Gaya Hidup

Peluang Bercuti Di Lebih 3 Ribu Hotel & Resort Seluruh Dunia, Ini Istimewanya Jadi Ahli KELAB PERCUTIAN SGI!

Melancong sememangnya salah satu aktiviti kegemaran rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada melancong di dalam mahupun luar negara, pelbagai faktor perlu diambil kira antaranya termasuklah perbelanjaan tambang, makan minum serta penginapan. Umum mengetahui bahawa kos penginapan menyumbang kepada perbelanjaan yang besar dalam bajet percutian terutamanya jika melancong ke luar negara.

Kami ingin memperkenalkan kelab percutian yang mungkin menjadi pilihan anda untuk pelancongan yang seterusnya. SGI Vacation Club Berhad (SGI VC), merupakan anak syarikat OSK Holdings Berhad yang menyediakan program kelab percutian di bawah unit Hospitalitinya.

Ia ditubuhkan pada September 2001 dan kini merupakan kelab percutian yang terkemuka dan pernah memenangi anugerah di Malaysia. Mana tidaknya, ahli SGI VC dapat menikmati penginapan tempatan dan lebih 3,000 hotel dan resort berkualiti di seluruh dunia dengan sebuah syarikat kerjasama atau global exchange partner iaitu Interval International.

Malah, penulis turut diberi peluang untuk merasai pengalaman bercuti ke Swiss-Villas, Damai Laut, Perak yang dikendalikan di bawah SGI VC baru-baru ini. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Swiss-Villas, Damai Laut mengambil masa tiga jam setengah sambil perjalanan ditemani dengan suasana kampung yang mendamaikan. Setibanya kami di Swiss-Villas, Damai Laut, kami disambut dengan keramahan kakitangan SGI VC yang sedia membantu dalam proses daftar masuk.

Penginapan kami yang  menghadapi kehijauan hutan dan suasana yang mendamaikan, bersama dengan kedua-dua bilik, ruang tamu dan dapur yang berteraskan konsep kontemporari ini sememangnya amat selesa. Anda boleh menginap vila ini secara berkumpulan ataupun dengan keluarga anda kerana ia turut menyediakan kemudahan asas dan memasak yang lengkap.

Selain itu, terdapat 4 penginapan yang lain di bawah Kelab Percutian ini – Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, di Perak, Swiss-Villas Damai Laut, di Perak, Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur dan SGI Vacation Club Melaka.

Selain daripada penginapan di vila, ahli SGI VC juga boleh memilih penginapan apartment, resort ataupun hotel mengikut cita rasa dan keselesaan ahli. Selain menjanjikan penginapan yang selesa, ahli boleh memilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SGI VC antaranya termasuklah jungle trekking, memancing dari atas bot atau jeti, karaoke dan pelbagai jenis aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain.

Jika anda merupakan peminat sukan golf, ia turut menyediakan sebuah padang golf 18-lubang pemenang anugerah yang menghadapi keindahan laut Pulau Pangkor!

Bagi ahli yang datang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil pula, pasti keseronokan di kolam renang yang berada di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut  secara percuma atau Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut dengan bayaran minima boleh dijadikan pilihan untuk melakukan aktiviti untuk seisi keluarga. Di samping itu, usah risau soal makanan kerana beberapa restoran di resort menyajikan hidangan tempatan dan barat dengan harga yang berpatutan.

Kini, terdapat lebih 12,000 ahli SGI VC telah mendapat manfaat percutian idaman selepas pendaftaran.

NONA sempat bertemu dengan seorang ahli SGI VC, Datuk Abd Halim Ahmad yang telah menjadi ahli sejak 2011.

“Sebagai seorang pesara, antara aktiviti yang sering dilakukan adalah melancong. Secara amnya, kos penginapan terutamanya di luar negara memakan belanja yang besar. Tetapi sejak menyertai SGI VC, ia memudahkan perancangan untuk penginapan dan saya dapat melancong dengan lebih teratur mengikut kesesuaian.

Malah fees yang dikenakan juga amat berpatutan untuk tempoh jangka masa yang panjang dan ia merupakan pelaburan yang terbaik bagi individu yang gemar melancong,” ujar Datuk Abd Halim yang ternyata berpuas hati dengan pelaburan percutian beliau.

“Mungkin ramai merasakan yuran perkhidmatan yang dikenakan agak mahal, tetapi sebenarnya jumlah yang dibayar adalah untuk tempoh 30 tahun itu adalah amat berbaloi. Sebagai contoh saya mengambil keahlian jenis Platinum Odd bernilai RM19,000 pada tahun 2011 untuk 30 tahun.

Sekiranya, saya melancong ke luar negara untuk 4-star quality hotel dan kos penginapan yang dikenakan tanpa menggunakan keahlian SGI VC ini akan menyebabkan kos percutian saya meningkat yang disebabkan oleh kadar inflasi yang tidak tetap. Justeru, saya berterim kasih kerana diperkenalkan terhadap SGI VC,” ujar Datuk Abd Halim yang telah menggunakan kemudahan itu untuk melancong di dalam mahupun di luar negara.

Bagi Wan Noor Sheila Mior Sharifuddin pula, keputusan menyertai SGI VC sebelum mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang merupakan keputusan yang tepat diambil olehnya memandangkan kedua-duanya gemar melancong.

Saya menyertai SGI VC pada tahun 2008 selepas mengikat tali pertunangan. Kami amat tertarik menyertainya selepas mendengar penerangan panjang lebar dari kakitangan SGI VC  mengenai keistimewaan yang bakal kami perolehi,” ujarnya yang mendaftar keahlian jenis Platinum Full bernilai RM25 ribu.

Tambah Sheila lagi, sepanjang hampir 10 tahun menjadi ahli SGI VC, telah banyak kemudahan dan keistimewaan digunakan untuk memudahkan mereka bercuti bersama keluarga dan sahabat handai.

“Sememangnya kami amat berpuas hati dengan segala kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di mana setahun kami diberi 14 malam penginapan di hotel dan resort terpilih di dalam dan luar negara setiap tahun.

Ia amat sesuai untuk individu yang gemar melancong dan kos penginapan dengan kelab percutian adalah lebih rendah berbanding dengan penempahan secara langsung dan penjimatan kos ini pula boleh disalurkan untuk perbelanjaan percutian yang lain-lain,” ujar Sheila yang telah menggunakan kemudahan ini untuk melancong di dalam dan luar negara.

Semua harga keahlian yang dinyatakan oleh ahli-ahli SGI VC merupakan harga terdahulu untuk Skim Pertama Keahlian SGI VC. Akan tetapi, SGI VC akan memberhentikan penjualan Skim Pertama Keahlian SGI VC dan telah melancarkan penjualan Skim Kedua Keahlian SGI VC yang terkini pada 1 Disember 2018. Skim Kedua ini akan memperkenalkan keahlian dengan tempoh yang lebih pendek iaitu 15 tahun berbanding dengan Skim Pertamanya.

SGI VC mempunyai lima pejabat jualan di seluruh Malaysia manakala ibu pejabat terletak di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Skim Kedua Keahlian SGI VC, sila layari laman web www.sgivacationclub.com ataupun emel marketing@sgivacationclub.com untuk mendapatkan informasi terkini mengenai keahlian yang ditawarkan.

 

 

IKLAN
Share