. Maka ungkapan terima kasih, penghargaan, rasa hormat serta layanan istimewa akan lebih bermakna dengan pemberian hadiah. Tidak semestinya hadiah mahal, cukup sekadar pemberian kecil sebagai tanda cinta dan perhatian.
WAKTU BERKUALITI
Dua perkara penting yang menentukan arah perjalanan kita iaitu masa dan bagaimana kita memanfaatkannya. Tuntutan keperluan hidup seringkali mengganggu sebahagian besar waktu dan kita harus bijak mengambil peluang. Bagi pasangan, waktu berkualiti ialah saat berduaan tanpa gangguan.
SENTUHAN MESRA
Ada pasangan yang suka disentuh dan dibelai sebagai bukti cinta. Berikan saja, bukankah permintaan itu paling mudah lebih-lebih lagi ia tidak memerlukan tenaga dan kos?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertemuan paling epik dalam sejarah apabila dua ikon wanita yang memegang rekod Wanita Tertinggi Dunia dan Wanita Terpendek Dunia dilihat minum petang bersama.
Pertemuan minum petang di antara Rumeysa Gelgi, pembangun web dari Turkiye yang berusia 27 tahun dan pelakon India, Jyoti Amge, 30, tersebut diatur sempena sambutan ulang tahun ke-20 Hari Rekod Dunia Guinness (GWR).
Dua wanita pemegang rekod dunia itu dilihat bertukar cerita serta pengalaman hidup di hotel The Savoy, London.
Rumeysa Gelgi memegang rekod sebagai wanita tertinggi di dunia pada ketinggian 215.16 sentimeter (sm), manakala Jyoti Amge ialah wanita terpendek dengan ketinggian hanya 62.8 sm.
“Ia sangat menakjubkan bertemu Jyoti, buat kali pertama. Sukar untuk kami bertentang mata disebabkan perbezaan ketinggian kami, tetapi ia perasaan yang hebat.
Apapun kami memang mempunyai persamaan. Kami berdua suka bersolek, menjaga diri dan menatarias kuku,” kata Rumeysa.
Jyoti pula berkata, dia sudah biasa mendongak dan melihat orang yang lebih tinggi daripadanya, tetapi kali ini sangat gembira melihat wanita tertinggi di dunia.
“Saya gembira kerana saya bertemu dengan Rumeysa, dia sangat baik, dan saya berasa sangat selesa bercakap dengannya,” katanya.
Rumeysa menghidap penyakit jarang jumpa dipanggil Sindrom Weaver yang menyebabkan pertumbuhannya dipercepatkan dan kecacatan rangka. Untuk rekod dia adalah satu daripada 27 kes sama pernah didiagnosis, dan dia adalah kes pertama seumpamanya di Turkiye.
Dia menggunakan kerusi roda dan hanya boleh berdiri menggunakan alat bantu pejalan kaki untuk jangka masa yang singkat.
Jyoti pula yang memainkan watak Ma Petite dalam siri televisyen di Amerika Syarikat (AS) iaitu American Horror Story, mempunyai tubuh kerdil yang dikenali sebagai achondroplasia.
Mereka turut diberi penghormatan sebagai ikon GWR dalam edisi ulang tahun ke-70 buku rekod dunia itu.