Kerajaan Thailand sedang berdukacita atas pemergian Ratu Sirikit Kitiyakara. Baginda merupakan permaisuri Raja Bhumibol Adulyadej serta bonda kepada Raja Vajiralongkorn.

Ratu Sirkit Kitiyakara mangkat di usia 93 tahun pada 24 Oktober 2025 di Hospital Chulalongkorn, Bangkok. Berita sedih itu diumumkan secara rasmi oleh Biro Rumah Tangga Diraja Thailand pada pagi 25 Oktober 2025.

Thailand Berduka, Ratu Sirikit Kitiyakara Kesayangan Rakyat Mangkat Pada Usia 93 Tahun

Pihak istana memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Baginda kian merosot dan Baginda menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.21 malam (waktu tempatan). Punca kemangkatan Baginda ialah akibat strok yang dialami sejak 2012 termasuk beberapa masalah kesihatan lain.

Disayangi Rakyat

Ratu Sirikit Kitiyakara dikenali sebagai salah seorang tokoh monarki yang paling berpengaruh dan disayangi dalam sejarah moden Thailand. Baginda dilahirkan dengan nama Mom Rajawongse Sirikit Kitiyakara pada 12 Ogos 1932.

Ads

Pertemuan antara Baginda dan Putera Bhumibol Adulyadej berlaku ketika Baginda melanjutkan pengajian di Paris, tempat ayahandanya bertugas sebagai duta besar Thailand.

Thailand Berduka, Ratu Sirikit Kitiyakara Kesayangan Rakyat Mangkat Pada Usia 93 Tahun
Kredit Foto: Misha Japaridze

Mereka berkahwin pada 28 April 1950, seminggu sebelum penobatan Raja Bhumibol. Sebagai permaisuri, Ratu Sirikit Kitiyakara sentiasa mendampingi Raja Bhumibol sepanjang 66 tahun pemerintahan Baginda, menjadikannya antara permaisuri yang memegang gelaran tersebut paling lama di dunia.

Gelaran ‘Ibu Bangsa’

Ketika hayatnya, Baginda juga aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan sosial yang menumpukan kepada pembangunan luar bandar, pemerkasaan wanita serta pemeliharaan seni dan kraf tradisional Thailand.

Ads

Atas dedikasi itu, Ratu Sirikit Kitiyakara dikurniakan gelaran kehormat “Ibu Bangsa” (Mae Haeng Chat). Hari kelahiran Baginda pada 12 Ogos turut diisytiharkan sebagai Hari Ibu Kebangsaan di Thailand.

Thailand Berduka, Ratu Sirikit Kitiyakara Kesayangan Rakyat Mangkat Pada Usia 93 Tahun
Kredit Foto: achen Sageamsak

BACA JUGA: Cantik Asli Usia 47 Tahun, Permaisuri Suthida Bekas Pengawal Peribadi Diraja Pikat Hati Raja Thailand!

Ikon Fesyen Antarabangsa

Pada 1960-an, Ratu Sirikit Kitiyakara turut dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ikon fesyen yang berwibawa dan anggun.

Ads

Kecantikan serta cita rasa fesyennya yang elegan sering menarik perhatian media global sehingga Baginda disamakan dengan tokoh terkenal Ibu Amerika Syarikat, Jackie Kennedy.

Thailand Berduka, Ratu Sirikit Kitiyakara Kesayangan Rakyat Mangkat Pada Usia 93 Tahun

Pemergian Ratu Sirikit Kitiyakara meninggalkan warisan yang amat bermakna. Baginda bukan sahaja dikenang sebagai ratu yang anggun, tetapi juga sebagai seorang tokoh yang menzahirkan kasih sayang dan pengabdian tanpa batas terhadap rakyat Thailand menjadikan Baginda tunggak utama institusi diraja dan bangsa Thailand.

Warisan Ratu Sirikit Kitiyakara akan terus dikenang sebagai simbol keanggunan, kebijaksanaan dan kasih seorang ibu kepada negaranya. Semoga roh Baginda terus ‘hidup’ dalam ingatan rakyat Thailand.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads