Pelakon Winter Sonata Ini Kejut Peminat Bila Umum Hamil Kali Pertama Di Usia 44 Tahun

Ini lah yang dikatakan rezeki tak pernah salah alamat. Kalau sudah dinamakan rezeki, cepat atau lambat, muda atau berusia pasti dapat melalui pengalaman bayi membesar dalam rahim selama 9 bulan.

Sudah pasti berita gembira ini mampu buat semua wanita yang bergelar isteri umpama berada di awang-awangan apatah sudah lama mengharapkan suara tangisan bayi memecah suasana di kediaman bersama suami tercinta. Ini yang mungkin dirasakan oleh pelakon utama drama Korea, Winter Sonata yang begitu popular pada tahun 2002 ini.

Sebelum ini pelakon cantik ini dilaporkan telah berkahwin secara rahsia bersama pemuda pilihan hatinya di usia 43 tahun. Suami yang dikahwini oleh salah seorang wanita tercantik Korea Selatan ini berlangsung secara sederhana pada 29 Mac 2018 lalu.

Suami kepada selebriti yang bernama Choi Ji Woo ini difahamkan bukan datang di kalangan selebriti Korea biarpun sebelum itu pelakon tinggi lampai ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor popular Korea, Ji Woon.

 

Kini seluruh peminat drama Korea Stairway to Heaven ini sekali lagi dikejutkan dengan khabar gembira apabila agensi pelakon jelita itu mendedahkan bahawa aktres tersebut sedang hamil anak pertamanya.

Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh agensi Choi Ji-Woon iaitu YG Entertainment, pelakon tersebut begitu gembira menerima berita tersebut dan sedang fokus untuk menjaga kandungannya. Sudah pasti Choi Ji Woon teruja dan mungkin begitu berhati-hati dengan kandungannya itu kerana ini merupakan kali pertama hamil ditambah pula pada usia 44 tahun.

Menurut kenyataan daripada agensi itu lagi, pelakon cantik yang telah melibatkan diri di dalam industri hiburan Korea sejak dari tahun 1994 ini akan melahirkan anaknya pada bulan Mei tahun ini. Tak lama lagi nampaknya!

Sumber: Sinar Harian
Foto: Instagram @choijiwoo_cjw & @polarhis

IKLAN
Share