Pemangku Raja Pahang, TENGKU HASSANAL Sumbang Elaun Diraja 6 Bulan Ke Tabung Covid-19 Pahang

Selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos demi meringankan beban kerajaan menangani Covid-19… semalam, anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyalurkan Elaun Diraja baginda selama enam bulan kepada Tabung Covid-19 Pahang.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman menerusi satu kenyataan media berkata untuk tujuan tersebut baginda tidak akan mengambil bayaran elaun itu bermula April 2020 sehingga September 2020.

“Baginda berharap agar bantuan-bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung Covid-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.

Baginda turut bertitah supaya seluruh rakyat Pahang sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga serta menjaga kebersihan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kredit instagram @istana negara
Kredit instagram @this.7
Kredit instagram @this.7
Kredit instagram @this.7

Pemangku Raja Pahang juga mendoakan kesejahteraan pesakit Covid-19 di seluruh Malaysia termasuk di Pahang khasnya diberi kesembuhan segera oleh Allah SWT.

Selain berharap kesemua petugas barisan hadapan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.”

Pada 29 Januari 2019, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang di Istana Abu Bakar. Dalam istiadat tersebut, baginda diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dalam melaksanakan tanggungjawab, tugas dan amanah dengan penuh ketakwaan.

Kredit instagram @istana negara

Kredit instagram @this.7

Titah Al-Sultan Abdullah, “Jangan sesekali paduka anakanda bersikap riak dan angkuh. Ambillah resmi padi, makin berisi makin menunduk.”

Berhubung penularan wabak Covid-19 ketika ini, KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong sedang menjalani tempoh kuarantin diri sehingga 9 April ini selepas kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.

 

IKLAN
Share